Derita dan Air Mata

Assalamualaikum kepada pengendali laman web ini dan orang yang sudi membaca.

Nama saya Edriana. Dari perak. Telah bergelar ibu tunggal sejak tahun 2018. Mempunyai 3 orang anak yang kesemuanya sedang bersekolah rendah dan menengah. Arwah suami saya meninggalkan saya buat selamanya kerana brainstem bleeding.

Asalnya, saya dari keluarga yang senang kerana suami saya merupakan seorang engineer di sebuah agensi kerajaan tempatan di sini.

Di samping itu, dia turut mempunyai pendapatan tambahan hasil pekerjaan luar dengan menerima ribuan ringgit setiap bulan dan kami hidup senang lenang tanpa menggangu duit gaji.

Saya juga bekerja dalam sektor kerajaan dan mempunyai wang sendiri.

Apa yang saya dan anak minta, semuanya tak pernah gagal. Barang kemas, motosikal, kereta, wang saku, pakaian cantik, melancong dalam negeri (kerana saya terlalu takut naik kapal terbang) dan alatan dandanan diri, semuanya ada.. malah lebih dari itu yang saya dapat.

Namun, setelah saya melahirkan anak yang ke-3, kehidupan kami mula berubah sikit demi sedikit. Saya dapat melihat kelainan sikap suami.

Dia yang sememangnya pendiam, menjadi bertambah pendiam, selalu sakit kepala yang teruk dan bila pulang dari kerja, saya lihat dia sangat2 keletihan melebihi biasa.

Mulanya saya sangka dia hanya letih biasa. Namun, setelah cek di klinik, darahnya terlalu tinggi sehingga mencapai bacaan 195 dan boleh mendapat strok pada bila2 masa jika bacaan darah masih tinggi.

Rupanya setelah saya bertalu2 bertanya soalan padanya, baru saya tahu bahawa dia terlalu stress dan tertekan dengan pekerjaan termasuk karenah yang entah apa2 dari pihak atasan suami saya.

Tiada lagi income tambahan keluarga kerana suami sudah tidak mampu untuk bekerja lebih masa lagi.

Suami bertambah stress. Memikirkan komitmen untuk menanggung keluarga kandung dan tanggungan keluarga sendiri yang tinggi,

Dan hutang along yang melampau akibat ditipu rakan (panjang ceritanya dan tak dapat nak tulis di sini), telah mengakibatkan keadaan kesihatan suami saya bertambah teruk.

Akibat daripada ini, kami menjadi sangat susah sehingga hendak membeli ketam dan udang pun terpaksa mengorek poket baju sana sini.

Hutang kena bayar. Anak2 bersekolah juga harus ditanggung. Makanan pula terputus. Barang rumah seperti vacuum dan microwave terpaksa dijual kepada rakan untuk memberi anak makan dan buat belanja sekolah.

Kesusahan kami ketika itu tiada siapa pun yang tahu. Semua orang sekeliling menyangka kami baik2 saja sedangkan Allah saja yang tahu betapa teruknya kami masa itu.

Gaji suami dan saya dihabiskan untuk bayar hutang along suami, hutang bank (pinjaman kad kredit) dan duit kereta dan hutang pembelian rumah. Susah kami, tak kena memang tak tahu. Dah kena, baru rasa macam mana kritikalnya apabila duit terputus setiap bulan.

Kerana tidak sanggup melihat anak2 kelaparan dan terputus makanan (masa ini saya yang kecil baru barumur 2 tahun dan masih memerlukan pampes dan susu), saya memohon bantuan salah seorang rakan saya yang bernama Hairudin.

Dialah yang membantu memberikan duit poket pada anak2 saya untuk persekolahan mereka termasuk bantuan makanan dan barang basah serta pampers dan susu buat anak kecil saya.

Saya memohonnya untuk merahsiakan hal ini termasuk daripada pengetahuan isterinya kerana terlalu malu dengan kedaifan saya dan keluarga sekiranya dia dan rakan2 saya tahu hal kesusahan ini.

Setelah 1 tahun berlalu, akhirnya terbongkar semuanya apabila isteri Hairudin mendapat tahu bahawa suaminya sedang membantu saya dan keluarga saya. Dia menuduh saya dan Hairudin mempunyai skandal. Juga menuduh saya mengikis duit suaminya.

Dia tidak tahu bahawa saya sebenarnya bukan mengambil pertolongan suaminya secara percuma sebaliknya membayar secara ansuran ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan setakat mana yang saya mampu.

Perang besar antara kami bertiga tercetus. Segala carut marut dihamburkan kepada saya dan saya tidak membalas carutan tersebut kerana tahu dimana kedudukan saya. Saya yang bersalah dalam hal ini.

Akhirnya, Hairudin dan isterinya bercerai. Kerana apa? Kerana saya yang dianggapnya sebagai wanita jalang yang meruntuhkan rumahtangganya.

Dalam tempoh eddah, dia memfitnah saya dan bekas suaminya ke sana sini sehingga berita palsu yang direkanya berkaitan kami berdua pernah melalukan s3ks secara rela di pusat beli belah tersebar hingga ke pengetahuan suami dan rakan2 ofis suami saya.

Suami saya terkejut sehingga pengsan pada waktu itu (masa ini, suami berada di rumah bersama saya). Saya yang langsung tidak pandai berdikari dan tidak tahu memandu, telah menelefon ambulan dan setelah diberi rawatan.

Dipendekkan cerita, suami saya meninggal dunia kerana pendarahan otak akibat hipertension hingga menyebabkan saraf otak putus.

Saya meraung bagaikan orang gila.. hilang sudah tempat bermanja.. hilang tempat bergantung. Saya menjadi balu serta merta.. Allahuakbar..! Saya menangis sehingga ke saat ini walaupun sudah 2 tahun berlalu.

Hidup saya masa ini berganda2 susahnya. Dengan hanya tahu membawa motosikal, saya mengusung anak2 saya bersekolah dalam apa jua cuaca. Kami pernah basah lencun bersama buku sekolah anak apabila hujan datang secara tiba2.

Pada saat ini juga, nama baik saya menjadi sangat tercemar dan bertambah parah dengan isu fitnah yang dibawa oleh bekas isteri Hairudin.

Dengan iau skandal s3ksnya, isu pelacurnya, isu mata duitannya, termasuk isu sugar daddy nya, dan entah hapa-hapa lagi cerita binatang yang saya sendiri tidak tahu, telah tersebar di antara rakan2 saya dan rakan suami saya.

Saya dan Hairudin dipulau, dihina, dicaci dan dibenci merata tempat di mana saja kaki kami pijak. Perasaan malu dan hina yang ditanggung kami berdua tanpa mereka di luar sana tahu cerita yang sebenar, hanya Allah saja yang tahu betapa azabnya kami ketika ini.

Saya turut di bebani hutang suami saya yang ditinggalkan termasuk menyambung bayaran bulanan kereta suami dan hutang kad kredit di salah sebuah bank. Keluarga mentua pula tidak memperdulikan kami dan tidak ambil tahu pasal kami.

Apabila saya membaca kisah isteri abam yang menjadi balu sekelip mata dan layanan keluarga mentuanya, air mata saya pasti akan jatuh kerana kisah saya juga hampir sama sepertinya.

Hanya yang untungnya balu abam itu ialah dia tahu memandu kenderaan dan hanya mempunyai seorang anak kecil sahaja.

Masa waktu kem4tian suami, Hairudin banyak membantu menguruskan pengebumian suami saya di kg kerana saya sebatang kara di sini.

Keluarga kandung dan keluarga kandung berada jauh dan tidak tinggal di satu negeri. Dia turut meneruskan bantuan kepada kami hingga kini dan tidak pernah lagi terputus makanan setakat ini.

Dia yang terlalu kasihankan saya yang tidak terurus termasuk sedih melihat anak saya yang masih kecil, membuat keputusan untuk mengambil saya sebagai isteri. Syukur masih ada yang sudi simpati pada saya. Allah maha besar.

Setelah tamat eddah 4 bulan 10 hari, saya membuat persiapan sedikit demi sedikit anpa pengetahuan Hairudin. Tujuannya untuk memberi kejutan padanya sebagai balasan bantuannya selama ini.

Urusan pernikahan berjalan lancar. Borang nikah juga telah tersedia. Hanya menunggu masa untuk dibawa kepada pegawai kariah untuk pengesahan. Kami merancang untuk berkahwin pada penghujung tahun 2019. Ibu sudah mula mengedarkan kad. Jemputan sudah dipanggil.

Catering turut dibincang dan telahpun setuju. Photografer turut dibayar. Ibu menjadi excited dalam segala hal. Sebelum ni, dia yang paling banyak menangis mengenangkan nasib saya bersama anak2 yang masih kecil. Ibu orang paling gembira kerana saya bakal mendapat penjaga baru.

Ibu tahu kesusahan saya yang tidak pandai berdikari kerana selama ini suami 100% yang menguruskan rumahtangga. Itu silap saya kerana terlalu manja. Menganggap suami berumur panjang, akhirnya sekelip mata hancur harapan ditengah jalan.

Namun, senyum di wajah saya tidak lama. Lagi tak sampai sebulan kami akan melangsungkan perkahwinan, Hairudin memberitahu bahawa dia sudah berkahwin lain.

Saya terduduk kerana terlalu terkejut.. Di otak saya hanya terbayang wajah arwah suami, wajah anak2 saya dan wajah ibu saya. Di mana saya dan keluarga hendak menyorokkan malu kami. Maruah kami dicarik2. Jemputan sudah dipanggil. Semuanya sudah siap.

Hati saya menjadi sangat hancur. Tak kan mungkin akan elok kembali sehingga saya m4ti. Dia bercinta di belakang saya di saat dia sedar tarikh perkahwinan kami semakin hampir. Tak perlu menyalahkan Tuhan dalam hal ini kerana kesalahan ini datang daripada kita.

Kita yang tak kuat menepis hasutan syaitan. Tak perlu salah siapa. Saya yang salah kerana masih diam ke atas perlakuan hina orang dan diam di atas perlakuan orang terhadap maruah diri yang setaraf tapak kaki lembu saja.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Dah la keadaan saya susah. Saya menjadi bertambah susah kerana hal mempermainkan perasaan saya ini. Sudah tahu saya susah, dia menambahkan lagi susah saya.

Saya menangis berganda2 kali ini. Mungkin inilah ujian Allah pada saya kerana pernah menjadi asbab kepada kehancuran rumahtangga Hairudin yang terdahulu.

Bantu saya untuk move on, semua. Saya sudah tidak boleh bergerak ke hadapan. Jiwa saya sudah m4ti. Setiap kali saya pandang wajah anak2 saya, saya pasti menangis.

Hingga kini otak saya masih tidak dapat melupakan suami saya. Saya berpendapat, jika suami saya dapat melihat semua ini, pasti dia sedih mendapat tahu perlakuan keluarganya terhadap saya dan anaknya.

Pastinya dia lagi sedih apabila melihat isterinya ditipu begini oleh Hairudin sedangkan dia mengenali Hairudin sebagai seorang yang baik dan boleh diharap dalam menjaga makan minum kami sepanjang dia sakit.

Tatkala jika suami tahu isterinya kini sedang bergelut dengan masalah fitnah dan hinaan sepanjang masa oleh masyarakat keliling, pastinya hati dia akan hancur sehancurnya.

Anak2nya kini menjadi anak yatim sekelip mata. Isterinya bergelar janda. Sentiasa dipandang serong sebagai perampas sedangkan bkn itu hakikat diri saya..

Dunia ini terlalu kejam buat saya. Saya terlalu ingin mengikut jejak suami. Saya ingin tidur disebelahnya di alam barzah sana. Saya akan bawa anak2 saya bersama saya untuk berjumpa ayah mereka.

Namun, entah bila saat itu akan sampai, saya tidak tahu kerana kem4tian adalah dirahsiakan Allah.
Terima kasih semua kerana sudi melayan coretan saya ini. Assalamualaikum…

– Edriana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *