Derita Waris Saka

Hi nama aku Fafa.. semestinya bukan nama sebenar..

Tujuan aku menulis adalah ingin meminta pertolongan pembaca untuk mencadangkan perawat Islam yang betul2 boleh membantu diri ini. Maaf jika tulisan beterabur..

Serba sedikit tentang diri ini.. Aku seorang anak bongsu.. sudah berkahwin.. berusia awal 30-an

Saka warisan. Ya itu lah masalah yang aku hadapi. Saka ini ku warisi tanpa pengetahuan ku. Mungkin sebelum @ selepas ayahku meninggal?

Aku sendiri tidak mengetahuinya. Ayahku merupakan seorang bomoh yang terkenal d kampung ku..

Namun dia meninggal (12 tahun lalu) tanpa sempat mewariskan “peliharaan”..

Pada mulanya kami tidak terlalu memikirkan tentang hal “peliharaan” ayahku ini kerana kami berpendapat mungkin “mereka” hilang dengan sendirinya.

Dalam tempoh setahun selepas ayahku meninggal, tiada apa kejadian yang pelik berlaku..

Selepas itu, ada beberapa kejadian yang agak teruk yang secara logiknya boleh mendatangkan kecederaan parah tapi aku tidak apa2 walau sekecil lebam sekalipun..

Senang cerita seolah-olah aku menjadi kebal (aku tidak mahu menceritakan dengan details kerana risau akan ada yang kenal diriku huhuhu)

Kemuncak kejadian yang mana aku sedar aku mewarisi saka ini adalah, apabila rakan ku diganggu makhluk halus (8 tahun lalu).

Semasa proses rawatannya, aku secara tidak sengaja terdengar bacaan rukyah lalu aku mengamuk.

Bermula dari saat itu sehingga la kini, aku sering diganggu oleh saka-saka ini.

Mereka akan mengganggu mentalku. Akan ada masa bila aku tiba2 menjadi depression.

Aku akan menangis sepanjang hari.. berkurung dalam bilik gelap.. aku akan jadi blurr.. sentiasa penat.. aku akan rasa marah dan emosi yang melampau.

Benda ini membuatkan aku tidak boleh bekerja dengan baik dan akhirnya aku memutuskan untuk resign..

Aku dah penat membuat rawatan. Belum ada satu perawat pun yang betul2 boleh menghalau mereka ini..

Untuk pengetahuan, setakat ini yang aku tahu ada 9 ekor saka dalam badan ku.. semuanya degil tidak mahu keluar.. walau disembelih oleh perawat tetap tiada kesan..

Oleh itu aku minta bantu sangat.. kalau ada perawat yang betul2 boleh membantu..

Dan aku cuma mahu perawat yang menggunakan kaedah islam.. aku tidak mahu rawatan kaedah syirik.. terima kasih.

– FAFA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *