Hai gais. Sebab sehari dua ni koci tengok ramai yang komen dan post tentang rumah tangga kan. Jadi, Koci pun nak tengok jugak pendapat kome untuk post Koci ni.
Koci ni pempuan. Dah kahwin dalam 4 tahun. Ada dua anak dan baru je habis berpantang lahirkan anak yang ke dua ni. Tapi sekarang Koci dah nekad nak berpisah dengan suami Koci. Koci banyak baca komen kome yang selalu cakap,
“Jangan kita cuma tengok keburukan suami. Kalau tengok keburukan suami, Kita tak kan nampak penyelesaian. Cuba tengok kebaikan suami Dan fokus kepada nak baiki rumah tangga. Nanti akan nampak penyelesaian”
Koci cuma rasa benda ni tak terpakai untuk Koci. Ok. macam ni citenye. Koci pernah ada pengalaman buruk dengan suami. Suami pernah ambil kesempatan atas duit Koci.
Dulu, suami pernah paksa Koci keluarkan duit Koci untuk tanggung hidup kami sama2. Sebab waktu Koci kahwin dengan dia, dia masih lagi belajar.
Jadi, masa tu, parent dia tanggung kami. Tapi tak cukup agaknya. Masalah nya, Koci tengok dia selalu lepak, hisap rokok kotak2 Dan kadang2 tengok dia beli barang tak perlu.
Dan dia dapat tahu Koci ada simpanan. Dia paksa Koci keluarkan. Koci cakap tak nak. Dia pun mengamuk dekat Koci. Pastu Koci pun keluarkan.
Start dari hari tu, Koci jadi takut dengan dia. Koci ada buat kerja part time. Waktu tu dia fokus belajar. Tapi, waktu dia tak de kelas, setiap kali Koci nak pergi kerja atau balik kerja, dia tido je.
Kadang2 Koci jadi fedup. Tapi Koci diamkan je sebab Koci takut. Kalau Koci kejut dia solat pun, kadang2 dia marah. Jadi, Koci jadi takut dengan dia. Koci pun pernah nekad lari rumah sebab tak tahan dengan dia.
Jadi, Koci pun balik Malaysia dan tinggalkan dia sorang2 belajar kat oversea sana. Sebab Koci dah stress sangat. Kebetulan waktu tu Koci pregnant anak first.
Waktu Koci balik, dia verbally abused pulak Koci dalam fon. Dia tak maki. Dia cuma kata macam Koci ni isteri yang tak dengar cakap, tak sanggup Susah senang dengan suami dan apa bagai la.
Waktu mengandung tu pun, Koci sangat stress sebab asalkan dia call je, mesti dia hamburkan tak puas hati dia. Sampai Koci masuk hospital sebab pengsan sebab terlampau stress. Mak mentua Koci masa tu pun tak de tanya khabar.
Bila dah lahir anak pertama, Koci ambik keputusan untuk tinggal bersama dengan dia. Masa tu dia dah balik Malaysia. Baru habis belajar. Dan dah dapat kerja.
Waktu kami tinggal bersama, lagi banyak episode tengking Dan maki. Dia tak maki direct dekat Koci. Tapi dia maki waktu dia mengamuk.
Dia pernah tengking Koci depan anak waktu anak umur 6 bulan. Waktu tu Koci dukung anak. Dan dia pernah halang Koci keluar, sebab Koci tak nak keluar dengan keluarga dia tapi Koci pilih untuk keluar bekerja. Dia halang, dia cakap,
“Saya tak bagi awak keluar bekerja hari ni. Awak pilih antara 2. Keluar dengan keluarga saya atau duduk rumah. Kalau awak keluar jugak, saya doakan awak kena langgar dengan lori”
Maka Koci pun duduk rumah. Banyak sangat episode mengamuk ni sampai Koci tak boleh nak cite semua. Tapi kemuncak episode ni ialah bila dia mengamuk satu hari tu sampai hampir berlaku domestic abuse. Dia nak baling kerusi tapi dia tak baling dekat Koci sebab waktu tu Koci dukung anak.
Dia baling dekat pintu. Orang sebelah sampai ketuk pintu dan tanya Koci ok tak. Start dari hari tu, kami hampir nak bercerai dah. Tapi ada yang nasihatkan kami suruh bertahan. Fikir anak. Jadi, kami decide untuk PJJ.
Oh, by the way, Koci disahkan anxiety dan depression asbab daripada perkahwinan. Punca nya ialah perkahwinan Koci dan Koci terlalu stress sehingga membawa kepada anxiety dan depression. Koci sekarang masih dalam terapi. Jadi, kehidupan PJJ kami, masih berlaku konflik tapi kurang.
Dan dia pun dah banyak berubah. Alhamdulillah. Aku pun turut bangga dengan perubahannya. Dia mungkin dah kurang baran dan dah tahu batas dia tentang duit isteri. Dari segi nafkah pun dah improve. Walaupun sedikit, tapi tetap ada.
Kalau tak de, memang Koci sendiri mintak sebab sebelum ni, bab nafkah Dan keutamaan, memang kelaut. Dia rela bagi duit dekat parent dia untuk bercuti tapi tak bagi duit nafkah. Tapi sekarang ni alhamdulillah. Dia dah tahu keutamaan.
Ok. Koci sambung. Waktu kami hidup PJJ, Koci pun terrrr pregnant lagi sekali. Koci dah teramat stress sebab Koci plan waktu tu nak bina kerjaya. Koci sangat stress. Koci hampir nak gugurkan sebab teringat waktu pregnancy yang first, macam mana husband Koci punye perangai.
Dah la dalam keadaan tak stabil. Koci sangat stresss. Kandungan masuk 5 bulan, baru Koci dapat terima pregnancy kedua ni dan alhamdulillah dah selamat melahirkan.
Dan bila dah lahirkan yang kedua ni, Sepanjang tempoh PJJ dan berpantang, Koci banyak berfikir sama ada nak teruskan atau nak berpisah. Mula-mula Koci rasa nak teruskan sebab nampak dia dah macam ada perubahan. Jadi, tak salah untuk bagi peluang ke dua. Dia pun nampak semakin bertanggungjawab.
Macam dah nekad nak hidup bersama balik. Tapi, setiap kali berfikir tentang hidup bersama dengan dia, Koci jadi takut sangat dan jadi macam overthinking.
Dan Koci akan start rasa stress, sesak nafas Dan serabut. Koci akan start menangis, termenung. Suami Koci tu macam selalu cakap yang dia dah tak boleh hidup PJJ camni.
Masalahnya, bukan Koci tak nak Cuba. Tapi, bila fikiran tentang hidup dengan dia tu datang, automatic Koci diserang anxiety. Rasa takut sampai menangis – nangis. Koci Cuba lawan Dan cakap dekat diri sendiri, semuanya akan jadi ok.
Koci mintak petunjuk dengan Allah. Suruh tunjukkan yang terbaik. Jadi, waktu Koci first nak move in dengan dia, tiba2 PKP. Jadi, tangguh dulu move in. Kali ke 2 nak move in, Koci pulak pregnant Dan masa tu kes tengah tinggi Dan tak dibenarkan rentals negeri. Tangguh lagi.
Tiba2, Koci dapat pulak kerja yang bagus dekat sini. Koci pun fikir2 jugak kalau nak pindah ke sana sebab lain negeri. Kerja tak boleh nak fokus sangat. Balik kerap2, nanti takut dia marah and mengamuk.
Bila Koci tengok semua ni, ianya ibarat petunjuk yang Allah bagi. Dan seterusnya, waktu berpantang, berlaku beberapa peristiwa yang Koci rasa, Koci dah tak boleh nak bertahan.
Sampai bila nak hidup macam ni dalam keadaan stress, takut, asyik menangis je. Koci nampak semua tu ibarat petunjuk. Jadi, sejak Itu, Koci nekad untuk cerai. Jadi, dekat bawah ni, Koci rumuskan sikit tentang suami Koci Dan kenapa Koci nekad nak cerai.
Suami Koci seorang yang baik. Kalau dia ok, layanan dia dekat isteri sangat gentleman. Sangat sweet. Dan suami Koci jugak seorang yang Kita boleh bercakap isu-isu kritikal dan isu semasa. Makan dia simple je. Sebab dia kurang makan nasi.
Boleh kata, kalau dalam keadaan dia ok, isteri akan rasa yang dia lah isteri yang paling bertuah dalam dunia. Dan dia sangat setia. Sekali dia sayang, memang dia sayang sungguh.
Tapi, kenapa aku nekad nak cerai adalah kerana beberapa faktor ni.
1) Reliability. Aku tak boleh nak bergantung harap pada dia. Ada perkara yang aku boleh bergantung harap. Tapi kebanyakannya tak boleh. Contoh, waktu pantang, aku mintak tolong dia settle kan baju.
Tapi, last2, semuanya aku yang buat. Aku mintak tolong dia hantar aku ke hospital sebab nak susukan anak, last-last, aku kena ambik grab pergi sendiri.
Aku tak boleh kerap kali bunyi sebab nanti dia akan menyampah Dan start nak marah. Aku jadi takut. Jadi, aku diamkan je Dan aku buat sendiri. Ni semua waktu first day
2) Baran. Walaupun aku cakap dia ada improvement, memang betul. Tapi Itu time dia ok. Time dia tak ok, dia punye baran agak mengarut.
Contoh nya, dia akan mengamuk hempas barang, dia akan ungkit kata aku ni makan banyak sampai duit dia tak cukup. Atau dia cakap, walaupun aku dalam pantang, aku kena layankan makan minum dia sebab dia drive jauh.
Paling kelakar dia cakap, dia tahu aku penat beranak. Tapi aku kena fikir yang dia pun penat drive. Aku jadi takut sangat dengan dia sampaikan aku tak berani nak tegur dia,
Atau nak mintak tolong dia banyak kali, atau nak ingatkan dia ape-ape sebab aku takut dia mengamuk. Macam mana aku nak hidup sebagai seorang isteri.
3) Trust. Selepas beberapa isu melibatkan duit terutamanya, aku jadi tak percayakan dia. Sebab aku tahu walaupun dia kurang makan nasi, tapi dia suka lepak and minum kedai hipster. Dia suka leisure.
Dan aku sendiri pernah nampak dia tak amanah tentang duit orang lain. Contoh, orang tu bagi RM 100 suruh dia simpan.
Tapi end up, dia guna duit tu tanpa minta izin. Sedangkan dia belum ada duit yang cukup untuk ganti sebab duit dia cuma cukup-cukup makan. Tu pun kadang2, short.
Dan percakapan dia pun madah berhelah. Sebab aku sendiri pernah tengok, dengar dan terkena. Dalam keadaan financial tak stabil, aku tak tahu dari mana dia korek duit. Tapi aku yakin, dia gali lubang kambus lubang.
4) Financial management. Dalam keadaan tak stabil, dia ambik kereta Honda City sebuah. Sebab katanya senang nak buat kerja.
Aku suggest ambik kereta Malaysia je. Tapi atas beberapa alasan, dia teruskan kereta Honda tanpa pengetahuan aku waktu tu. Ok. Tak pe. Pastu, dia beli beberapa barang lain dengan hutang Aeon Kredit.
Ok. Tak pe sebab ada antara barang tu ialah barang keperluan kerja. Tapi ada jugak yang bukan keperluan.
Pokok nya, financial management dia agak kurang. Tapi aku tak boleh nak tegur sebab dulu aku dah pernah tegur sekali, dan start dari hari tu, dia sembunyikan daripada aku tentang kewangan dia.
Jadi, lepas pertimbangkan yang aku memang tak boleh hidup dalam keadaan macam ni, Maka aku nekad untuk berpisah.
Aku perlukan minda yang sihat untuk aku jaga anak aku. Suami aku ni, waktu dia ok, dia la orang yang paling sweet. Waktu dia tak ok, dia la orang yang paling aku benci.
Tapi dia tak pernah pukul aku. Baran dia tu cuma pada kata2. Paling2 pun dia hempas barang. Tapi mentally abused itu tersangat la sakit.
Jadi, aku nekad kali ni. Betul2 nekad untuk keluar daripada masalah ni sebab nanti aku tahu dia akan drag aku kalau dia tak de duit, atau kalau dia plan nak beli rumah.
Nanti dengan aku sekali terkena. Jadi, sebelum terkena, elok aku berhenti. Lagipun, tanpa kepercayaan Dan check and balance dalam rumah tangga, Kita tak kan berjaya.
Aku sedar hakikat tu, Maka aku ambik masa setahun lebih fikir tentang ni Dan aku dah nekad dengan keputusan aku. Orang kata aku tak fikir tentang anak. Maaf… Tapi, anak pun antara faktor kenapa aku rasa aku kena keluar dari marriage ni.
– Koci Kepohci (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit