Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Membaca perkongsian Boba tentang Dunkin dalam confession, (https://iiumc.com/trauma-
Nama aku Anne, berumur 35 tahun dan berkerja di dalam bidang professional dan masih bujang.
Kisah Dunkin, sama macam aku alami. Cuma bezanya, aku dicabul oleh sepupu abah yang paling rapat. Aku gelar dia Pakcik N.
Umur aku 9 tahun masa tu. Naif, tak tahu apa-apa, takut, keliru dan tak mampu.
Ya tak mampu. Tak mampu nak bersuara, tak mampu nak bercerita, tak mampu nak melawan apapun yang Pakcik N lakukan pada aku.
Dia sentiasa pandai mencari peluang untuk memerangkap aku supaya bersama dia. Aku terasa bila ada yang komen mengatakan Dunkin patut melawan.
Yang komen tu pernah merasa? Jika boleh melawan apa kau ingat kami akan jadi mangsa.. Dan kau ingat kami rela?
Pakcik N, seorang pengetua sekolah. Bermuka manis dan bersuara lunak. Serba serbi sempurna di mata keluarga dan saudara mara.
Jika aku bersuara, adakah orang yang akan percaya? Atau aku akan dituduh mereka cerita. Lagi teruk, mungkin aku akan dibuang keluarga. Umur 9 tahun, aku hanya mampu memendam semua ini.
Tahun lepas Pakcik N meninggal kerana serangan jantung.
Jika orang lain meninggal kita ucapkan, ‘
Memaafkan? Mungkin mudah dimulut orang lain untuk mengatakan, ‘maafkanlah dia, dia pun dah tiada’. Tapi maaf aku tak mampu.
Horm4tilah pendirian aku dan juga mangsa-mangsa lain yang masih tak mampu memaafkan.
Di sudut hati, kami mahu hidup dengan tenang dan melupakan semua ini. Tapi bagaimana jika tiap detik kau terkenang dan ada masanya kisah hitam ini menganggu lenamu?
Mungkin apa yang Pakcik N buat pada aku, hal kecil pada orang lain. Tapi pada aku, apa dia buat telah merosakkan separuh jiwa aku.
Hampir 25 tahun dari hidup, aku trauma bila berjumpa dia setiap kali hari raya atau kenduri keluarga. Aku benci bila orang bercakap2 tentang kebaikkan dia, dan jijik bila dia tersenyum mesra pada aku.
Dia mencabul aku, tapi masih bertingkah seperti tiada apa2. Boleh dibayangkan sengsara aku berperang dengan perasaan amarah waktu itu?
Aku pendam dan simpan semua rahsia ni. Tak mudah untuk aku untuk bersuara dan meluahkan apa yang terjadi, jalan terbaik adalah berdiam diri.
Tapi cara ini membvnvh hati aku dalam diam. Di saat rakan sebaya aku berkeluarga dan memiliki anak, aku hanya mampu bersendiri.
Tiada seorang pun ahli keluarga dan rakan aku tahu tentang ini. Mereka sendiri tertanya-tanya, kenapa sampai waktu ini kenapa aku masih ‘sendiri’.
Mungkin mereka fikir, aku terlalu memilih pasangan. Walau teman lelaki silih berganti, tapi aku tak mampu menjalinkan hubungan serius. Tak mudah bila kau ada ‘kisah’ yang orang lain tak faham.
Kalau tanya pada aku, apa yang patut orang lain bantu. Aku sendiri tiada jawapan. Dulu, aku berharap keluarga dan saudara mara tahu tentang apa Pakcik N telah lakukan.
Tapi sekarang, aku rasa tiada gunanya. Dia dah tiada. Yang akan menanggung malu nanti bukan dia pun.
Cuma aku berharap, satu hari nanti aku ada kekuatan untuk bercerita pada seseorang apa yang telah terjadi. Sekadar melepaskan apa yang terbuku di hati selama ini.
Nasihat aku pada netizen, berhati-hati dalam memberi komen tentang isu ini. Kerana kau tak berada di dalam kasut pemakai.
Dok sembang tutup aib, kau pikir aib pelaku jer. Sengsara yang mangsa alami kau campak dalam tong sampah. Jika mungkin kau juga mangsa yang telah memaafkan, tak bermakna orang lain akan sekental hati kau.
Moga kamu dan keluarga terhindar dari golongan ‘pemangsa’ ini.
Sekian,
– Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit