Salam.. Ini merupakan confession kedua yang aku hantar kat sini. Sebelum ni confession berkenaan isu rumahtangga aku, dan yang ni pon sama lah juga.
Asam garam rumahtangga. Dua individu yang dibesarkan oleh dua cara didikan dan latar belakang yang berbeza.
Dipendekkan cerita, hati perempuan mana kan bila tak dapat perhatian dari suami mereka akan sensitif. Tambah pulak sebelum ni suami aku pernah kantoi dengan aku main omi, tengok p*rn.
So bagi aku, fobia tu masih menghantui diri aku dan sentiasa bermain dalam kepala aku sampai sekarang. Aku jadi selalu syak wasangka yang bukan bukan.
Tambahan suami aku ni peramah dalam group wasap kerjanya. Bila aku minta perhatian, hanya dilayan ala kadar sambil main fon.
Dia cuma akan beramah mesra dengan ku yang mana berakhir dengan s*ks.
Aku penat. Kadang aku hanya mahu luangkan masa dengan berbual kosong, bercerita tanpa perlukan aktiviti yang complicated.
Aku hanyalah suri rumah, jaga anak 2 orang. Jadi masa aku hanyalah bersama anakku. Aku stress aku takde kawan.
Kemuncaknya aku buat perangai, aku sentiasa merajuk.. aku set di whatsapp untuk dia je boleh lihat status yang aku update2, aku perlukan perhatian dari dia.
Aku bergaduh dengan dia. Dia cakap aku tak taat perintah dia, aku snetiasa melawan cakap dia.
Aku mahu kami bertolak ansur. Tapi katanya dia tak perlu untuk bertolak ansur dengan aku sebab dia suami. Aku perlu ikut cakap dia.
Banyak yang dia salahkan aku. Aku tak layan dia, aku cakap kasar dengan dia, aku tak hormat dia, aku tak dengar cakap dia dan macam macam lagi la yang disalahkan aku.
Aku minta cerai dan dia jawab lepas raya.. Jatuh ke talak kalau macam tu nanti? Lepas raya pejabat agama buka baru aku akan ke sana untuk dapatkan pengesahan.
Dia cakap dia malas dah nak layan karenah aku yang sentiasa menyakitkan hati dia. Dia takkan maafkan aku walaupon kami bercerai.
Sampai aku nak mati pon katanya jangan merangkak cari dia untuk minta maaf. Dendamnya dia pada aku. Bila aku minta kami sama sama give and take. Aku tak ada hak. Aku hanya kena ikut arahan dia.
Contohnya almari baju aku yang dalam bilik dia alihkan letak diluar. Susah la kan untuk aku ambil baju kalau ada tetamu datang. Tapi dalam hal ni dia cakap aku tak ikut cakap dia. Sebab aku alihkan masuk dalam bilik aku semula almari tu.
Bila aku explain baru dia diam. Aku bukan apa, susun atur kalau ikut aku mudahla untuk aku mengemas nanti sebab yang kemasnya aku. Dia hanya buat cadangan susun atur je.
Lepas tu yang kena handle aku la. Bila aku cakap macam tu dia jawab dia tak suruh pon aku kemas. Dah tu kalau mertua aku datang, muka aku la yang dicop pemalas tak reti kemas rumah.
Susahnya untuk dia nak faham aku. Ego dia sangat tinggi. Aku hanya nak kami sama sama bertolak ansur. Tapi entahla. Mungkin lepas raya ni kami bawa haluan masing masing.
Dia cakap dia nak aku rasa hidup sorang2 dan susahnya cari duit beli susu beli pampers anak anak.
Ya, mungkin aku akan struggle tapi at least mungkin aku akan bahagia kan. Tanpa perlu melalui hari hari yang menyedihkan nak tagih perhatian dari dia. Dia pon cakap sebab fikir anak je. Untuk aku ni dah tak ada perasaan bagi dia.
Kalau aku minta cerai dia suruh aku pergi mahkamah sendiri. Katanya anak2 akan duk dengan dia, sebab aku tak qualified. Aku kan isteri derhaka.
Ntah la, aku risau. Segala makan minum layan karenah anak aku yang handle. Ni dia nak jaga, anak buat perangai pon keluar habis panas baran dia.
Takleh sabar langsung kalau anak tantrum. Tambah pulak sebelum ni kan dia pernah layan p*rn, jadi aku cakap la aku takkan bagi anak kat dia pasal isu tu. Dia cuma jawab aku banyak guna alasan lama.
Benda dia tak buat dah tapi masih lagi diungkit. Tapi tak mustahil kan. Betapa fobianya aku tentang isu p*rno tu.
Masa aku tengah mengandung kan anak sulung aku lagi aku hadap senyap2 stalk apa yang dia tengok tu. Mana aku tak fobia.
Aku pon tak tahu apa tujuan aku cerita ni. Isteri derhaka kah aku ni?? Aku harapkan bimbingan dari dia, tapi itulah. Kalau dah setakat ini jodoh kami aku pasrah.. Orang dah nak raya tapi aku sibuk dengan masalah rumahtangga.
Aku pon tak ada cerita sape2 lagi. Sambut laaa raya dulu. Nanti lepas tu kita selesaikan..
Doakan hal rumahtangga kami ni dipermudahkan secepat mungkin. Aku pon dah pasrah apa apa je yang akan jadi nanti.
Sekian… terima kasih…
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit