Salam dan hai semua. Saya disini kerana saya berbelah bahagi tentang pilihan hati. Tidak pasti jika saya harus teruskan hubungan atau menarik diri.
Saya tak mempunyai teman yang ramai dan juga seorang yang introvert sedikit. Sorry juga jika Bahasa Melayu saya pelik. Saya bukan orang Melayu tetapi beragama Islam.
Ceritanya sebegini. Saya mengenali seorang lelaki bernama Ahmad (bukan nama sebenar) 4 tahun lepas melalui laman sosial.
Perkenalan kami yang dimulai dengan persahabatan akhirnya menerbitkan bibit cinta dan kami telah memutuskan untuk menjadi pasangan.
Ahmad seorang yang elok dari mata kasar. Handsome, educated, mempunyai pekerjaan yang bagus dan solat 5 waktu.
Pada awal pengenalan kami, dia menghisap rokok, vape dan juga weed. Saya memang tidak suka. Tapi masa ini kami belum bercouple jadi saya diam sahaja. Kami mula couple during PKP.
Semenjak PKP, dia balik ke kampung dan work remotely. Jadi dia stop semuanya. Rokok, weed, vape. Sebab balik kampung dan ada parents.
Pada awal tahun hadapan, 2022, Ahmad akan kembali ke KL kerana dia tidak lagi WFH.
Berdasarkan perbincangan kami, saya mendapati dia hendak menjadi social smoker (smoke sedikit vape kawan jika lepak).
Saya argue yang dia dah elok2 stop, kenapa kena cuba2 smoke balik? Takut dia addicted kembali dengan nicotine.
Tapi dia berkeras tak akan addicted. Just nak rasa je. Dia juga ingin menghisap weed bersama saya/ bila berjumpa kawan2.
Saya agak tidak bersetuju kerana saya dah imagine kami untuk ke arah lebih serious pada tahun 2022 memandangkan kewangan kami berdua sudah stabil.
Bagi saya, walaupun rokok/ vape dinormalisasikan oleh masyarakat, is tetap diharamkan agama islam. Saya risau jika kami berkahwin, dia gagal menjadi father figure yang bagus kerana vape.
Saya dibesarkan dalam keluarga yang tiada siapa merokok. Beliau dari keluarga yang baik juga. Tapi ntah mungkin pengaruh rakan.
Saya pun tidak perfect, Ahmad banyak terima kekurangan saya.
Ahmad cakap, dia tak pernah mintak saya mengubah apa2 tentang diri saya. So why should i ask him to change when he accepts me for all that I am? Saya jadi confuse.
Patutkah saya berusaha untuk mengubah beliau? Terima beliau seadanya? Next year Ahmad dah 30, saya pun dah 28.
Saya frust sebab dah banyak saya imagine untuk masa depan kami – memandangkan beliau clean dekat kampung. So saya menaruh harapan that it’ll go on, and we can eventually get married. Sigh.
Tolong berikan saya word of advice and wisdom dear readers. Saya sayang dia sangat2 tapi at the same time takut dia gagal menjadi suami dan ayah yang baik.
Terima kasih…
– Yasmin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit