Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya. Nama saya Orked. Berumur 30an. Hari ni saya nak confess kisah silam saya yang saya rasa boleh memberi pengajaran kepada adik2 yang muda lagi.
Saya adalah anak gadis yang dibesarkan dalam family yang agak alim. Saya khatam al-quran sejak umur 13 tahun lagi.
Tapi betul lah ayat yang di petik dari kumpulan Raihan ‘IMAN TAK DAPAT DI WARISI DARI SEORANG AYAH yang BERTAQWA’. Sepanjang hidup saya mempunyai 2 karekter.
Karekter pertama ialah karekter yang ibu bapa saya cipta untuk saya iaitu seorang anak yang baik mendengar kata dan karekter kedua ialah karekter yang memberontak dalam diri.
Saya sebenarnya hanya berpura2 menjadi anak yang baik walhal jika ayah saya menyuruh saya solat saya akan mengunci pintu bilik dan menunggu dalam bilik seolah2 saya solat padahal tidak.
Saya ponteng sekolah dan kelas tusyen demi untuk keluar dengan lelaki yang saya baru kenal.
Hidup saya ni menjadi lebih teruk bila saya mula dapat kebebasan untuk hidup sendiri. Saya mula hidup berdikari sejak masuk universiti.
Di sana iman saya di uji dengan lebih dasyat. Saya mula jatuh cinta. Perkenalan saya dgn A sangat singkat namun dia berjaya menambat hati saya dan juga meragut dara saya.
Dosa? Memang dosa tapi saya angkuh dan yakin A lah jodoh saya. Tapi setelah 1 tahun bercinta kami akhirnya putus sebab percintaan kami jarak jauh dan rupa2 nya A adalah kaki perempuan. Saya kecewa tapi keangkuhan saya melebihi rasa takut saya pada Allah pada ketika itu
Sejak dari putusnya hubungan saya dgn A saya menjadi lagi jauh. Saya mula kenal dengan kawan2 perempuan yang tak baik akhlaknya.
Ketika itu saya sudah mula bekerja. Kawan2 saya bukan lagi kawan2 universiti tapi kawan2 kerja. Ujian iman saya ketika ini saya mula menjinakkan diri dengan kehidupan clubbing. Saya clubbing sana sini hampir setiap hujung minggu.
Arak dan s3ks ketika itu bagaikan Halal di mata saya. Bertukar-tukar pasangan dan berjoget sampai ke pagi adalah rutin hujung minggu saya.
Saya lupa yang saya ada ayah dan emak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan saya.
Saya lupa pada Allah yang selalu memakbulkan doa ayah dan emak saya.
Saya angkuh dalam hidup yang penuh jijik. Semakin singkat short skirt saya semakin hebat saya rasa. Allah. Hina kan saya?
Ketika umur saya menjangkau 25 tahun saya mula mengenali dunia dadah. Ketika ini adalah kemuncak kejahilan saya. Saya mula berjinak2 dengan pil ecstasy.
Alasannya bermula ketika mana saya meneguk arak saya rasakan tidak lagi merasa mabuk. Kawan2 perempuan saya yang saya gelarkan sisterhood saya mula memperkenalkan saya dengan ecstasy.
Mula2 saya mengambil pil saya rasa betul2 feel didalam club dan saya mampu berjoget tanpa henti hampir 4 jam. Gilanya saya pada masa itu.
Arak dan pil bila di satukan bagai irama dan lagu. Saya lupakan Allah ibu bapa dan paling hina sekali saya seolah2 tinggal kan agama saya di rumah.
Saya deny perasaan bersalah saya kepada Allah dengan meyakin kan diri saya apa yang saya buat ini adalah untuk keseronokan saya. Hinakan saya?
Bila umur saya meningkat 27 tahun saya dah mula slowly kurangkan aktiviti clubbing saya. Tapi jangan ingat saya dah bertaubat. Ketika ini saya mula menjinakkan diri dengan ganja.
Sisterhood saya memang pandai memujuk saya untuk join mereka dengan ganja. Ketika itu saya betul2 rasa dunia ini aku yang punya.
Hampir setiap hari ganja di sedut dan hampir2 menjejaskan prestasi saya di tempat kerja. Ketika itu juga saya sudah mula pandai bersekedudukan dengan teman lelaki saya warga Germany.
Perkenalan kami di sebuah club 2 tahun telah membuatkan kami jatuh cinta dan decide untuk tinggal bersama. Hina kan saya?
Setelah 1 tahun lebih kami tinggal bersama akhirnya pada suatu pagi saya terjaga dari tidur. Saya terdengar sayup2 suara Azan subuh.
Saya duduk di katil dan tiba2 suara Azan itu masuk ke dalam jiwa saya yang paling dalam. Saya menangis teresak2 sampaikan teman lelaki saya bangun dan bertanyakan saya mengapa. Saya terus bangkit dari katil dan mandi.
Ketika ini saya betul2 rasa jijik dengan diri saya. Saya packed barang2 saya dan pindah keluar dari rumah itu. Saya pergi ke rumah kawan ofis saya yang saya agak rapat di tempat kerja. Saya namakan dia Lily.
Lily seorang gadis yang baik. Memang sejak dari kami berkawan saya suka dengan cara Lily yang tak pernah judge saya. Saya minta Lily bantu saya untuk keluar dari kehidupan saya dan bina hidup baru.
Alhamdulillah Lily ingin membantu saya ketika itu. Saya menangis di hadapan Lily bagaikan anak kecil yang tidak dapat gula2. Lily banyak menasihati saya dan dia mula memujuk saya untuk solat.
Setelah sekian lama saya tidak mencium sejadah saya memulakan solat saya pada waktu maghrib dan saya menangis lagi dan lagi kerana saya betul2 rasa penyesalan yang dalam atas kehidupan yang saya pilih dulu.
Lily mencadangkan saya tinggal dengannya. Alhamdulillah di sebalik kejahatan saya ada lagi orang yang sudi menerima saya dalam hidup mereka.
Semenjak saya mula tinggal bersama Lily, saya mula menjauhkan diri saya dari sisterhood saya dan juga kehidupan lalu saya.
Kali ini saya di uji dengan kawan2 perempuan saya yang mengugut saya untuk menghantar gambar2 seksi dan menceritakan diri saya yang sebenar kepada ahli keluarga saya. Mereka juga mengugut saya untuk menyebarkan gambar2 saya di media sosial.
Saya merasakan kehidupan lalu saya mula menghantui saya. Ini adalah consequences yang perlu saya hadap dan tanggung akibat dari perbuatan lalu saya.
Saya mula terbayangkan betapa hancurnya hati kedua ibu bapa saya jika mereka melihat dan mendengar cerita jijik tentang diri saya.
Namun Allah masih menutup aib saya. Lily mengajar saya untuk membuat report polis atas ugutan yang mereka buat kepada saya.
Dan bila saya menghantar laporan polis kepada mereka, mereka betul2 marah namun dalam masa sama mereka takut untuk betul2 lakukan apa yang mereka ugut.
Walaupun perkara ini dah lama berlalu namun saya tetap dihantui rasa takut dengan dosa lalu. Yang paling menakutkan saya adalah HIV.
Setiap hari saya terbayangkan diri saya jika saya dijangkiti HIV bagaimana saya ingin meneruskan hidup? Saya bertekad membuat test HIV dan Alhamdulillah sekali lagi Allah memakbulkan doa ibu bapa saya.
Kini kehidupan lalu saya dah lama saya tinggalkan. Buat adik2 yang masih muda jaga lah diri adik2 baik2. Jangan jadi seperti kakak. Hancur kerana mengejar dunia.Kehidupan tanpa Akhirat yang kakak agungkan dulu.
Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu kawan2.. dan jangan tersalah memilih kawan. Enjoy itu hanyalah sementara manakala rasa bersalah akan dibawa sampai mati.
– Orked (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit