Derita Di Tanah Pusaka

Assalamualaikum… Dan selamat sejahtera.

Saya harap dapat cadangan atau komen yang dapat membantu saya dalam masalah yang saya hadapi.

Jiran bernama Zani (bukan nama sebenar) telah berkahwin tapi setelah kematian ibu nya, Zani berpindah duduk rumah ayah dia. Sejak tu bukan hanya Zani tapi 2 orang beradik perempuannya jugak suka mengumpat tepi rumah.

1. Zani pernah datang simbah air pada sampah yang mak saya bakar. Tegur dengan cara berhikmah tak boleh ke? Kalau dia bakar sampah belakang dapur saya selamba je.

2. Dia ambik buah sukun dan mangga yang keluarga kitaorang tanam pun tak beritahu sekurangnya beritahula dia ambik sebab dulu arwah mak dia mintak izin ambik buah sukun siap bawakan buah sukun tu sekali, sebab arwah mak dia tahu siapa yang tanam.

Kalau tak mintak izin pun tidak mengapa tapi bila dah ambik buah keluarga kitaorang, dah makan buah kitaorang tanam nampak mak saya pun dia buat tak tahu,

Tidak mahu bertegur sapa mahupun berbaik dengan jiran tapi pokok2 keluarga kitaorang tanam selamba ambik. Kalau ada pakcik2 saya memang dia tak berani..

3. Dia sengaja cari pasal dengan ikat ampai baju dia kat pokok mangga belakang rumah kitaorang sampai pokok mangga tu tumbang baru dia buat ampai baju jauh sikit.

4. Anak dia yang no 3 suka menebeng rumah jiran kecik kecik dah pandai mengumpat sebab mak dan makcik makcik dia pun suka mengumpat.

5. Saya memang syak adik lelaki autism dia baling batu dekat tingkap dapur saya. Semasa dengar bunyi pecah terdengar suara adik lelaki dia dan ada suara lelaki suruh adik lelaki dia masuk dalam rumah.

6. 3 tahun lepas dan tahun ni pun mereka memang sengaja bakar mercun paling kuat betul betul belakang dapur saya. Bayangkan la rumah kampung tiada siling hanya beratapkan zink.

Sampai kucing2 saya pun lari ketakutan. Dia tahu mak saya warga emas, saya sangat bimbang akan keselamatan kesihatan mak saya sekiranya mak saya terkejut.

7. Dia suka cari gaduh dengan mulut mahupun perbuatan.

8. Jiran jiran sini pun luah perkara yang sama seperti Zani suka cakap babi dan kepala babi pada orang yang lebih tua dari dia sedangkan Zani itu dah beranak 5.

9. Mak saudara dia pun mengesahkan jiran./ anak saudara dia sebelah ni memang kurang ajar dan biadab.

10. Bila mak saya lalu belakang dapur kitaorang dia sengaja nak cari pasal dengan mengatakan kalau kene baju dia siap lah, dan mak saya jawab ada kene ke terus dia menjerit sekuat hati masatu dia tengah mengandung jadi tak hairan anak dia suka menangis terjerit jerit.

11. Ada jiran pernah cerita tentang mak Zani ni. 2 orang mengatakan tentang mak Zani. Ada kes cerita tampar menampar tapi hanya cerita Hanya Allah sahaja yang tahu.

Tapi bila jiran yang lain kutuk mak Zani, saya rasa sedih sebab mak Zani sangat baik dengan keluarga kitaorang cuma anak nya bernama Zani sahaja berperangai biadab.

12. Dia renovate rumah jatuhkan batu bata 1 lori tepi rumah tepi bilik tidur saya, terkejut dan mak saya memanggil polis tujuan untuk menyelesaikan masalah sebab orangnya tak makan nasihat.

13. Apalagi esoknya sewaktu mak saya sedang melakukan solat sunat, Zani cari pasal dengan mulut dengan mengatakan orang gila memang la sikit2 panggil polis.

Apa yang dia cakap dan berbuat pada kami, saya betul2 serahkan pada Allah tapi perlu usaha untuk mengelakkan dari gangguan jiran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan kami seperti darah tinggi, kemurungan dan lain2.

14. Kalau dia nak buat pagar, pagar belakang rumah dia cukuplah. Syak Alasan anjing, Itu tanah terbiar, Allah bukan ciptakan keluarga Zani je nak berkembang biak.

15. Tong sampah letak tepi rumah keluarga kitaorang alasan tanah dia. Dulu arwah mak Zani takda letak tong sampah tepi rumah keluarga saya. Dia bangga jiran2 lain tengok Zani dapat buli emosi keluarga saya sampai macamtu

16. Zani kata kalau apa apa tak boleh datang beritahu dia. Sekarang ni orang tua pulak nak kene hormat orang muda rasa dah terbalik dunia ni. Dia tahu apa dia dah buat tapi ego nak mohon maaf.

17. Zani buat gangguan lepastu jadi batu api usik hal peribadi keluarga kami. Kononnya Zani bangga adik beradik dia datang.

Adik beradik mak saya datang pun bukan dia tahu kalau Zani nampak pun dia jugak cepat masuk rumah tutup pintu. Pandai jadi batu api nak pecah belahkan keluarga kitaorang

18. Walaupun saya ada bukti mesej yang mak saudara Zani sendiri benci pada Zani tapi saya tidak pernah memberitahu dia.

19. Sedangkan keluarga Zani pun berstatus asnaf. Tapi akhlak langsung tiada.

20. Sekiranya saya berpindah memang berpunca daripada jiran. Dan saya teringin untuk berhijrah dan berdoa semoga dapat jiran yang baik. Dekat situ semua jiran baik kecuali keluarga Zani.

21. Zani sendiri buat pengakuan yang 1 kampung maki dia.

22. Saya pernah pergi berubat yang kenalkan perawat ni adalah orang ada pangkat kat kampung tu. Tapi perawat tu cam aneh sikit. Dia kata orang yang buat saya adalah jiran.

Tapi saya tidak percaya. Sedangkan saya tidak pernah cerita apa2 pada perawat cuma batuk dan sakit kepala tidak sembuh2 waktu itu sebelum covid ya… Sebab dah pergi klinik tak sembuh2 jadi ikhtiar perubatan islam alternatif.

23. Zani memang saja nak tunjuk taring dan belang dia sebab keluarga dia besar sebab tu boleh cari pasal dengan keluarga ibu tunggal. Ingat dulu mak dia pun rasa jadi ibu tunggal.

Zani ada 4 anak perempuan, hati2 bila mengata orang, perli, sindir. Takut apa yang dia cakap terjadi pada anak cucu cicit dia. Banyak lagi sebenarnya tapi saya tidak pandai susun cerita. Saya luah apa yang saya ingat.

24. Pernah dengar cerita yang Zani mengata sorang jiran kenapa la kaki pakcik A tak kene potong. Astagfirullahalazim, dia mengata tu jiran dia merangkap saudara dia.

Selepas itu bapak Zani meninggal dunia, saya lihat orang yang Zani kata tu siap datang beri penghormatan terakhir.

25. Keluarga Zani tidak maklumkan mereka akan buat kenduri. Mak saya kerja shift malam pukul 6 kene gerak dari rumah tapi di sebab kan keluarga Zani la menghalang mak saya pergi cari rezeki, dalam pukul 5 petang dengar ramai orang,

Bila mak keluar lihat dah pasang khemah dan mak terpaksa letak kereta kosong tengah tengah tapi bapak Zani ambil kereta sorong dan campak depan pagar sambil di lihat banyak orang. Sepatutnya mak parking je kereta tengah2 macamana dia nak campak kereta kan.

Walaupun bapak Zani dah arwah tidak sepatutnya memalukan mak saya depan tetamu dia. Mohon maaf pun tidak ada. Ye Allah izinkan tapi akibat nya pertanggungjawabnya sendiri di akhirat tapi mak saya baik.

Dia tidak mohon maaf pun mak saya dah maafkan. Dia bagi tetamu dia parking betul2 dalam kawasan rumah keluarga saya tanpa mintak izin. Masa tu tidak tahu boleh report polis. Ilmu tak banyak. Sekarang baru tahu sikit sikit

26. Semasa ayah Zani meninggal dunia mak saya call pakcik saya untuk wakilkan keluarga kami sebab mak saya bekerja. Mak Zani dulu tiap2 minggu datang pinjam mesin parut kelapa.

Keluarga saya tak pernah ungkit tapi saya ungkit kerana mereka jiran tidak kenang budi khas untuk Zani. Lebih 10 tahun saya pendam…

Masih tidak rasa lega mungkin terlalu banyak kenangan pahit dengan jiran.

27. Zani pandai cakap makan sama2 pokok keluarga kitaorang tapi dia ambik makan keluarga dia je. Zani pandai cakap guna sama sama tapi belakang rumah kitaorang dia yang kongker. Kat belakang kalau banyak sampah. Sampah keluarga dia je.

Belakang rumah dia syak bukan tanah dia dia buat stor dapur. Masak luar rumah habis bau masakan dia masuk dapur, bilik, ruang tamu dan tandas keluarga saya, sebab rumah kampung rapat2 buka tingkap je dah rumah dia.

Dulu mak Zani boleh je masak dalam rumah, kalau masak dalam rumah buka pintu belakang pun tidak apa asalkan bukan luar rumah buat ala2 stor. Sangat semak dengan khemah barang2 dia.

28. Zani tiada hak untuk memberi perintah kepada mak saya seperti kemas daun jatuh belakang rumah dia. Belakang rumah dia bukan tanah dia, Daun jatuh bukan tanah dia.

Jiran lain semua syak Zani buat stor dapur pun tanah terbiar lebih 62 tahun. Bila dia buat stor dapur nampak macam dekatlah pokok tu sebenarnya pokok tu lepas parit belakang rumah dia kalau dia tak buat stor dapur nampak jauh, mengata semak samun belakang rumah kitaorang.

Itu bukan tanah keluarga saya. Sepatutnya jiran bantu ibu tunggal bukan cari pasal. Makan buah sukun mangga kitaorang tanam tapi sengaja cari pasal. Jiran lain ada beri cadangan suruh tebang je pokok2 kitaorang tanam.

Semua belakang tu jiran yang kongker dah lebih 10 tahun jugak tak buka pintu dapur sebab Zani suka cari pasal dengan mulut mahupun perbuatan.

29. Adik lelaki Zani yang autism tu suka baling batu atas zink. Batu besar syak batu bata. Zani dengar tapi hanya kata jangan baling. Sepatutnya keluarga Zani panjat dan turunkan batu yang adik dia telah baling.

Kadang sampai bocor zink selepas adik Zani iaitu faris (bukan nama sebenar) baling. Semua atap dia pernah baling sampai jiran2 lain turut dengar.

Sepatutnya Zani yang pindah sebab dia sudah berkahwin carilah rumah lain. Zani pergi kerja bukan dia jaga sangat adik lelaki dia yang autism. Zani ada pembantu yang boleh di arah2kan seperti suami dan anak2 dia.

Dulu mak Zani selalu puji mak saya rajin sampai faris pun ikut perkataan mak dia tapi sejak kakak faris, Zani yang jaga. Dah pandai mencarut marah2 merempan2 tepi rumah macam Zani.

Kadang bila kat dapur dengar dia basuh kencing anak dia cam kat sebelah je, dengar pintu dia buka tup2 ada benda jatuh seperti di campak sesuatu tapi bunyi belakang rumah kitaorang.

Jiran sebelah kiri Zani, jiran sebelah kanan cina belakang rumah cina ada longkang. Biasalah longkang pasti bau longkang. Cuma Zani gangguan dia berani gaduh guna mulut dan perbuatan.

Semoga jiran aku di beri hidayah supaya menghormati orang yang lebih tua, bertimbang rasa dan bertolak ansur terhadap jiran tetangga.

30. Bila kitaorang cat rumah, saya nampak Zani terhendap hendap macam tak puas hati sambil dia mengadu pada suami dia dan suami dia cakap sudahlah atau biarlah.

31. Pernah saya nampak Zani melihat lama perkarangan rumah keluarga saya sambil senyum sinis. Ada wayar tiang telefon jatuh di hadapan rumah keluar masuk jadi sukar nak keluarkan kereta. Setakat itu yang saya ingat

Terima kasih sudi baca luahan hati saya. Dan saya akan baca cadangan dan komen dari anda semua. Semoga dapat selesaikan masalah yang dah lama di belenggu ini.

– Zetty (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *