Assalamualaikum dan Hi warga IIUM. Sebenarnya, terpanggilnya saya untuk menulis disini sebabkan confession “Derita Si Bongsu” (Confession tersebut telah dipadam oleh admin di atas sebab-sebab tertentu). Ala yang confessor ada ketulan di payudara dan family nya tak percaya perubatan moden tu.
Saya nak berkongsi pada confessor berkenaan isu ketulan tu supaya confessor tak perlu risau sebelum masanya. Saya pasti bukan confessor sahaja yang risau, wanita lain diluar sana yang menghadapi permasalahan ini pasti juga risau.
Saya sendiri mempunyai penyakit ketulan seperti confessor, dikenali sebagai Bilateral Fibroidadenoma (ketulan dikedua-dua belah payudara). Mula perasan ketulan ni ketika saya berumur 21 tahun. Ketika itu, saya belum berkahwin lagi. Kini sudah 5 tahun berlalu. Saya juga kini sudah bergelar seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak yang comel.
Kenapa saya katakan yang “Jangan risau sebelum masanya?”. Mari saya terangkan mengikut pengalaman saya. Sebelum tu, kalau ada tersilap terms dan lain2 mohon maaf ya…saya terangkan mengikut kefahaman saya sebagai layman saja.
Okay, sambung balik soalan kenapa tadi. Hal ini kerana, ketulan di payudara tidak semestinya kanser. Ia terbahagi kepada 2. Satu ialah benign condition (bukan kanser) dan satu lagi adalah malignant (kanser/berbahaya).
Ia boleh diketahui melalui procedure ” fine needle aspiration cytology (FNAC) dan juga surgical specimen. Mungkin ada cara lain lagi kot (saya tak pasti) tetapi yang dalam pengalaman saya, dua2 ni saya dah pernah lalui.
APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEKIRANYA TERDAPAT KETULAN DI SEKITAR PAYUDARA ATAU KETIAK ANDA?
Pertama sekali, jangan panik. Sila dapatkan rawatan di klinik kerajaan ataupun klinik swasta. Untuk klinik swasta, saya cadangkan anda dapatkan pemeriksaan di klinik yang menyediakan perkhidmatan maternity check up sebab disini biasanya ada doktor perempuan.
Jadi untuk first timer, nak2 yang belum kahwin, takdelah rasa segan sangat. Apa2 pun, kalau hanya doktor lelaki saja yang ada, janganlah anda risau sebab doktor lelaki takkan periksa anda berdua dengannya saja. Seorang Chaperon akan berada disitu sepanjang proses pemeriksaan dilakukan.
APA YANG AKAN BERLAKU SEMASA PROSES PEMERIKSAAN INI?
Semasa proses pemeriksaan ini, doktor akan mengenalpasti keadaan ketulan (bergerak gerak atau kekal), saiz ketulan, kedudukan ketulan dan tahap kesakitan ketulan ketika disentuh. Macam dalam kes saya, di awal pemeriksaan, saya didapati mempunyai 4 ketulan di belah kanan payudara dan 1 di payudara kiri. Doktor akan mengeluarkan surat rujukan ke hospital untuk tindakan lanjut.
SELEPAS ANDA DIRUJUK KE HOSPITAL, APA YANG AKAN BERLAKU?
Semasa di hospital, mula2 sekali adalah proses pendaftaran. Pesakit yang dirujuk daripada klinik swasta akan dikenakan bayaran RM30, manakala pesakit yang dirujuk daripada klinik kerajaan pula perlu membayar RM5. Saya kemudiannya dirujuk ke bahagian Klinik Pembedahan/Surgeri.
Di klinik ini, anda akan ditanyakan beberapa soalan seperti ada sejarah kanser tak dalam famili, ada ambil apa2 supplement tambahan tak, dan macam2 soalan lagi. Jawab saja secara jujur ya supaya mudah doktor nak menganalisa keadaan anda.
Usai sesi soal jawab, doktor akan mula melakukan pemeriksaan fizikal. Dalam kes saya, doktor yang menguruskan kes saya ketika itu ialah doktor lelaki. Tetapi saya mohon supaya nurse perempuan yang melakukan pemeriksaan tersebut.
Semasa sesi pemeriksaan fizikal ni, perawat anda (doktor/nurse) akan merasa bahagian payudara dan ketiak anda menggunakan jari. Beberapa perkara akan direkod seperti kedudukan ketulan, keadaan ketulan, saiz dan macam-macam lagi. Selesai saja sesi pemeriksaan fizikal, saya dirujuk pula ke bahagian XRAY dan Ultrasound.
Di bahagian ini, saya telah diperiksa menggunakan mesin ultrasound (ala mesin scan baby tu) supaya kedudukan dan jumlah ketulan dapat dikenalpasti dengan lebih tepat dan terperinci. Hasil pemeriksaan, payudara kanan saya mempunyai 9 ketulan dan belah kiri mempunyai 5 ketulan.
Ketika ini, doktor merasakan saya perlu dibedah kerana jumlah dan saiz ketulan yang ada didalam payudara saya. Saya pun bersetuju untuk menjalani proses pembedahan ini. Semasa proses pembedahan, specimen telah diambil dan dihantar ke makmal untuk mendapatkan keputusan Ujian Kanser. Alhamdulillah, saya cuma benign.
APA YANG ANDA PERLU JANGKAKAN SEMASA PROSES PENYEMBUHAN?
Bagi saya semua pembedahan itu menyakitkan. Itu anda tak perlu jangka pun dah tahu kan. Tips saya, makan ubat tepat waktu dan jangan skip. Semasa “healing proses”, anda tidak digalakkan untuk memakai coli/bra. Saya cadangkan supaya anda beli Padded Singlet Tank Top sebab singlet ni ada sponge yang boleh tutup bahagian payudara tu.
Untuk kes saya, saya tidak dapat memakai bra sehingga sebulan sebab luka pembedahan saya agak banyak (yela…ketulan pun banyak). Selain tu, pastikan anda mencuci luka pembedahan dengan betul. Hal ini utk mengelakkan kawasan luka jadi bernanah.
Kadang kala anda juga perlu ke klinik kesihatan utk “follow up” progress luka bedah anda. Anda juga perlu ke hospital semula untuk melakukan pemeriksaan selepas pembedahan dilakukan tetapi dalam jangka masa yang ditetapkan sajalah bukanlah wajib setiap bulan datang.
PRO DAN CONS.
Pro dan cons ni berbeza mengikut keadaan pesakit tu sendiri, jumlah potongan (incision) yang dilakukan, dan macam2 lagi. Mengikut pengalaman saya, “pro” disini ialah saya dapat memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan penyakit ni. Saya pun dah tak perlu takut dan tertanya tanya samaada ketulan saya ni kanser atau tidak.
“Cons” pula tentunya sebagai wanita, adalah masalah kiloit atau parut di sekitar kawasan payudara. Tetapi masalah ni sebenarnya bukanlah masalah yang besar. Sebelum bersetuju utk pembedahan, bincangkan hal ni dengan doktor. Nyatakan kalau boleh anda nak kurangkan parut. Tambah pula zaman skrg teknologi perubatan dah semakin maju.
Cons lain ialah bab bentuk payudara yang tak sama saiz dan bentuk. Sekali lagi, perkara ni boleh dibincangkan dengan doktor sebelum bersetuju untuk pembedahan. Doktor akan mencadangkan prosedur yang terbaik yang penting anda kena nyatakan kegusaran anda.
Saya dahulu tak terlintas akan hal ni…yela, pertama kali melaluinya dan dulu maklumat berkenaan hal ni macam tak begitu meluas di media sosial. Bab menyusukan anak pula, haa.. semasa saya mendapatkan rawatan, doktor memang ada beritahu yang ada kemungkinan jika suatu hari nanti, bila saya dah ada anak, penghasilan kuantiti susu ibu saya akan terkesan.
Kenapa? sebab semasa proses pembedahan dilakukan, kebanyakkan ketulan saya berada di kawasan “milk duct” atau kilang susu ni. Jadi, doktor akan cuba untuk tidak merosakkan semua kilang2 ni. Untuk lebih faham, saya bagi contoh lah ya. Bayangkan anda ada 5 kilang minuman yang menghasilkan 5000 kotak air.
3 dah kena roboh secara “permanent”. Adakah anda masih boleh menghasilkan 5000 kotak air seperti yang kebiasannya? Jawapannya tidak. Macam tu juga dengan penghasilan susu ibu yang saya sebutkan tadi. Liang susu dah tertutup, jadi air susu tidak dapat dihasilkan lagi.
Macam kes saya, sekali pump session, saya hanya mampu menghasilkan 1 oz sahaja, yang ni untuk bahagian payudara yang paling banyak ketulan dibuang dan 2 oz pula untuk payudara yang sebelah lagi.
Namun begitu, janganlah anda risau. Walaupun keadaan macam ni, saya masih lagi mampu menyusukan anak saya hingga usianya hampir 3 tahun, walaupun saya terpaksa campur. Untuk kes yang macam ni, jangan kondem ibu2 untuk campur susu. Macam yang doctor beritahu saya, keadaan saya berbeza dengan ibu2 menyusu (normal) yang lain.
Seorang ibu normal yang tiada permasalahan begini, mampu menghasilkan susu mengikut keperluan atau lebih. Kebanyakan masalah yang biasa ibu2 alami ialah kuantiti susu berkurang, yang mana kebanyakan ibu2 kemudiannya memilih untuk melakukan ikhtiar berurut / ubah mind set (demand supply) dan lain2.
Kembali kepada contoh kilang minuman saya tadi. Situasi utk ibu2 normal: Individu A mempunyai 5 kilang minuman yang menghasilkan 5000 kotak air Sehari. Suatu hari, mesin di salah satu kilang mengalami kegagalan, maka “production” pada hari itu berkurang menjadi 4000 sahaja sehari.
Namun begitu, setelah mesin dibaiki (ni yang part ikhtiar tadi), kilang2 tersebut dapat menghasilkan 5000 air kotak sehari seperti biasa. Berbeza pula dengan situasi saya: Individu A mempunyai 5 kilang minuman yang menghasilkan 5000 kotak air Sehari.
Suatu hari, mesin di salah satu kilang mengalami kegagalan, maka “production” pada hari itu berkurang menjadi 4000 sahaja sehari. Malangnya, mesin ini langsung tidak dapat diperbaiki lagi. Sejak itu, kilang2 individu A hanya mampu menghasilkan 4000 air kotak sehari sahaja. Mungkin ada juga yang tertanya tanya, kenapa tidak ambil ibu susuan?
Sebenarnya, banyak perkara perlu ditimbang tara dalam hal ni. Yang menjadi “concern” utama saya ialah faktor masalah kulit anak. Anak saya mempunyai masalah eczema hampir ke seluruh badan, yang mana anak saya tersangatlah sensitif dengan segala apa yang saya makan.
Kalau saya ambil bantuan stok susu badan dari ibu yang lain, atau bantuan ibu susuan, agak sukar untuk saya mengenalpasti dan “keep track” apa saja faktor yang merangsang keadaan eczema beliau. Cons yang terakhir adalah masalah hormon.
Seperti yang doktor maklumkan kepada saya, ketulan ni boleh bertambah dan berkurang bergantung kepada hormon. Macam saya, hormon jenis aktif, semasa saya mengandung anak pertama, ketulan menjadi semakin banyak. Dulu 9:5 sekarang jadi 13:9 ketulan.
Jadi, doktor pun buat FNAC (yang ni anda boleh google kaedahnya). Sekali lagi, alhamdulillah keputusan masih sama iaitu benign. Doktor teruskan dengan “follow up” dan selepas bersalin, payudara saya diperiksa semula. Jumlah ketulan berkurang, saiz ketulan pun mengecil.
Doktor merumuskan yang ianya adalah faktor hormon, yelah.. masa mengandung hormon pun jadi tak betul. Sehingga kini saya masih meneruskan “follow up” bila perlu.
TIPS:
Jangan takut. Sayangi diri anda. Dapatkan rawatan dahulu.
Jika tidak cukup duit, tanyakan kepada doktor jika terdapat option kaedah pembayaran yang lain.
Jika tidak berpuas hati, cuba dapatkan pendapat kedua. Bincangkan mengenai kaedah pembedahan, nyatakan kerungsingan anda.
Selepas pembedahan, makanlah makanan yang sihat supaya anda bertenaga semula dan cepat sembuh. Tak perlulah berpantang melainkan anda ada allergic.
KATA-KATA TERAKHIR:
Kepada confessor, anda sudahpun berumur 18 tahun. Jangan risau, pergi dulu dapatkan pemeriksaan. Jika perlu bedah, tanyakan kepada doktor anda bagaimana keadaan selepas pembedahan (contoh: dah bole drive sendiri ke untuk balik ke rumah) since confessor kan perlu bediri di atas kaki sendiri.
Kalau confessor ada insurans/medical card, cuba dapatkan rawatan daripada pakar breast and endocrine yang terbaik. Dapatkan moral support dari circle anda macam kawan-kawan dan lain-lain lagi. Apa-apa pun, saya ucapkan “All the best confessor. Semoga terus sihat dan kuat”.
– H.M. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit