Derita Tanggung Sendiri

Hai sebelum tu terima kasih admin kerana sudi siarkan confessions saya.

Kenalkan diri saya yang saya gelar K. Saya pernah hantar confessions sebelum ini tapi terdetik hati nak hantar lagi.

Bagaikan tiada kesudahan, bertahun-tahun saya rasa sakitnya. Luaran saya kelihatan seperti orang normal tapi dalamannya, Tuhan saja tahu sakitnya.

Dahulu saya sudah cuba luah dengan keluarga sendiri tapi tiada yang ambil peduli. saya perlu kekuatan dan kata-kata semangat dari ahli keluarga sendiri.

Saya tu saya belajar bangkit sendiri. Saya dekatkan diri dengan Tuhan. Saya solat apa semua tapi tiada hasil. Saya bukan nak salahkan tuhan sebab apa saya seperti ini. Saya keliru!

Trauma dari masa lampau dahulu iaitu saya dibuli, dipulau rakan sekolah lepastu diugut nak sebar gambar tak senonoh saya yang di rakam tanpa saya ketahui betul-betul menghantui saya.

Kejadian dah lama pada tahun 2010 dahulu yang berlaku di sekolah berasrama penuh agama dahulu.

Walaupun sudah berlaku tapi saya masih belum tenang. Saya suda belajar bangkit dan lupa. Saya berlakon lupakan kejadian itu tapi tidak berjaya.

Lupa dan teringat balik. Akibatnya hati saya sakit dan dalaman saya tidak seperti orang normal. Depan orang saya paksakan diri berlakon ceria tapi hati saya. Ya Allah! Seksa!

Kisah tu memang mengubah hidup saya. Saya betukar jadi lemah dan tidak bersemangat. Pelajaran saya dahulu pun terganggu.

Saya bekerja pun tidak bersemangat. Saya dapat gangguan tidur. Saya tidak faham kenapalah saya jadi seperti ini.vJujur saya penat!

Saya betul-betul nak berubah tapi tak mula dari mana. Saya sudah cuba berubah sendiri iaitu dekatkan diri dengan Tuhan. Rajin kan solat.

Tapi hati saya menyimpan perasaan tidak puas hati bertahun-tahun lamanya. Seperti sudah terkunci kuat. Nak lepas dan buang pun payah

Tolong saya pembaca semua. Apa lagi saya perlu buat. Perlu lah saya jumpa pakar lagi atau apa untuk saya berubah. Dulu saya suda cuba tapi tiada kesan..

Saya tak tahu sampai bila jadi seperti ini. Saya meraung pada dunia. Apa lagi. Saya macam-macam sudah cuba tapi tidak ada kesan.

Kalau nak akhiri hidup iaitu b*nuh diri pernah terfikir dan buat pun tapi saya masih cuba lawan dan taknak buat seperti itu. Saya penat sangat macam ni!

Apa yang saya perlu buat lagi?

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *