Dhuha Dan Sedekah

Thanks admin sebab approved cerita aku ni. Aku bukan x- student UIA dulu aku belajar dekat university di Selangor. Aku berumur 29 tahun dan cerita ni tentang diri aku yang baru je mula kerja di tempat baru. Sebelum ni aku kerja dalam bidang yang sama cuma dekat tempat kerja lama aku tersangatlah sibuk sampaikan solat langsung aku xjaga betul-betul. Bayangkanlah solat asar dah dekat nak pukul 7.. haisshhh ko nak jadi apa?.
Nak dijadikan cerita, sejak bulan ogos lepas aku berazam dalam hati untuk perbaiki solat dan try untuk solat dhuha. Tahajjud ada jugak dalam azam aku yang ni masih pending…hahaha. So bermulalah azam aku tu, ada masa pagi aku dhuha walaupun xberturut-turut tapi aku buat jugalah.. dari solat pukul asar kol 7 aku try awalkan sikit pukul 5. Selepas aku amalkan semua tu..beberapa hari lepas tu tak sangka aku dipanggil interview untuk 1 jawatan yang agak bagus juga. Aku dah apply lama ingatkan tak dapat. Aku pun pergi dengan niat kalau ada rezeki adalah.. kalau ada rezeki lebih boleh bagi lebih dekat mak… Dan selepas interview tak lama tu aku dapat offer letter. Yang aku xsangka aku ditawarkan gaji 2 kali ganda gaji sekarang dengan jawatan tinggi juga. Masyaallah..

Aku sekarang ada 2 kereta, ni bukan nak menunjuk..cuma nak cerita apa yang berlaku pada aku je..hahaha… so sejak awal tahun haritu aku bayar dua-dua kereta sebab adik aku dah xnak pakai kereta tu so aku amik balik kereta tu dan bayar macam aku baru beli 5 tahun lepas. Sesak jugaklah nafas aku nak membayarnya kadang-kadang. Tapi nak di jadikan cerita, adik aku ada sorang lagi baru habis belajar dan tak lama tu terus dapat kerja. Aku bagi kereta tu suruh dia pakai.. Walaupun dulu tak ada siapa nak belikan kereta or pinjamkan kereta… bile kat adik aku ni aku faham sangat masalah dia. Tau tak rezeki apa yang datang. Lepas dia pakai dia volunteer nak bayar bulan2 terus kat bank… ya Allah happynya aku! So terlepas aku 1 beban di bahu.

Cerita pasal rumah pulak, pemaju kata next month dah boleh dapat kunci…Syukur Alhamdulilah.. Selama ni aku menyewa dekat flat kos rendah je.. murah pun murah xsampai RM300 pun.. punyalah baik tuan rumah aku tu…xpernak naikkan sewa sejak 4 tahun lepas.. xbanyak songeh pulak tu,, syukur Alhamdulilah.. dan dapat kunci tu nanti aku pun xsure bila nak pindah ke apa yang penting urusan pembelian rumah tu selesai. Aku pernah terbaca dekat facebook.. rezeki bukan hanya pada wang ringgit, dikurniakan orang-orang yang baik juga rezeki.. Dekat tempat kerja baru pun semuanya baik- baik Alhamdulilah dan semuanyanya solat…

Yang paling latest cerita beberapa hari lepas, aku ni ada masalah gaji dekat tempat kerja lama, yelah kan aku notis bape hari je before masuk tempat kerja baru. Gelojoh gila.. gaji bulan lepas dah habis aku kerjakan sebab tepat kerja baru pun masa aku tak dapat pass parking aritu hari-hari aku bayar RM20 sehari untuk parking.. so aku sabarkan aje,,sambil2 merajinkan diri cek selit2 seluar… selit2 pintu kereta untuk aku menampung kehidupan… gaji tempat baru pon xmasuk lagi esok 31 hb baru boleh setelkan dengan jabatan kewangan… so weekend aritu sepupu aku datang rumah, saja datang melawat sebelum dia nak balik kampung cuti depavali. Masa dia nak gerak balik kampung tu aku macam biasalah nak salam kaut..cek bag duit sedihnya lahai… tapi anak yatim ni nanti balik tah ada duit ke tak.. aku pun pernah jadi student, dulu kalau atok hulur duit mak ai rasa hepinya bukan main..so ku pejamkan mata jelah hulur RM10 pada dia. Walaupun dia kata x tak payah tapi aku tau dia perlukan. Tau tak lepas tu ape jadi.. lepas dia balik tu baring-baring lepak lepak sambal aku aku cek maybank2u ,,, siap tenyeh mata ni,, tak percaya kenapa duit aku banyak sangat yang sepatutya ada tak sampai RM100 pun malam tadi.. aku cek transaction. wahhh gaji opis lama dah masuk tapi kenapa lebih sebab aku fikir aku dapat sikit je memandangkan aku kerja berapa hari je.. rupanya bos aku tak tolak cuti dan yang memeranjatkan sekali dia masukkan sekali bonus wehhh!!!! Aku ingat aku xdapat bonus awal tahun depan sebab kan dah benti nak bonus ape lagi kan… Nangis aku… dan masa tu aku rase xtau nak cakap macamana rasa bersyukur yang amat.

Secara kesimpulanya, aku merasakan sejak aku amalkan dhuha terlalu banyak cerita dan berita baik yang aku dapat dan aku sangat bersyukur dengan nikmat ni. Aku bukan nak membangga diri atau apa… Aku ni dulu hidup sangatlah susah dan keadaan tu buat aku selalu kesian kat orang yang susah. Aku ni ramai sangat sepupu2 dan adik2 yang belajar,,, so aku rajin bagi dorang duit kocek, aku selalu belanja kawan kawan dan aku xpernah lupa mak dan atok aku,,walaupun sikit mesti ada bahagian. Aku rasa semua kegembiraan ni doa mereka semua. Aku berdoa agar aku dapat jadi yang lebih baik dan kehidupan kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah.

– Aku Insan Biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit