Assalamualaikum.. Pertama sekali terima kasih aku ucapkan seandainya kisah aku ni diberi peluang untuk disiarkan. Tujuan aku menulis ni ialah untuk berkongsi masalah dan meminta pendapat.
Firstly nama aku Nur (sudah tentu bukan nama sebenar) Aku gadis berusia pertengahan 20-an dan sudah berkahwin dengan lelaki yang aku bercinta hampir 12 tahun yang akan aku gelarkan sebagai Fizi.
Tahun ini, genaplah pernikahan kami selama 3 tahun tapi belum ada rezeki anak.
Oh ya, untuk pengetahuan anda anda aku adalah salah seorang pejuang penyakit MDD. Yang diluarnya kelihatan gadis normal. Hakikatnya di dalam hati, jiwa dan raga hanya Allah SWT yang tahu.
Aku menghidap penyakit ni sejak aku bujang lagi kira-kira sudah 8 tahun tanpa pantauan. Sebab apa? Sebab hanya aku dan suami aku sahaja yang tahu apa aku hadapi.
Ya family aku dan kawan kawan aku tak ada siapa yang tahu. Dan ini adalah bonus kepada masalah aku dan punca kenapa penyakit aku semakin teruk. Sebab kekurangan support dari manusia sekeliling.
Bagaimana aku dapat penyakit ni? InsyaAllah kalau diberi peluang akan aku kongsikan di entri akan datang.
Untuk pengetahuan semua, waktu usia aku belasan tahun aku pernah berjumpa doktor yang berkenaan dan dibekalkan dengan beberapa jenis ubat (dah lupa nama apa) dan setiap kali aku buat ujian DASS, keputusan yang aku terima adalah SANGAT TERUK.
Aku sempat makan ubat tu 2 hari je. Lepas tu aku terus stop. Sebab aku takut aku akan bergantung dengan ubat untuk jangka masa yang lama. Dan aku takut ubat tu akan beri kesan pada kehidupan aku pada masa akan datang.
Sebab bila aku makan ubat tu aku akan rasa tenang je nak berehat je. Tapi bila tak makan ubat, aku akan kembali kepada keadaan sedia kala.
Jantung berdegup laju even aku tak buat apa apa aktiviti. Gelisah, muram, hilang mood dan aku pernah cuba untuk bvnvh diri selama beberapa kali.
First aku pernah cuba untuk terjun tingkat 5. Aku pernah cuba kelar nadi tangan aku dengan cermin tingkap.
Aku pernah ada keinginan untuk baring di tengah highway sebab aku nak tau tahap sakit apa bila kena langgar. Dan aku sentiasa cuba untuk menyakitkan diri aku.
Bila aku tengok aku luka, berdarah.. aku akan rasa sangat sangat puas. Gila kan? Tapi itulah yang aku alami selama 8 tahun.
Apa function suami? Sorry to say. Aku tak dapat support dari dia.
Ayat yang aku terima ialah ‘Jangan ikutkan hati’. Sebab? Aku kelihatan sangat normal. Pergi kerja balik kerja seperti biasa. Aku masak, aku uruskan rumah tangga. Hakikatnya aku menangis diam diam masa mandi.
Sebagaimana laju air pancuran, sebegitu laju airmata aku turun. Aku selalu ramas rambut aku sebab aku rasa sakit dalam kepala yang aku tak boleh nak gambarkan (anytime akan rasa).
Kadang tubuh aku dah penat minta berehat tapi otak aku ligat berfikir benda yang tak ada punca menyebabkan aku akan lesu lemah tak bermaya keesokannya.
Satu hari aku dapat tahu laki aku ialah seorang penagih. (Waktu usia perkahwinan setahun) Aku sering berhadapan dengan penagih dadah (atas tuntutan kerja) so aku sangat sangat la dapat baca gerak geri seorang penagih.
Apa aku rasa masa tu? Aku rasa dunia aku hancur. Sebab aku rasa sangat dikhianati oleh seorang lelaki yang aku bergantung harap.
No wonder lah duit gaji dia sentiasa habis dan duit aku selalu habis untuk support dia. Masa tu aku tak tahu dan aku tolong dengan statemen suami isteri kena saling tolong menolong. Dia belum pernah naik tangan cuma dia selalu baran.
Tapi aku sentiasa memberi peluang. Dan dah dua kali dia kantoi masih ambik benda benda tu. Sehinggakan perasaan aku kosong. (Untuk yang ada penyakit MDD, memang sukar untuk gambarkan apa yang dia rasai)
Dan untuk pengetahuan kami sudah mulai asing tempat tidur sejak dua tahun yang lalu walaupun kami sering berlakon di hadapan orang sekeliling bahawa kamilah pasangan yang bahagia yang bercinta semenjak sekolah.
Dan penyakit aku? Sudah tentu semakin teruk. Aku selalu tak sedar apa yang aku buat.
Sebagai contoh aku pernah menangis semahu mahunya dalam bilik air waktu mandi dan bila aku keluar dari bilik air, sedar sedar rambut yang paras pinggang dah tinggal paras bahu.
Persoalan aku sekarang. Adakah aku perlu mempertahankan toxic relationship ni?
Oh ya, untuk pengetahuan aku bukan menantu pilihan. Dan sudah tentu dapat bayangkan macam mana hubungan aku dengan sebelah mertua kan?
Masih adakah sinar bahagia untuk rumahtangga ni?
Alhamdulillah hati aku sedikit lega lepas aku taip ni. Maaf seandainya ada kekurangan di dalam tulisan ni. Aku bukanlah penulis yang mahir menggunakan tatabahasa yang betul.
Sekian…
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit