Hai,nama aku Sarah, bukan nama sebenar. Tujuan aku confess kat sini cuma nak berkongsi dan juga untuk dijadikan iktibar untuk rakan-rakan pembaca semua. Rasanya tak payahlah kot aku kenalkan diri lebih-lebih sebab memang aku tak nak orang kenal aku pun berdasarkan apa yang aku nak cerita satgi.hehehe.Aku nak cerita kat korang beberapa perkara yang terjadi kat aku akibat daripada sesuatu yang terdetik dalam hati aku..iaitu dari seremeh-remeh hinggalah seberat-berat perkara. Pada mulanya mungkin aku rasa semua ni cuma kebetulan. Tapi lepas satu-satu benda tu jadi,aku automatik teringat balik yang aku pernah terdetik kata-kata tak elok dalam hati berkaitan kejadian-kejadian tu semua .
First sekali, ni benda remeh jer kot. Tapi bagi kesan jugakla kat aku. Nak dijadikan cerita,masa tu tengah study kat u. Ala biasalah kan dalam banyak-banyak kenalan kat u tu memang confirm punyalah akan ada seseorang yang kita tak berkenan dengan perangai dia.hehe betul tak? Dalam citer ni, aku ada sorang kawan satu batch,aku namakan dia Ika jelah. Aku memang tak berkenan dengan dia.Ika ni muka dia agak flawless jugak. Tapi suatu hari tu ada sebijik jerawat besar tumbuh kat pipi kiri dia. Ok aku mengaku aku ada kutuk n gelak kat dia dalam hati..hahaha..alahai jahatnya. Yelah kan masa tu tak suka kat dia. Tapi kau tahu apa jadi kat aku 2 hari lepastu? Fuhhh sebijik beb jerawat batu menempel kat pipi kiri aku. Memang copy paste betul macam dia punya. Kebetulan pulak minggu tu kitorang ada latihan berucap kat depan kelas setiap sorang. Kau tahu sepanjang berucap tu aku rasa classmates dok perati jerawat seketul tu jer bukan dengar apa yang aku cakap. Huaaa malu sungguh rasanya. Dah lah tu lama pulak dia nak hilang. Benda remeh jer kan? Tapi sebab aku kutuk orang, aku pulak yang mendapat.
Ok kali ni aku nak cerita tentang couple pulak. Dulu waktu sekolah aku memang anti lah dengan benda-benda couple ni semua. Aku siap berlagak lagi cakap camni “ape bendalah yang korang nak couple-couple bagai ni? Ada faedah ke? takpayah lah kot nak jaga jodoh orang sangat.” Ala betullah kan apa yang aku cakap tu? Yang salahnya aku berlagak sangat masa tu ala-ala suci n yakin takkan buat benda tu. Syaitan ni pulak bijak menghasut. Last-last aku kalah dengan kata-kata aku sendiri, masa form 5 tu aku dah pandai couple ngan sorang mamat ni. alahai menyesal pulak rasanya. Dahtu bukan kekal lama pun. Dulu bukan main lagi mengutuk orang .haha. Ni aku nak pesan. Kita ni janganlah sesekali berlagak n yakin sangat sebelum kita diuji. Bila tengok orang tu perangai tak semenggah, janganlah dok kutuk dia. Kita tak tahu lagi kita ni jadi manusia yang macamana satu hari nanti. Mungkin lagi teruk dari dia. Mintak jauh.
Ok citer yang seterusnya, hujung minggu tu aku n kawan-kawan satu dorm plan nak outing. Jadi kitorang pun sewa kereta sorang akak ni. Tengah-tengah bersiap tu,akak tu call dia kata tak dapat sewakan kereta dia sebab penyewa sebelum tu accident . Tapi sikit jelah, diorang langgar kereta orang. Budak yang sewa tu pulak student kat u yang sama. Bila benda tu jadi, kitorang terpaksa lah cari kereta sewa lain last minute. Susah pulak tu nak dapat sebab kebanyakannya dah full. Benda ni pulak dah dua kali jadi. Aku pun terkutuk lah dalam hati “sape lah yang asyik langgar kereta orang ni? Bawak kereta leklok lah. Last2 kitorang pulak susah” huhuhu. Satu hari tu, aku keluar dengan kawan-kawan lain pulak. Macam biasa kitorang naik kereta sewa. Tapi aku tak drive lah masatu.
Kitorang pegi lah jalan-jalan puas2, petang otw balik kitorang accident. Bukan langgar kereta orang tapi siap terhumban kereta tu dalam parit. Kau tahu aku ingat mati jer masatu. Sape yang pernah alami mesti tahu perasaan tu macamana. Nasib baik kitorang selamat. Takde yang teruk sangat walaupun kitorang masuk hospital 2 hari 1 malam. Muka aku terhentak kat cermin kereta, luka sikit jer tapi parut masih ada sampai sekarang. Cermin mata aku pecah. Kat dalam mata aku pulak ada darah beku. Memang putih mata aku dah jadi merah terang masatu. Seram pulak rupanya. Ambik masa sebulan gak lah nak sembuh. Darah mengalir dari hidung aku pulak dua hari tak berhenti. Setiap kali sujud dan rukuk darah keluar dari hidung aku. Memang aku tak dapat khusyuklah. Masa tengah tunggu turn kat hospital tu pun aku muntah darah. Seksa tau uruskan diri sendiri kat hospital besar tu tanpa dapat tengok dengan jelas. Tapi Allah masih bagi peluang untuk aku bertaubat. Alhamdulillah. Syukur sangat.
Ok ni last cerita aku, ni lah perkara besar yang aku terkesan sangat. Aku dibesarkan oleh mak bapak yang jaga solat. Kitorang adik-beradik memang jaga solat n mak bapak aku tegas dengan kitorang bab-bab solat ni. Suatu hari kawan-kawan satu dorm aku ada cerita tentang keluarga diorang. Macam-macam yang aku dengar. Ada yang mak bapak dia tak kisah pun anak-anak dia solat ke tak. Ada yang memang langsung tak pernah solat. Sedih aku dengar. Tapi aku ada terdetik dalam hati macamni, “kesian betullah, nasib baik family aku tak macamtu. Semua jaga solat siang malam”. Tapi…tu dulu. Sekarang ni abang kakak aku semua dah kerja. Bila diorang dh kerja ni diorang nampak sibuk sangat. Dan aku tak pernah tengok diorang solat waktu bekerja. Fyi, abg kakak aku semua ada bisnes sendiri. Sebabtu aku boleh jer pergi tempat kerja diorang n aku boleh perhatikan semua tu. Balik rumah tengah malam, terus masuk tido. Aku cuba nak bersangka baik, mungkin diorang pandai curi masa untuk solat waktu bekerja. Tapi bila makin lama aku perhatikan, aku makin yakin dengan sangkaan aku yang diorang memang tak solat. Mak ayah aku bukan tak ada tegur. Berbuih gak lah diorang dok pesan supaya solat.
Mak aku siap ingatkan kat dalam group whatsapp. Nak kejut diorang bangun subuh pun susah yakmat. Geram betul aku. Tapi tu lah, bila dah tengok perubahan macamni aku jadi sedih, aku takut Allah tarik keberkatan dalam keluarga kitorang. Korang doa-doakan lah yer supaya adik beradik aku ni dilembutkan hati supaya jaga solat semula.
Tu jelah cerita-cerita yang aku nak kongsikan. Bahaya bukan detikan hati yang tak elok? Tu belum lagi yang terlafaz di mulut. Belum lagi yang kita tulis. Komen-komen kecaman yang kita taip. Aku syukur Allah selalu bayar cash kat aku. Jadi korang, daripada kita asyik kecam orang sana sini, lebih baik kita doakan mereka. Daripada kita kutuk orang, baik kita nasihati dia. Jangan disebabkan kata-kata kita, kita pulak ditimpa bala.
-sarah
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit