Aku berusia lewat 20-an dan hidup jauh dari ibu bapa. Derita eczema aku ni bukan bermula sejak kecil tetapi dalam setahun ke dua tahun yang lepas.
Pada waktu Malaysia mengalami jerebu teruk, ketika itulah aku perasan kulit aku naik bintik-bintik, dan aku fikir itu hanya allergic biasa.
Tak pernah terlintas dalam kotak fikiran yang aku akan jadi sebahagian daripada penghidap eczema di dunia.
Aku merupakan seorang food hunter dan boleh kata semua makanan aku bedal, tolak batu dengan kayu je bak kata orang tua-tua.
Selain itu aku juga aktif hiking. Masuk sungai, masuk selut lumpur, masuk semak samun sana sini, semua aku redah.
Namun semuanya berubah selepas aku menghidap eczema. Aku jadi pasif dan lebih suka duduk di rumah.
Aku depressed. Sebagai seorang yang tidak mempunyai pantang dengan makanan, sekarang aku terpaksa berpantang, gayanya lebih teruk dari wanita bersalin.
Gluten, gula pasir dan dairy foods merupakan pemusuh terbesar kami penghidap eczema. So, aku terpaksa cakap bye-bye kepada cakes, ice-creams, starbucks, boba tea, roti etc.
Makanan aku sekarang selalunya adalah nasi kosong dan ikan tilapia.
Cabaran aku lebih teruk pada bulan Ramadhan ni dimana aku hanya mampu menjamu mata sambil menelan air liur sahaja melihat pelbagai kuih-muih yang diiklankan di dalam facebook oleh peniaga online. Sebak guys.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, aku telah 2-3 kali mengalami eczema flare up tetapi eczema aku hanya di kawasan tangan, peha, ketiak dan kawasan belakang lutut.
Namun ketika cerita ini ditulis, aku sedang tergaru-garu seperti beruk kena belacan gayanya.
Kali ini eczema aku teruk. Habis tangan, kaki, leher, bahagian perut, telinga dan muka. Gatal miang dia tak tau nak cakap macam mana lagi.
Aku rahsiakan masalah ini daripada pengetahuan ibu bapa aku. Jika sebelum ini aku kena eczema, mak akan jadi orang first yang willing teman aku pergi klinik untuk dapatkan injection.
Mak expect once aku dapat injection, aku akan heal dari eczema. Maafkan kami guys, kami orang kampung and parents aku cuma ada a very little knowledge about eczema.
So bila eczema aku flare up lagi kali ni, aku decide nak rahsiakan dari mak ayah aku sebab tak nak mereka risau.
Nasib baik tengah PKP, so adalah reason aku tak balik kampung, padahal nak rahsiakan mengenai eczema aku yang mengganas semula ni.
Masalah aku sekarang, aku dah jadi depressed dan demotivated. Quality life aku memang out, tidur 2-3 jam je sehari. Time duk garu sorang-sorang, tak memasal air mata aku menitik sebab fikir sedih tak tau nak luah dekat siapa. Nasib ada IIUM confession.
So pembaca sekalian, tolong doakan aku. Kalau tak dapat sembuh dari eczema pon, semoga aku boleh control eczema aku.
Doakan aku terus bermotivasi nak teruskan kehidupan bila eczema aku muncul semula. And if ada dalam kalangan pembaca juga penghidap eczema, aku send virtual hugs.
Please share your dos and donts ketika eczema, apa motivasi korang untuk melalui momen kena eczema, boleh share mana tempat berubat (moden atau tradisional) yang boleh aku pergi untuk dapatkan treatment.
Thanks sebab sudi baca, see you guys in next confession.
P/s: Aku selalu tertanya-tanya, ada ke orang nak kahwin dengan penderita eczema macam aku ni if awal-awal dia tau aku ada eczema? Kbye!
– Zabrina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit