Derhakakah Aku?

Aku dibesarkan dengan keluarga yang agak susah. Mempunyai 12 beradik aku anak ke-6.

Lepas habis study, 3 hari je dapat rehatkan diri lalu aku dipanggil interview kerja di 1 company yang besar dan famous di tengah bandar.

Tuhan melimpahkan rezeki untuk aku bekerja di company ni sampai sekarang dah 11 tahun first job aku, alhamdulillah syukur..

Masa kerja di sini aku duduk sekali dengan anak angkat arwah ayah aku.

Dalam 4 tahun aku kerja, lalu arwah ayah aku dah pencen dan dia sendiri call bagitahu dia nak pindah dari kampung ke bandar (tempat aku duduk bersama family anak angkat ayah aku).

Arwah ayah, mak dan 6 orang lagi adik aku pon pindah sekali dari kampung duduk di sini.

Memandangkan kami dah ramai sangat jadi aku buat keputusan untuk sewa lagi 1 rumah tak jauh dari rumah anak angkat arwah ayah aku sebab senang apa-apa event kenduri kitorang merewang together.

Dapat lah aku jaga kebajikan mak, ayah dan adik-adik aku yang lain. Kami happy family. Arwah ayah aku meninggal time covid19 , time tu aku rasa dunia aku gelap, kosong..

Aku dapat balas jasa arwah ayah aku sekejap je. Sangat-sangat terkilan, tuhan saja yang tahu.

Selepas beberapa bulan arwah pegi tinggalkan kami, aku di rumah ni ibarat anak sulung yang menjaga adik-adik yang lain sebab yang atas-atas aku tu dah ada family sendiri di negeri lain.

Aku kena uruskan harta peninggalan arwah untuk tukar nama sebab kami 12 beradik,

So waktu tu kami putuskan untuk letak nama adik lelaki aku (Akif) sorang saja atas semua harta peninggalan dengan harapan dia menjaga dengan amanah dan jujur.

Aku sebagai yang sulung di rumah ni turun naik dengan adik lelaki (Akif) untuk ke 3 negeri (tanah pusaka) sampai ke angkat sumpah di mahkamah selesai.

1 minggu sebelum puasa tahun 2023 ni, aku dikejutkan dengan 1 musibah yang menimpa aku iaitu mak dan adik-adik aku yang lain pergi tinggalkan rumah yang aku duduk sekarang ni, dengan semua perabot, katil, baju-baju dorang habis kosong rumah.

Tanpa bagitau sebab kenapa keluar rumah tak bagitau.. bila aku call semua off fon, block aku. Apa salah aku???

Hanya tinggal barang-barang dalam bilik aku dan adik (Adib) laki aku yang sorang lagi je. Mereka tinggalkan kami berdua dalam keadaan rumah kosong macam ni.. Allahuakhbar….

Selama duduk sini bila hari cuti aku sorang yang mengemas masak, dorang yang lain hanya buat hal sendiri, bangun tido sampai 2 3 petang. Bagaikan puteri raja… tak pernah nak menyapu mop rumah, tunggu hari aku cuti je baru aku buat semua benda tu.

Bila aku tegur, marah dorang supaya bersihkan rumah, bilik, dapur (kerja seorang PEREMPUAN) mak aku akan marah aku balik.

Aku tak suka rumah kotor, berbau.. aku suka bersih-bersih dan wangi tapi dorang tak suka buat kerja-kerja rumah, dorang suka berjalan shopping, ukur jalan..

Malam-malam pon keluar dan mak aku tak marah dorang. Aku tak suka macam tu, aku akan keluar shopping bila ada keperluan saja.  Selebihnya aku banyak habiskan masa aku di rumah restkan otak..

Yela hari kerja dah stress kat tempat kerja lagi. Dengan kawan-kawan yang tak suka bila aku naik pangkat. Ade yang sabotaj aku, ade yang buat aku sampai nak benti kerja, ada yang buat dengan cara halus..

Tapi alhamdulillah tuhan hadirkan sorang boss (cina) yang percayakan usaha kerja aku. Tuhan tahu niat aku bekerja untuk sara family aku di sini.

Tapi malangnya nasib aku, mak dan adik-adik aku pergi tinggalkan aku jugak. Umur aku 33 tahun dan aku belum kahwin..

Ade la 3 4 orang nak datang merisik tapi aku tolak cara baik. Tempat kerja aku pon ada yang nak dan ada yang COP aku ni memilih sangat.

Dorang tak tau yang aku ade tanggungjawab yang besar untuk jaga mak dan adik-adik aku yang lain.

Aku bukan tak nak kahwin, cuma waktu tu aku rasa ada tak lelaki zaman sekarang ni yang nak duduk sekali dengan keluarga aku. Yang boleh terima susah senang aku. Itu yang pertama aku fikir.

Sampai la sekarang bila aku ditinggalkan oleh mak dan adik-adik yang aku jaga selama dorang kat sini, aku rasa hidup aku bertambah kosong… sepi, sunyi!!!

Aku hanya berdoa pada tuhan hadirkan aku seorang insan yang boleh jaga aku di rumah ni. Saat ni tak ada sesiapa di sisi aku sekarang.

Kawan-kawan kerja aku pon takde sorang yang tau kisah hidup aku ni. Dan aku tak tau nak cerita kat siapa.. hanya Allah tempat aku mengadu sekarang ni.

Hancur berkecai jiwa aku disaat aku hilang semuanya. Aku terpanggil untuk luah rasa sengsara hidup aku disini.

Sesiapa yang membaca nukilan hati aku ni, tolong doakan kebahagiaan aku dunia akhirat.

Aku tak sanggup nak tanggung semua ni sorang-sorang. Aku tak kuat. Aku akan pegi ke tasik, pantai, laut untuk tenang kan jiwa aku yang kosong ni..

Mohon doakan aku dan sampai ke hari ni tak ada khabar berita dari mak dan adik-adik yang pergi tinggalkan aku.. Aku tak boleh terima apa yang dorang buat pada aku ni.. sangat kejam…

– Cik Epal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *