Deritaku Itu Kebahagiaan Mentua

Salam semua. Apa yang aku ingin ceritakan ini hanyalah sekadar luahan perasaan yang terbuku dan mungkin ada yang boleh memberikan pandangan dan nasihat kepada aku.

Aku kenalkan diri aku, nama aku Roslina, dah berumahtangga dan mempunyai 2 orang anak.

Suami aku Alhamdulillah, seorang suami yang baik, penyayang, bertanggungjawab dan anak yang sangat patuh kepada kedua ibu bapanya.

Selama 3 tahun perkahwinan kami. Inilah pertama kali aku bergaduh besar apabila suami aku dituduh sebagai anak derhaka.

Ceritanya, di awal perkahwinan kami. Bapa dan mak mertua aku ni aku anggap sangat mengambil berat kehidupan anaknya.

Aku sentiasa positif, sehinggalah beberapa perkara yang aku rasakan sangat melampau seolah-olah mereka tidak dapat melepaskan anak kesayangan mereka.

Sebelum berkahwin suami aku ada menyatakan hasrat mak beliau untuk izinkan adik perempuannya tinggal bersama kami.

Untuk pengetahuan semua, aku dan suami tidak pernah bercinta sebelum kahwin. Jadi memang kami perlukan ruang untuk lebih mengenali diri masing-masing.

Aku agak keberatan sebenarnya dan pernah mengutarakan apa yang aku rasa. Aku cuba bertolak ansur berkenaan hal tersebut. Jadi selama setengah tahun adik suami aku tinggal bersama.

Tiap minggu itulah keluarga mertua aku akan datang ke rumah. Jika tidak maka aku kene balik kampung suami aku. Memang kami seolah tidak ada masa untuk berdua, apatah lagi privasi.

Paling aku rimas, bila mak mertua akan akan masuk campur semua perkara dalam rumah termasuklah cara aku menghias rumah dan sebagainya. Sampai ke dalam bilik dia akan check jenis katil yang kami beli dan sebagainya.

Bab masuk bilik ni, keluarga mertua aku memang sesuka hati saja keluar masuk. Kadang alasan nak bermain dengan cucu. Padahal mereka tahu anak aku tengah tidur.

Ada ketika, mereka akan mengejutkanya dan bila aku kunci mereka akan ketuk macam tidak ada hari esok.

Bila suami aku cadangkan padanya untuk beli perhiasan bunga yang aku beli kerana nampak seperti mak mertua aku berminat.

Terus mak mertua akan menemplak, takkan sesekali dia beli perhiasan seperti itu nanti berdebu rumahnya. Tapi seminggu kemudian, dia akan beli perhiasan yang sama.

Begitu juga makanan yang aku masak. Kadang mak mertua aku tidak akan sentuh. Katanya nampak tidak sedap, ada masanya juga dia akan order makanan lain dan jemput yang lain untuk makan sambil komen masakan aku. Aku hanya diam dan sabar.

Suami aku selalu juga akan belikan kami kasut dan baju yang sama. Bila mak mertua aku nampak pastinya dia mendesak untuk dapat barangan yang sama. Sekali aku masih bersabar.

Sabar aku mulai hilang rasanya, bila melibatkan anak aku. Keluarga mertua aku ni suka gomol cium siap nak bagi anak aku makan fast food dan junk food. Sampai ruam anak aku makin teruk.

Aku pernah bersuara tapi mereka buat bodoh seolah tidak ada apa yang berlaku. Bahkan suami aku juga mulai rasa geram dengan kerenah mereka.

Bila aku dapat tahu adik ipar aku akan balik ke kampung halaman. Aku sangat gembira sekurang-kurangnya kami sekeluarga akan ada privasi. Tapi mak mertua aku pula bagi syarat supaya kami habiskan hujung minggu bersama mereka.

Paling aku sakit kepala bila turn aku untuk pulang ke kampung aku. Keluarga mertua aku nak ikut sekali dengan alasan nak pergi bercuti. Siap pesan bersama mereka dulu jangan terus balik ke rumah mak aku.

Ada satu hari, bila aku buat reunion dengan kawan-kawan baik aku. Time tu jugaklah keluarga mertua aku nak datang semata-mata nak tunjuk kereta baru yang adik ipar aku beli.

Padahal dah tahu dan dah dimaklumkan kawan aku nak datang ke teratak kecil kami. Mereka berkampung dalam bilik tetamu. Sedangkan bilik tu aku dah siap-siapkan untuk kawan-kawan aku solat.

Bila mereka pulang, tetiba sahaja suami aku pesan suruh tegur kawan aku. Katanya ibu mertua aku kata kawan-kawan aku biadap tidak menegur mereka. Aku tak paham siapa yang duduk berkampung dalam bilik sebenarnya?

Fasa sekarang adalah adik ipar aku yang lain dapat tawaran belajar di IPTS yang dekat dengan kawasan perumahan aku. Dekat pun hampir 2 jam setengah jugak perjalanan.

Adiknya akan selalu menghantar barang ke rumah aku dan mengajak keluarga mertua aku untuk stay di rumah aku walaupun aku dan suami tiada dirumah.

Ouh ya lupa untuk aku bagitahu mereka tidak mahu pulangkan kunci rumah aku kerana katanya mudah untuk mereka akses masuk dan keluar walaupun kami dan memaksa.

Itulah kemuncakkanya, bila aku dah tak tahan sabar jadi aku suruh suami pesan pada adiknya aku tidak suka orang datang dalam keadaan rumah yang tiada ada tuannya.

Adik ipar aku menangis dan mengadu pada mak mertua aku. Suami aku terus dituduh derhaka. Dan sekarang suami aku gesa untuk aku minta maaf pada keluarga mertua….

Aku diam dan diam. Kecewa dan tak tahu apa seterusnya akan aku lalui dan lakukan….

Bersyukurlah jika anda dianugerahi keluarga mertua yang positif..

– Roslina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *