Derita Depression

Assalamualaikum,aku anna.

Terima kasih iium sudi siarkan confession aku ni.

Aku dah mengalami depression 2 tahun yang lalu,sebelum ni aku rasa aku dah ada simptom depression ni dari zaman sekolah lagi tapi disebabkan aku takut untuk berjumpa doktor dan aku telah dimomok momokkan yang siapa yang pergi jumpa psychiatry ni gelap masa depan.

Alhamdulillah aku kuatkan juga diri aku untuk pergi jumpa doktor,aku pergi sendiri klinik kesihatan untuk minta referral letter dengan doktor walaupun masa tu family aku ada di rumah.

Episod kemurungan aku yang teruk bermula sekali lagi semasa aku di universiti.Apa yang paling menyakitkan aku ditinggalkan oleh kawan kawan baik aku sendiri.

Kami dah berkawan sejak dari awal masuk universiti lagi.Selepas habis belajar,mereka tinggalkan aku begitu saja,removekan aku dari group whataps,pulaukan aku,kata buruk tentang aku.

Yang aku paling terasa mereka takut dengan aku.Aku hanya murung waktu itu dan aku tidak akan mengapakan mereka.Keadaan aku makin teruk selepas mereka buatacam tu.Sedangkan waktu mereka susah,aku selalu bersama sama dengan mereka,kami dah sampai tahap rapat,tidur sekatil sebantal.

Aku tak tahu macam mana nak ceritakan diri aku waktu itu,tidak keluar dari bilik,tak makan,tak minum.Keadaan aku macam tu sampai 8 bulan,sampai satu pagi tu aku terdetik untuk pergi untuk mendapatkan bantuan.
Aku bercerita dengan mak dan adik aku tapi respond yang aku terima tidak begitu positif.

Mereka menolak bahawa aku ada depression dan mereka kata aku mereka-reka cerita.Mak aku kata aku ni hancurkan harapan keluarga.Adik aku kata dia malu ada kakak macam aku dan kenapa la dia tak de kakak macam orang lain.

Aku menangis terus waktu itu sampai rasa nak tidur tak nak bangun lagi.2 minggu lepas tu,aku kuatkan juga diri naik teksi pergi klinik sebab aku tak tahu memandu dan mereka tak mahu hantar aku.

Lepas dari kejadian aku beritahu mereka,mereka seakan akan memulaukan aku,tidak bercakap dengan dan anngap aku macam tak de dalam rumah tu.Tak peduli tentang aku langsung.

Aku didiagnos oleh doktor menghadapi MDD dan anxiety disorder.Aku nak sembuh,setiap kali ada sesi dengan psychiatry atau psikologi,aku kena pergi sendiri,yamg aku paling sedih bila family sendiri buat macam tu.

Aku fight benda ni sorang sorang sekarang.Aku paksa diri aku makan ubat apabila tiba waktu.Kesakitan berperang dengan diri sendiri tu sangat sakit.Aku paksa diri untuk makan dan minum walaupun sedikit.

Aku betul betul nak sembuh.Tapi aku rasa lonely sangat.Tak de kawan,tak de support dari family.Sampai sekarang mereka ignore aku sedangkan mereka tahu aku hanya ada mereka berdua sahaja.Aku cuba untuk bertahan sampai ada satu tahap aku jadi relapse balik sebab dah tak mampu nak tanggung.

Aku nak tanya solusi bagaimana nak merawat rasa sunyi dan survive dalam kesunyian ini.

Mereka yang normal tidak akan pernah mengetahui betapa kami sakit melawan depression ini.

Jangan kaitkan dengan agama,mereka takkan pernah tahu bagaimana aku menghadapi benda .

Aku hanya inginkan solusi.

Yang sangat ingin sembuh.

– Anna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit