Rasa malu dan takut nak berkongsi, other side of me, tapi semoga ia memberi manfaat kepada yang membacanya..
Hari ini kes covid-19 naik mendadak ke 260 kes baru dan tiba² terbaca perkongsian tentang Panic Attack membuat teringat kembali waktu PKP dahulu.
Axiety Disorder dimana tiba² datang satu perasaan berdebar serta cemas. Jantung berdegup laju. Rasa sesak nafas, seolah² rasa mcm nak mati. Nak tido pun tak boleh.
Yang mengalami je tahu mcm mana rasa sehingga tak mampu untuk memberitahu keadaan yang sedang dialamai ketika ia menyerang. Selalunya bila Panic Attack.
Ceritanya…
PKP minggu ke-3 sya kena Anxiety Disorder sekali lagi selepas lebih 10 tahun. Duduk, bangun, baring, tidur, angkat semua serba tak kena. Rasa cemas yang keterlaluan, tak mampu hendak bercakap.
Bila ditanya rasa hendak menangis. Degupan jantung berdegup kencang sehingga boleh rasa setiap denyutan nadi dia.
Sakit dada sehingga rasa sesak sangat hendak bernafas. Rasa sakit dada bila nak menarik nafas seperti, Rasa kekurangan oxygen.
Rasa nak batuk, untuk cari nafas, seolah nafas dihujung tanduk. Berlarutan hampir 2minggu.
Sering kali terfikir rasa nak mati, ada kala rasa diri kena jangkit covid-19 (nauzubillah).
Mak sering suruh ke emergency to check, tapi perasaan takut mengatasi rasa sakit dan ketidakselesaan yang sedang dialami.
Pelbagai rasa ada, takut, risau nak tahu result kenapa, takut jangkit kat anak², suami & parent. Yaa Allah, serius… Sakit sangat perasaan ketika itu…
Panik attack ni rasanya mcm berada dalam kotak kecil kemudian ditanam dalam tanah, dalam kegelapan, kekurangan oksigen, ruang yang sempit dan perasaan yang mula tak tentu arah,
Rasa tak boleh bernafas rasa panik dan bermcm² rasa yang cukup menakutkan sehingga kau tak mampu nak berkata apa².
Apa yang saya buat adalah kawal pernafasan, bernafas dengan tenang dan perlahan, releks, jangan banyak bergerak atau befikir, baring menyiring, banyakkan berzikir & istighfar utk kekuatan jasmani & rohani…
Hanya tawakal sahaja.
Sekarang pun kadang² ada juga menyerang dan cepat² kawal emosi, kosongkan fikiran dan beristighfar banyak² dan alhamdulillah boleh kawal demi sedikit..
Friends, jika u all pernah terkena atau cenderung ke arah begini, jangan takut kerana u all tidak bersendirian.
Kalau rasa tak boleh kawal, boleh rujuk dan dapatkan rawatan dari pakar psikologi atau psikiatria. Jangan takut atau malu, ia bukannya Mental Problem.
Jangan sampai melarat perlu begantung dengan ubatan sehingga menjerumus ke deep depression, walaupun luaran dan rutin harian kita nampak biasa saja.
Jangan layan benda² yang negative. Kuatkan jasmani & rohani kita, InsyaAllah membantu sangat walaupun kadang – kala, saya juga sering tersasar untuk istiqomah.
Istiqomah bukan untuk merasa diri mulia tapi kerana diri kita ini seorang pendosa yang bertuhan. Cukup tawakal dan kebergantungan hanya pada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah jaga kita semua.
Wallahu’alam…
Axiety Disorder Fighter,
– fbk (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit