Derhakakah Saya?

Assalamualaikum. Saya seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak; 7 tahun, 3 tahun dan 3 bulan.

Semasa dalam pantang hari ke 30, saya dan emak ada berbalah pendapat oleh sebab saya menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja dan menjual rumah yang saya duduki sekarang.

Tujuan saya berhenti kerja untuk memberi sepenuh perhatian dalam mendidik anak2 yang sedang membesar dan memerlukan perhatian. Saya ingin pencen awal. Dan saya ingin jual rumah kerana ingin bebas dari bebanan hutang yang perlu dibayar.

Rumah atas nama saya, saya beli semasa sebelum berkahwin lagi atas desakan emak untuk memenuhi hasrat beliau melihat anak2nya mempunyai aset sorang satu (walaupun berhutang lama dan gaji bulan2 cukup makan je).

Saya adalah salah seorang ibu yang keluar di awal pagi untuk ke pejabat dan balik ke rumah pukul 10 malam. Lokasi rumah saya jauh dari pejabat. Perlu menempuh jam untuk ke stesen MRT, perjalanan pergi ke pejabat memakan masa hampir 2 jam!

Jadi bilakah masa saya mahu bersama anak2? Sabtu dan ahad sahaja tidak cukup untuk anak2.

Masa anak sulung masih kecil, saya hantar ke pengasuh. Pengasuh yang menjaga sangat baik sehingga anak saya tak nak balik rumah. Sedihnya hati bila teringat saat itu.

Sebenarnya saya ada back up plan saya sendiri. Saya ada membeli tanah dan hasil dari duit jualan rumah sekarang saya ingin bina rumah di atas tanah tersebut. Dan saya dan suami bercadang untuk menceburi bidang ternakan dan pertanian.

Emak mengetahui plan saya dari awal saya beli tanah. Saya juga berniat nak mengikuti kelas2 agama. Umur pon nak masuk 40an dah.

Tapi pada hari tersebut emak seolah2 lupa pada plan saya dan menganggap suami punca saya buat keputusan begitu. Emak jatuhkan hukum anak derhaka kepada saya atas sebab mahu berhenti kerja.

Katanya saya sudah berubah lepas berkahwin dan tidak mahu lagi mendengar kata. Memanglah saya berubah sebab dulu saya bujang sekarang dah jadi ibu anak 3!

Emak mengungkit katanya menyesal kerana benarkan saya berkahwin. Masih terngiang2 sampai sekarang. Emak juga memaki suami dalam aplikasi WhatsApp dan menuduh suami mahu larikan saya dan mahu membolot harta saya.

Emak mengatakan suami orang luar dan tidak berhak campur urusan anaknya dan perlu meminta izin dahulu dari emak.

Saya sangat sedih dan malu dengan suami. Mak mertua pon tidak pernah maki suami begitu. Mujur saya tidak meroyan masa dalam pantang.

Saya bukanlah mahu terus berhenti 24 jam tapi saya akan buat satu persatu. Kakak saya ada cerita semula apa yang emak adukan kepadanya. Katanya macam tragis sangat cerita emak pasal saya.

Emak gambarkan saya hidup merempat lepas menjual rumah sedangkan banyak rumah yang boleh disewakan. Emak gambarkan bila saya buat semua ni macam dah end of the world.

Emak sudah meminta maaf tapi masih terngiang2 lagi kata2 emak pada hari kejadian. Doakan saya kuat semangat!

Cerita yang lebih kurang macam Shila Amzah.

-Bunga yang ingin bersara awal-

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *