Di Ambang Tawar Hati

Nama saya Bika, sudah berkahwin 5 tahun dan belum mempunyai rezeki anak.

Baru-baru ini suami meluahkan apa yang dirasa tetapi dalam keadaan marah sebab dia dah lama pendam. Dia jawab pun setelah saya tanya berkali-kali.

Hubungan kami macam biasa okay sebelum tu tapi memang bab komunikasi agak kurang. Kalau gaduh, memang dia tak suka saya cakap apa2. Terus diam dan esoknya jadi macam biasa.

Saya tahu dia tak terbiasa meluahkan oleh kerana dia adalah lelaki tunggal dalam keluarga dan ibu ayahnya sudah lama bercerai.

Saya salam suami bila dia nak balik kampung tapi saya tak dapat ikut kerana tak boleh cuti. Baru je cuti minggu sebelumnya.

Sebelum2 ini pun ada banyak kali dia balik tapi saya tak dapat ikut atas kekangan saya mengajar tuisyen pada hujung minggu.

Saya perasan akan perubahan dia seminggu dua, memang agak dingin dan menyendiri. Bila saya tanya, dia kata. Penat! Saya beranggapan dia ada masalah di tempat kerja.

Saat di meluahkan. “Saya rasa macam sorang2 je, kahwin macam tak kahwin. Selalu kirim salah je kat ibu dia”.

Kebetulan, kali ini keluarga saya ditimpa sakit dan ada di ICU. Dia balik ke keluarga dia dan saya sendiri menjenguk keluarga saya.

Saya rasa terkilan sebab saya tak tahu apa2 kenapa kelakuan dia macam tu sejak 2 minggu yang lalu, tapi setelah saya bertanya banyak kali. Barulah dia beritahu apa yang dipendam selama ini.

Saya cakap dengan dia “Tunggu sekejap, biar saya kemas beg dan nak ikut” tapi kalini dia tak bagi saya ikut.

Saya kata “Saya tak nak balik sebab kerja, bukan pergi jalan2/alasan lain”.

Saya buntu apa nak buat, saya cuba pujuk dan fahamkan dia keadaan saya tapi dia kata dia sudah tawar hati dengan saya.

Sekarang dia di kampung, saya di rumah mencari jalan untuk selesaikan isu ini tanpa perlu berpisah.

Apa yang patut saya lakukan sebagai seorang isteri?

Saya hanya inginkan keredhaan suami. Setiap kali bergaduh, saya yang akan beralah dan menangis memujuk. Saya tak sangka ini yang dirasai suami. Saya buntu..

Doakan kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah supaya ke mana sahaja dia pergi, saya ikut bersama anak2 kami

– Bika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. da kenapa sorng nk ke A sorng nk ke B? dua2 keras kepala xnk mengalah. susah nk berbincang utk kata sepakat. elokla tu. better berpisah je kak.

  2. Part last yang doa tu, rasa cam pelik sikit sebab macam bunyi nak anak supaya boleh ikut suami ke mana2 bersama anak2. Habis tu kalau selamanya belum ada rezeki anak, sis taknak usaha ikut suami pergi ke mana2 ke dan asyik utamakan kerja? Memang tak boleh adjust mana2 ke tentang kerja tuition tu? Cubalah adjust masa.. kalau terikat dengan company tuitiom, kena kawtim lah boleh ajar untuk 2 weekends je. (sebab 1 weekend lg balik kg sis, 1 weekend lg balik kg suami)

    Kalau pasangan dah cakap “Saya rasa macam sorang2 je. Kahwin macam tak kahwin.”, kena buat something lah.. sebab kahwin ni sebab nak merasai kehidupan bersama-sama orang tersayang. Kalau tak, apa guna kahwin kan..

    Mungkin adalah sebab tidak dikurniakan anak lagi walaupun dah 5 tahun kahwin, sebab belum ada anak pun sis workholic selalu biarkan suami sorang2, jadi kalau dapat anak nanti boleh ke sis let go kerja2 tu…? Saya tengok sis nak bahagikan masa untuk suami pun dah susah, ni apatah lagi untuk anak2 DAN suami nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *