Assalamualaikum buat pembaca semua. Tujuan aku menulis harini bukanlah untuk membuka aib ibu bapa ku. Tapi cuma sekadar berkongsi pengalaman dan apa yang aku rasa. Aku rasa luahan aku ni sangat penting, terutamanya buat ibu bapa di luar sana.
Derita seorang anak yang melihat ibu bapanya tidak solat. Ya, aku tak maksudkan derita tu macam kena dera. Tapi aku dapat rasakan tekanan jiwa.
Sejak kecil, aku tak pernah tengok ayah atau mak aku solat dengan sempurna ( i mean 5 waktu). Ada masa abah solat, tapi mak tak solat. Aku yakin, masa abah solat tu, time tu dia cuba nak berubah. Tapi benda tu kejap je. Dan aku sendiri tak diajarkan solat oleh mak ayah aku. Aku first belajar solat, kat sekolah. Iaitu kelas agama sesi petang.
Setiap kali ustazah/ustaz cerita pasal solat, cerita hadis2 balasan orang yang tidak solat, air mata aku tak boleh berhenti menitis. Aku takut.. Aku terlalu takut bila bayangkan mak ayah yang aku sayang sangat-sangat tu nak dihimpit sehingga berselisih tulang belakang ( ni hadis yang ustazah tu baca masa tu) . Hati aku rasa sesak sangat masa tu. Aku anak, aku tak mampu nak tegur mak ayah aku.
Aku pernah cakap dengan mak, aku cakap, “mak, kenapa kita tak solat?” Mak aku jawab ayah sibuk. Tak payah nak cakap benda ni depan ayah lah. Ayah balik penat2, jangan nak serabutkan ayah.
Sejak haritu, aku dah tak cakap pasal solat lagi. Apa aku buat? Aku nangis kat Allah, satu satunya cara yang confirm boleh buat aku menangis kat atas sejadah adalah bila aku berdoa tentang mak ayah aku..
Kalau ingat dosa aku sendiri pun aku rasa aku susah jugak nak nangis. Tapi kalau ingat mak ayah, hati aku rasa hiba sangat. Aku merintih kat Allah.. hati aku rasa terhimpit sangat-sangat. Hanya Allah yang tahu.
Aku pernah doa, “Ya Allah, jangan kau ambil nyawa ibu bapa aku sebelum mereka sempurnakan solat mereka.. Mak aku, sangat suka berpuasa. Dia banyak sangat puasa sunat. Engkau redhai lah dia. Sesungguhnya dia belum faham. Sesungguhnya dia belum tahu apa yang kau nak dengan solat kepada mu.
Jangan kau batalkan semua amalan-amalan dia.. Aku takut sangat ya Allah.. Kalau perlu nyawa aku yang kau ambil dulu untuk mereka kembali sujud kepadaMu, aku redha.. Aku tak sanggup tengok orang tuaku mati dalam keadaaan lalai.”
Masa aku doa ni, air mata aku tak berhenti-henti mencurah. Aku yakin doa anak, Allah takkan tolak. Tapi doa aku tu belum Allah kabulkan. Aku masih nampak mak ayah aku culas dengan solat. Tapi dah ada improvement.
Wahai mak ayah kat luar sana, anak korang kat rumah tu, dia memerhatikan setiap benda yang kau lakukan. Dia sentiasa nak yang terbaik untuk mak ayah dia. Macam mana korang tak sanggup nak tengok ada benda yang menyakiti mereka, anak anak juga tak sangggup nak tengok ada benda menyakiti mak ayah mereka..
Perasan tak, kadang kita bagi nasihat kat anak. Anak cepat melenting. Padahal benda yang kita nasihatkan tu biasa je. Kita pun tak faham kenapa dia nak marah. Periksa solat mu, periksa solat mu, periksa solatmu. Periksa hubungan kita dengan Allah, Tuhan yang mengizinkan segala perkara yang masuk dalam hati anak.
Yang pasti, aku bersyukur ada ibu bapa yang masih hidup sampai harini. Aku juga bersyukur sebab ibu bapa aku beragama islam. Mungkin struggle orang lain yang muallaf lebih berat.
Setiap hari membaca ayat orang kafir yang dijanjikan neraka tu, amat memeritkan. Mungkin setengah orang boleh kata, kita solat pun belum tentu syurga. Ya betul.. Betul sangat sangat. Tapi sekurang-kurangnya kita ada jawapan saat dihisab soal solat.
Tahu tak, dalam kubur tu, yang berat persoalan adalah mengenai solat. Ketika di titian as-sirat juga, akan ada perhitungan mengenai solat. Bukan aku tak pernah melalui fasa malas untuk solat, tapi aku gagahkan juga. Sebab aku rasa, itu jawapan aku kat depan Allah nanti.
Ya Allah, kadang-kadang aku malas nak solat juga. Tapi sebab aku takut dengan janji balasanmu, aku gagahkan juga.
Dah jadi trend kan harini, kalau tanya pasal solat benda tu macam membuka aib orang itu. Kalau sentuh soal solat, macam jaga tepi kain orang. Percayalah, kau bukan sedang menjaga tepi kain orang, tapi kau sedang menjaga agamamu dan agama saudaramu.
– Aisya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Nasib kita sama, benda paling takut bila mak ayah pergi tanpa amalan yang baik :’( hari2 doa minta mereka dapat petunjuk