Derhakakah Aku?

Salam, saya menulis disini kerana ingin meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati ini. Sesungguhnya hati saya sangat berat dengan apa yang ditanggung sekarang

Saya dibesarkan dalam keluarga yang agak susah. Dari kecil caci maki hinaan orang menjadi makanan kami.

Bertambah susah sebab dapat ayah yang tidak bertanggungjawab. Setiap hari selama berpuluh tahun mendengar rintihan mak.

Ayah tak pernah beri nafkah.

Ayah main perempuan.

Ayah biarkan mak yang bekerja menanggung hidup kami anak beranak.

Walaupun ayah tak pernah pukul mak. Tapi kami adik beradik ada yang dipukul, dihalau, diherdik.

Boleh saya katakan tiada kenangan manis kami dengan ayah kerana sikap panas baran, bengis dan kata2 nya yang kasar dan kuat membebel memang menjarak kan kami.

Cuma satu budi ayah yang saya kenang, dia titik beratkan pendidikan kami. Bila saya dapat tawaran masuk universiti, dia hantar dan sangat berbangga dengan kejayaan saya

Fast forward, kami semua besar dan bawa diri masing2. Bina keluarga sendiri.

Sesekali balik, masih mak mengadu perangai ayah tapi kami hanya dengar. Nak komen pun benda tak berlaku depan mata sebab ayah buat perangai bila dengan mak saja.

Kami hiburkan hati mak semampu kami.

Sehinggalah ditakdirkan ayah sakit. Berbulan bulan di hospital sehingga akhirnya terlantar. Tak mampu lagi uruskan diri. Hanya minum susu dan pakai pampers

Kami semua anak2 dah cuba beri yang terbaik sepanjang dia sakit. Bersilih ganti jaga dia di hospital. Belikan apa saja yang boleh mudahkan urusan dia.

Walaupun sepanjang hidup, kami sangat jarang bercakap dengan dia, berkomunikasi, tapi kami cuba lupakan dengan anggapan, dia dah sakit, mungkin hidup dah tak lama.

Tapi umur dia panjang. Berkali kali nazak pun dia terselamat.

Cuma yang buat terkilan, walaupun dalam keadaan terlantar, pakai pampers mulut ayah masih tak berubah.

Memang kami tahu orang sakit ni cepat emosi, perlukan kesabaran yang tinggi menjaga mereka, tapi ayah kami ni mulutnya kuasa dua tau dari orang sakit yang lain.

Ada saja yang tak kena di hatinya. Semua orang dia nak bebel. Merungut. Marah2.

Mak saya dah tua juga. Dia lah yang mandikan dan tukar pampers ayah. Tapi setiap kali tu jugak akan berlaku drama, pergaduhan. Kalau mak terkasar sikit, ayah akan sepak mak, tolak mak.

Pelik kan.. Dah sakit pun kuat lagi nak sepak orang..

Sebelum ni kakak sulung yang jaga ayah tapi hanya mampu bertahan sebulan sahaja.

Punyalah baik kakak dan abang ipar saya jaga, mandikan, bagi susu, cebok berak kencing,

Tapi setiap hari ayah marah2 kakak, kata kakak macam2 sehingga kakak saya yang paling penyabar pun akhirnya hilang sabar sehingga bergaduh besar

Sebab tu mak buat keputusan bawa balik ayah ke kampung dan jaga sendiri. Dia tak nak anak2 bergaduh lagi suami isteri sebab kan perangai ayah.

Sangat tegang ye sepanjang menjaga ayah. Sehingga kakak saya berubah emosi dan hampir sakit.

Dan baru2 ni, kakak beritahu yang ayah pernah cakap dia tak pernah sayangkan mak dan kami semua. Dia berkahwin dengan mak kerana terpaksa. Anak2 dia bukan tanggungjawab dia tapi tanggungjawab mak.

Saya sangat tersentap bila mendengar kata2 itu. Hampir seminggu saya asik terkenang kan kata2 nya. Macam mana dia boleh tergamak cakap macam tu di saat diri dia yang tengah sakit dan mak yang uruskan dia??

Dan akhirnya balik kampung baru2 ni saya jumpa dia dan luahkan semua yang terbuku dalam hati. Saya minta dia bertaubat. Saya mintak dia belajar bersyukur dan menghargai.

Saya beritahu dia, “walau macam2 yang ayah buat dari kami kecil sampai kami besar, kami tetap cuba buat yang terbaik. Tapi sekali pun ayah tak pernah hargai. Dah terlantar macam ni pun ayah masih dengan sikap panas baran dan bengis ayah”

“Dalam dunia ni cuma mak sorang saja yang sanggup jaga ayah. Kami anak2 takde yang sanggup tahan dengan mulut dan perangai ayah sebab ayah setiap hari ajak orang bergaduh. Kami boleh jadi gila.

Cuma mak saja yang tahan. Kalau sampai mak pun dah tak tahan, dah tak sanggup jaga ayah, kami takde pilihan kami terpaksa hantar ayah ke rumah orang2 tua”

Itulah apa yang saya kata sepanjang luahan tu.

Saya nampak ayah saya terdiam lepas saya cakap macam tu.

Sejujurnya saya tak pernah cakap kasar dengan ayah saya, tak pernah marah dia. Saya selalu ambil sikap let go. Lantak lah dengan dia

Tapi kali ni saya betul2 terpukul dengan apa yang dia cakap sehingga buat saya nekad untuk tegur dia.

Saya fikir saya perlu perjuangkan mak saya. Saya fikir saya perlu tegur dia supaya ada keinsafan di hati dia. Dan saya juga risau kalau mak saya sakit sebab menjaga dia

Keadaan akan bertambah sukar buat kami.

Tapi persoalan nya, betul ke apa yang saya buat? Derhaka kah saya bila menegur ayah sendiri dalam keadaan dia sakit terlantar macam tu?

Saya tak pasti jika saya tertinggi suara dengan dia. Yang saya pasti saya sangat beremosi sewaktu meluahkan apa yang terbuku di hati saya pada waktu itu

– Kekwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *