Assalamualaikum, first of all aku nak thanks in advance kalau conffesion ni dipublish.
Aku nak share tentang penyakit kulit aku iaitu dermagraphism dan eczema. Kalau korang yang kuat semangat pergi google 2 penyakit ni, try tengok kat google images.
Ye itulah keadaan kulit aku, kulit aku sangat sensitive sampai boleh main tulis2 dan akan timbul disebabkan “hive” tu haha.
Masa aku duduk asrama dulu, dorm mate aku selalu tulis2 nama dorang kat tangan aku gune pensel tumpul dan excited bile nama dorang timbul hahaha.
Tapi Tuhan je tahu betapa gatalnya “hive” yang timbul tu. Aku kena lalukan tangan kat air paip atau air sejuk sebab kalau pegang “hive” tu korang boleh rase suhu dia panas sikit banding dengan kulit aku yang takde “hive” dan sumpah aku cakap rasa GATAL nak mampos. “hive” ni akan hilang selepas kena air sejuk dalam 30minit kemudian.
Dan untuk pengetahuan korang, kadang2 aku kalah dengan rasa gatal ni so aku garu dan luka. Aku seorang perempuan, dan jujur aku cakap aku banyak parut sebab penyakit ni dan aku rase rendah diri bila tengok kaki kawan2 aku yang lain, mulus tanpa parut masa asrama dulu.
Pada mulanya, aku dan family ingat ni cuma eczema biasa memandangkan aku ada asthma. Bagi korang yang tak tahu eczema biasa datang pakej bila ada asthma. Allergy la kirenye. Tapi setelah pergi dermatologist, barulah tahu rupanya aku ada dermatographia dan eczema dalam masa yang sama .
Aku nak share struggle aku ada 2 penyakit ni. Kulit aku sangat sensitive pada sentuhan seperti geseran,tusukan dan benda kotor.
Bayangkan kalau rambut aku ditiup kipas dan bergesel dengan kulit aku pun aku rasa gatal dan “hive” ni akan timbul even aku tak garu. aku bergesel dengan fabrik yang kasar, aku akan mudah rasa gatal dan “hive” ni mudah timbul so aku kena avoid baju yang bersulam atau berkerawang2. Aku tak boleh duduk atau pijak benda yang berpattern lama2 macam tikar mengkuang sebab nanti hive ni akan timbul juga. Bahkan kalau aku duduk lama2 atas lantai simen macam mase perhimpunan pun aku punya pungkoq boleh muncul “hive” ni. Haha sedih kan? Kalau sabun pun aku kena pakai anti-bacteria, dan kalau aku terlebih pakai sabun waktu mandi, kulit aku start kering bersisik dan menggelupas. Bahagian muka jangan cakap ah, sebab kulit muka lagi nipis dari kulit badan so kalau kena matahari lebih, aku mudah berjerawat. Make up pun aku tak pakai,paling kurang pun bedak je sebab kalau berlebihan aku rasa gatal dan akan berjerawat. Tapi korang janganlah imagine muka aku berjerawat teruk okay! Aku adalah jugak rupa walaupun kulit aku tak flawless hekhek *perasan jap*. Dan disebabkan eczema, aku jugak tak boleh kotor, habuk dan minyak.
Sebabkan 2 penyakit ni, aku jadi clean freak. Aku student. So bila ade gap panjang antara kelas aku mandi. Baju pun kerap bertukar kalau aku peluh. Cadar dan towel aku tukar 2 minggu sekali. Bilik dan barang2 aku, aku selalu mop dan lap dengan Dettol. Sabun basuh baju aku pakai yang soft dan anti bacteria. Aku sedaya upaya cuba avoid tangan aku dari pegang muka aku bila kat luar dan aku sentiasa ada sanitizer. Aku ada insecurity yang tinggi sebab 2 penyakit ni tinggalkan banyak parut kat kulit aku. Bila aku bercinta aku senang putus sebab aku tak yakin lelaki ni boleh terima aku yang banyak parut ni kalau kahwin nanti haha. 2 penyakit ni masih belum ada cure kata doctor aku. Dah tu je aku nak share, bagi aku ni dugaan untuk aku. Dan aku kuat sebab tu Allah bagi aku kulit macam ni. so kalau ade tips untuk kurangkan komenlah ye!
– K.A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit