Derhakakah Aku?

Hi pembaca. Cukup aku kenalkan diri aku sebagai Kakak berumur lingkungan 20an.

Sebenarnya tujuan aku confess di IIUM Confession bukanlah bertujuan untuk membuka aib diri sendiri mahupun keluarga aku. Aku buntu & sejujurnya aku tak tahu nak luahkan perasaan aku dekat siapa.

Pada masa yang sama, aku amat memerlukan pendapat dari kalian, si pembaca. Dan maafkan aku sekiranya post ini terlalu panjang atau membuatkan sesiapa triggered.

Keluarga aku bukanlah keluarga yang berada. Miskin pun tak. Bersederhana sahaja. Alhamdulillah aku pernah merasa bahagia dengan family aku.

Tetapi, apa yang boleh aku katakan, sejak Ibu start bekerja di salah sebuah company dan Ibu mula berjinak jinak memakai smartphone, semua berubah. Family yang happy menjadi suram.

Bukanlah sentiasa suram tetapi seri dalam family aku dah kurang. Tak sentiasa happy macam dulu. Ceritanya begini..

Pada tahun 2016, Ibu bekerja di sebuah company di tengah bandar. Di situ, Ibu berkenalan dengan seorang lelaki. Lelaki tersebut sebaya dengan aku. Aku namakan lelaki tersebut sebagai S.

Mereka saling bertukar-tukar no phone. Malah, Ibu rekomen kan S kepadaku dan Ibu bagi no phone aku dekat S supaya kami boleh berkenalan.

Katanya S stabil. Awal umur 20an sudah mampu beli kereta sendiri, pandai berdikari dan rajin bekerja. Pada mulanya aku takmau sebab aku rasa something wrong somewhere dengan S.

Tetapi atas desakan Ibu, aku cuba mengenali S. Long short story aku memang takboleh paksa diri aku untuk ikhlas berkawan dengan S kerana S suka bergurau benda-benda pelik dan aku takboleh terima.

Since that day, aku block no S dan aku bagitahu pada Ibu minta tolg maklum pada S jangan contact aku dah. Ibu marah aku. Ibu cakap aku menolak tuah.

Dan Ibu, masih contact S seperti biasa. Pada suatu hari, Ibu minta aku ajarkan macam mana nak transfer duit melalui cdm cimb.

Aku tanya Ibu, “nak transfer duit dekat siapa bu?” Ibu aku jawab, “kawan. Kakak takperlu tahu. Tolong je ajar Ibu macam mana” ok aku akur jelah.

Ajar Ibu transfer duit mcm mana apa semua. Dan Ibu makin galak transfer duit dekat ‘kawan’ tersebut. Aku minta tolong adik aku untuk korek cerita dengan Ibu tentang transfer duit sebab aku nak tahu sangat siapa kawan Ibu tu.

Rupa rupanya selama ni Ibu transfer duit kepada S! Hanya Tuhan yang tahu betapa geramnya aku.

Aku pernah nak minta pinjam duit dengan Ibu, tapi Ibu marah marah siap persoalkan lagi dekat aku, “dah kerja tapi takde duit. Duit semua pergi mana?”

Padahal baru sekali tu aku nak minta pinjam dengan Ibu selama aku bekerja. Bila turn S, laju je Ibu transfer duit. Sedih nya aku bila Ibu perlakukan anak sendiri macam ni.

Nak dijadikan cerita, Ibu berhenti bekerja di company tersebut oleh kerana company tersebut gulung tikar. Kemudian, Ibu bekerja di company lain.

Sekitar tahun 2018, Ibu sudah mula aktif ber FB. Tetapi bila kami minta nama FB Ibu tak pernah bagi. Malah, Ibu bagitahu dekat kami yang Ibu tak nak sesiapa ahli keluarga follow Ibu di social media.

Pada mulanya aku fikir ok mungkin Ibu mahukan privacy. Tetapi rupanya, Ibu kenal lagi dengan seorang lelaki di fb. Aku gelarkan sebagai Z.

Dan sejak Ibu aktif ber FB, Ibu jarang luangkan masa bersama kami. Ibu lebih banyak duduk dalam bilik. Bila abah ajak Ibu pergi jalan berdua, Ibu lebih banyak menolak.

Ibu yang dulu tak sama dengan sekarang. Boleh dikatakan hidup Ibu lebih banyak dengan phone. Dan Ibu masih suka transfer duit dekat lelaki yang entah siapa siapa dia kenal di FB.

Aku pernah menegur Ibu, aku slow talk dengan Ibu. Tetapi Ibu takboleh terima. Ibu cakap aku anak yang kurang ajar. Pandai-pandai sahaja nak nasihat Ibu. Katanya.

Aku banyak terasa dengan ibuku. Banyak aku pendam. Tapi apa pun dia masih ibuku. Dan sentiasa menjadi ibuku.

Aku pernah terfikir, apa terjadi kalau kegiatan Ibu kantoi dengan abah? Sampai aku pernah berdoa supaya kantoi dengan abah, biar Ibu tahu langit tu tinggi atau rendah.

Lately ni pun Ibu kerap bergaduh dengan abah tanpa aku tahu puncanya apa. Kadang-kadang lepas abah pergi work, Ibu akan duduk dlm bilik kunci pintu dan otp dengan siapa entah.

Dan Ibu juga sanggup berhabis duit untuk lelaki bernama Z walhal mereka takpernah berjumpa.

Aku beranggapan Ibu seperti culture shock. Entahlah. Aku buntu. Family kami seperti porak peranda sekarang.

Dan satu persoalan bermain dekat otak aku, berdosa dan derhakakah aku sekiranya aku menegur ibuku sendiri demi kebaikan family kami?

Aku penat menangis almost setiap malam fikir keluarga aku jadi macam ni. Dulu pun kurang duit, happy je. Sekarang ni dahlah kurang duit, duduk dengan family sendiri pun tak happy. Makin tension.

Pembaca, maafkan aku post ni panjang. Aku cuma nak meluahkan apa yang aku rasa. Terlalu lama aku pendam sehingga harini aku decide aku nak share.

Aku buntu, tak tahu nak buat apa. Aku penat fikir. Kesian abah. Ibu buat dekat abah macam tu. Kesian juga dekat aku dan adikku. Sekian…

– Kakak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *