Assalamualaikum…. Nama aku Izni dan berusia pertengahan 30-an. Aku bekerja di sektor swasta dan jawatan aku Alhamdulillah agak tinggi juga la. Sekarang ni aku tengah sambung belajar secara PJJ. Aku rasa aku dah tak ada masalah bab kerja.
Cuma yang aku nak ceritakan adalah berkenaan jodoh. Bukan aku terlampau nak memikirkan jodoh tapi baru-baru ni ada kejadian yang menyebabkan aku rasa memang betul ada yang tak kena dengan aku.
Untuk pengetahuan semua, semenjak di zaman universiti lagi, aku dah banyak kali ada teman lelaki, tapi ada saja yang tak kena sampai hubungan kami putus. Selalunya akan putus tanpa sebab.
Aku cerita beberapa contoh. Pernah bekas teman lelaki aku, hari ni elok jumpa, raya datang rumah, esoknya janji nak jumpa lagi. Dan dia beria nak datang lagi esok rumah aku, muka pun happy, tiba-tiba esoknya aku tunggu-tunggu tak datang.
Aku call tak angkat, aku mesej tak reply. Dah petang tiba-tiba aku dapat mesej dia nak putus. Mana tak gila aku menangis. Kalau jenis yang baru first time jumpa takpe. Ini dah couple bertahun.
Sekarang ni dia dah kahwin, dah ada anak. Ada jugak kadang-kadang dia tegur di FB, aku tak dendam so takde masalah sebab aku tak rasa apa dah. Cuma aku tak reply sangat sebab aku tak suka, kang bini dia ingat aku menggatal dengan laki dia.
Bekas teman lelaki aku yang seterusnya pun sama, tiba-tiba ghosted aku tanpa sebab, padahal tak gaduh tak apa. Kalau jenis kenal melalui social media lain. Ini tak.
Dah kenal parents semua. Family dia sampai sekarang baik dengan aku. Dulu mak dia siap call tanya nak datang rumah dia tak? kalau nak dia ambik. Memang aku rapat sangat-sangat dengan family dia. Tengah-tengah baik, tiba-tiba hilang.
Dah sebulan lepastu dia mesej cakap nak putus dengan alasan “hati tak boleh nak paksa.” Aku sekali lagi macam orang gila.
Setahun lepas tu, dia ada muncul balik mintak maaf, sampai sekarang cuba nak tawan balik hati aku, tapi maaf lah aku memang tak kan terima orang yang pernah curah racun kat hati aku.
Lepas dari yang tu, aku bertahun-tahun nak buka hati aku balik. Until la aku terima ex aku yang terbaru. Dulu aku layan dia acuh tak acuh sebab aku dah serik.
Aku rasa bila aku mula je sayang orang mesti ada je tak kena. Dan aku ingat di usia aku sekarang aku akan lebih matang menerima hakikat perihal jodoh dan takdir. Ternyata aku silap, yang terbaru ni buat aku hampir separuh gila.
Yang ini paling teruk. Tengah-tengah elok mesej last aku cakap, “kejap ya.. nanti saya mesej awal balik…” sebab aku nak drive jauh. Bila dah sampai, aku call tak angkat. Aku fkir positif mungkin dia busy. So aku mesej satu tanya dia busy ke? Sampai ke esoknya tak reply.
Aku call lagi tak angkat..Sampai beratus whatsapp aku dia langsung tak read. Tapi tetap view status media social aku.
Aku hari-hari menangis macam oarang gila, aku rasa macam aku dah buat silap besar terima lelaki. Aku sepatutnya tak buka hati aku. Bayangkan apa yang aku imagine rupanya jadi lagi. Aku agak trauma. Aku meraung nangis hari-hari.
Okay aku nak masuk climax cerita ni. One day tu sebab aku terlampau teruk menangis, aku demam. Hidup aku masa tu Ya Tuhan, tak terurus. Aku dah tak nak jumpa orang. Aku suka kurung diri. Aku sanggup pergi sewa hotel sebab aku tak nak ada orang lain.
Then, Ada la sorang kenalan aku ni sarankan aku jumpa sorang ustaz. Dia just cadangkan je. Ikhtiar. Aku sebenarnya dulu tak pernah terfikir ada tak kena dengan aku secara “dalaman”. Sebabnya aku lebih kepada percaya tak ada jodoh.
Bila aku jumpa ustaz tu aku ceritakan semua, dia cakap memang ada something dengan aku. Dia surankan aku pergi perubatan Islam. Dia ada jugak ruqyahkan aku.
Tapi dia lebih nasihatkan aku pergi perubatan Islam Even masa tu pun sebenarnya aku macam nak tak nak je percaya. Ustaz cakap ada benda dengan aku yang memang buat aku tak kan kekal dengan siapa-siapa. Aku ikut nasihat ustaz, minum air ruqyah, mandi limau.
Ini yang jadi dekat aku. 2 3 hari pertama aku mandi limau, asal amndi je aku nangis sampai terduduk. Aku rasa sedih yang tak tau nak kata.
One day tu, aku tidur, aku pasang ruqyah dekat laptop. Malam tu teruk aku kena. Aku dalam separuh sedar rasa tangan aku kena ikat. Aku meronta-ronta nak lepaskan diri, terjaga tu aku nangis.
Then aku cubak nak tidur lagi sekejap dalam pukul 4 sebab aku letih, aku nak kerja lagi. Sekali lagi aku mimpi ada kawan aku ajak naik kereta.
Dia tak bercakap bila aku tanya nak bawak pergi mana… Dia just senyum dan tiba-tiba bawak aku naik bukit yang tinggi dengan kereta. Berhenti betul-betul depan satu anak sungai.
Nak turun ke anak sungai curam dia dah macam 90 degree. Sekali kawan aku gelak dan terjun dengan kereta. Korang bayangkan aku rasa nak gugur jantung aku. Memang macam yang selalu mimpi jatuh tempat tinggi. Aku bangun tengok pergelangan tangan aku merah! betul la aku kena ikat.
Pada hari aku nak pergi ke pusat perubatan Islam tu, aku macam malas gila. Sebab otak aku fikir mungkin aku depressed.
Lagipun aku dah ke klinik dan tunggu doktor dah buatkan aku surat appointment untuk jumpa psychiatrist. Aku masa tu lebih cenderung fikir aku ada anxiety dan depression.
Aku nangis-nangis cerita dekat doktor. Korang tau apa yang aku rasa yang menyebabkan aku teruk sangat? Aku rasa ada satu perasaan terbuku kat dada aku.
Rasa yang macam tak lepas. Aku dah tak dapat handle rasa tu, kadang sampai aku nangis-nagis meronta-ronta then aku bangun dan nasihatkan diri aku, “Awak boleh buat ni Izni.. awak kuat.. awak boleh lawan…” aku gelak dan aku nangis lagi sampai bengkak mata aku.
Begitu la hidup aku hari-hari. Kadang-kadang aku kat mana-mana je dia akan terus rasa nak menangis yang tak boleh dilawan. Pernah sekali, aku kat rumah kawan aku.
Aku sebenarnya just cuba tak nak bersendiri. Tapi sebab dia bercakap dan bercakap aku tak leh tenang. Aku tahan air mata aku yang dah bertakung. Aku cakap nak balik.
Sampai rumah aku terus hempas badan aku atas tilam, aku nangis sepuas hati aku. Memang putus cinta yang aku rasa kali ni benar-benar aku tak pernah seteruk ni.
Berbalik pada hari aku nak ke pusat perubatan Islam tu. Dalam hati fikir tak ada apa la. Tapi pergi jela kang ustaz yang sarankan tu kata aku tak dengar kata pulak. So aku pergi dengan kawan aku. Aku masuk dalam bilik rawatan dengan sorang akak ni.
Kami 2 orang je satu bilik. Masa awla-awal dibacakan ayat Quran, akak kat tepi aku dah menangis-nangis dah. mejerit-jerit cakap sakit. Merayu-rayu mintak ustaz berhenti. Aku masa tu tak rasa apa pun lagi. Jst masa nak last bacaan
Al-Quran tu aku ada sikit rasa menggigil. Tapi aku ingat sebba aku sejuk aircond atau sebab lama sangat aku berlunjur. Masa ustaz rawatkan akak tepi aku tu, aku boleh tengok lagi. Tak rasa apa, siap fikir kalau ustaz tanya apa aku rasa, aku nak cakap tak rasa apa pun. Just menggigil sikit.
Rupanya bila ustaz datang kat aku, ustaz pegang kaki dia tanya “Awak ni siapa? Kenapa ganggu dia?” Weh serius masa tu aku sedar, tapi aku dah tak leh control diri. Aku sedar semua. Tiba-tiba aku nangis macam orang gila. Ustaz pegang kepala, menggigil teruk aku.
Makin ustaz tanya makin teruk menangis. Dan aku tak menjaawab langsung masa ustaz tanya asal mana? Aku menangis sampai penuh hingus keluar. Yang herannya aku tak tau kenapa nangis. Lepas jawapan tak dijawab, ustaz nasihatkan untuk aku datang lagi selepas seminggu.
Datang untuk minggu seterusnya, aku rasa macam aku elok sikit, aku macam konfiden kot tak de apa dah. Sekali, yang kedua lagi teruk. Tangan aku tiba-tiba kebas, dan benda terus bergerak ke dada rasa macam tak leh bernafas aku. Aku nangis teruk.
Aku ingat aku dah nak mati dah. Dan benda tu tak pernah menjawab soalan ustaz. Masa tu ustaz marah benda tu, dia warning benda tu nak keluar ke nak dia kerat dua.
Selalu aku dengar orang akan tak sedar bertul tak? aku sedar sepenuhnya tapi aku tak da control atas diri sendiri.
Masa ustaz suruh baring, ustaz tekan satu- satu tempat nak cari benda tu. Bila dia tekan je dekat perut, aku terus menjerit sakit! macam orang gila. Kuat nak mampus. Kawan aku, ustazah dan ada beberapa org lagi pengamal perubatan dalam tu.
Balik dari rawatan kali kedua tu aku dah tak tidur kat rumah. Aku tidur rumah kawan aku sebab aku takut. Kakak aku pulak ada hal, dia out station. Masa ni teruk aku kena.
One day aku rasa pedih dekat betis, aku selak tengok betis aku berdarah macm kena cakar.. satu garisan. Cakaran masih baru sebab darah belum kering.
Aku ingat situ je. Bila aku nak mandi, tengok peha aku ada 3 4 lagi! yang paling penting belakang aku pun kena. Parut masih ada sampai sekarang. Ada juga lebam biru dekat betis aku.
Aku masih teruskan rawatan. dan sampai sekarang aku tak tau apa yang ada dalam badan aku. Dan kata kenalan aku, aku tak akan dapat kahwin selagi tak buang benda tu.
Aku sebenarnya nak cuab juga pergi ikhtiar berubat dekat lain. Tapi disebabkan masalah PKPB sekarang aku tangguhkan dulu. Aku banyak kali nangis bila fikir adakah selama ni akulah punca orang yang aku sayang menjauh dari aku.
Sebenarnya aku mungkin dah ada lama benda tu dengan aku. Aku dari zaman sekolah selalu kena tindih. Mimpi bukan-bukan. Mimpi mengandung, susukan bayi, orang bagi bayi. Aku memang la suka sebab aku suka baby. Kata orang mimpi sebegitu petanda juga.
Bila aku suka kan seseorang, even awal-awal lelaki yang approach dan aku tak suka, bila aku terima, memang lelaki tu akan berubah hati.
Situasi kedua bila aku minat kat lelaki tu, dan bila dia nak je kat aku, aku pulak yang berubah hati. Aku akan jadi tak suka langsung. Bukan sikit sikit tak sukanya.
Banyak kali aku sampai menangis sebab mimpi kena kahwin. Rasa macam kena paksa. Ini satu lagi hal, aku tak pernah happy mimpi nak kahwin. Aku akan rasa aku tak nak kahwin.
Bila terjaga je aku akan rasa lega gila sebab mimpi. Hakikatnya aku nak kahwin. Entah la… Aku harap dengan kuasa Allah, aku dapat sembuh.
Aku dah tak sanggup hadap benda sama. Pada yang mengalami nasib sama dengan aku, ikhtiar la berubat. Kalau bukan masalah itu pun at least kita ikhtiar. Yang selebihnya serahkan pada Alalh. Moga kita semua jauh dari hasutan dan godaan Syaitan.
Btw, ada ke kat sini yang dapat agak apa yang “menghantui” aku? sebab sampai sekarang ustaz tak bagi jawapan.
– IZNI NAEMAH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit