Di Buli Di Tempat Kerja

Hai aku bahasakan diri aku Zira sebagai fake name. Aku berumur lewat 20-an. Aku kerja sebagai seorang Engineer. Baru je naik pangkat. Before this Assistant Eng. Aku seorang yang introvert dan hanya communicate hal kerja sahaja. Not even bercakap if im on my mood kerja.

Cerita yang aku ingin sampaikan adalah aku dibuli di tempat kerja maybe sebab aku jenis senyap dan tidak bercakap. Yang buli aku ni senior engineer yang umur mid 30.

Before this, aku assisted under different departments. Everything went smooth. Then after that i was replaced into another department. Dimana, akak senior ni yang lead aku. Aku bahasa kan dia Miss Ikah. Aku tak sure dia sudah kawin or belum. Tapi aku tahu dia duduk rumah bujang ramai2.

Waktu awal kerja dengan dia aku dah tak sedap hati sebab dia banyak jugak aku dengar cerita yang tak elok. Suka pass kerja, kaki pengampu boss, suka spin cerita. Macam2 lah dia. Dia free hair dan agak seksi juga.

First month aku kerja under dia memang pressure gila. Imagine aku title engineer tapi perlu buat air dekat dia setiap pagi. Perlu ingatkan dia meeting schedule dia. Sometimes ganti meeting dia. Sedangkan aku busy dengan kerja aku plus kadang kene outstation.

Then balik office kene report detail bagai di tambah dengan kerja dia. Aku sabar. Sebab aku fikir tak apalah, at least aku dapat experience.

Tapi paling aku tak suka tentang Ikah ni, dia bercakap sangat kurang ajar. No manners. Suka menyuruh dengan nada maki. Sometime perli. Cara dia bercakap macam orang tk belajar. Bingit telinga. Aku duduk satu bilik dengan dia, bayangkan pagi2 masuk kerja kalau badmood habis benda di baling nya.

Belum campur dengan dia suka gaduh dalam phone waktu aku buat kerja. Before this aku sambil buat kerja pakai headphone, then dengan dia. Dia marah and larang aku pakai headphone. Aku turutkan je. Aku juga tak boleh balik selagi dia tak balik. Padahal dia di office main phone, buka tiktok sekuat kuat bunyi.

Tapi okay je kerja lain ada la dia buat cuma nya mannner tu sangat lah out. No wonder la staff under dia selalu bertukar. Aku rasa so far aku paling lama bawah dia sebab dia tk buang aku and katanya suka aku kerja. Ye la gila tk suka, dah macam orang bodoh aku ikut semua benda.

Back to main point yang aku cakap kene buli. Aku kene buli hal kerja aku tiada masalah tapi aku kene buli tentang sebaliknya. Which is aku dapat tahu si Ikah ni tak straight. Yes songsang.

Cerita dia ringkas je, first time aku kene. Waktu tu lepas lunch. Aku jenis tidur bila waktu lunch. Memang jarang keluar sebab aku heavy breakfast so mostly memang aku tidur. Then lepas lunch dia masuk office bawa kawan dia. Kawan dia perempuan juga. Tapi macam tomboy. Si Ikah tu soft je.

Bila diorang masuk then diorang borak2 kuat juga sampai aku tersedar. Aku tidur atas kerusi meja aku sambil pakai penutup mata and bantal leher. Aku buat bodoh je la. Acah2 tak dengar. Bukan sengaja nak dengar tapi tersedar sebab suara diorang kuat. Aku dengar satu2 diorang borak sambil gurau la kot. Masalah nya lucah. Terkejut gila.

And then si tomboy tu cakap, “ni ke anak ikan kau. Penat tidur tu kau tibai dia berapa round ” then Ika tu macam jawab slow2 “bukan lah, tapi dalam list aku juga budak ni”. Aku waktu tu terkejut and overthink. Adakah aku yang dia cakap tu atau diorang borak pasal orang lain dalam phone.

Aku buat bodoh je then bangun dari tidur macam biasa lepas jam alarm aku bunyi. Aku pergi toilet and diorang masih borak2. Lepas masuk tu, Ikah tu perkenalkan aku dengan si tomboy tu. Aku just senyum macam tu je. And then tomboy tu pulang and keluar bilik office sebab waktu lunch sudah habis.

Si Ika tu datang meja aku and berdiri sebelah aku. Aku waktu tu duduk tengah buat kerja. Dia berdiri betul2 tepi aku. Then dia tanya “kau dengar ke apa kitorang borak tadi”

Aku jawab, takde dengar pulak Miss sebab saya tidur tadi. Then dia tepuk meja aku, “kalau kau dengar pun, cerita ni habis sampai kau je la eh” Aku angguk and diam je la.

Then lepastu dia tarik kerusi dia and datang borak dengan aku. Aku ni pula tak reti communicate. Reply pun sepatah sepatah sebab otak aku tengah fikir nak siapkan kerja selaju yang mungkin sebab aku nak minta cuti next week.

Dia marah macam cakap aku kurang ajar macam tak reply soalan dia. Masalah nya soalan dia banyak mengaruk. Tanya pasal website tiktok baju apa benda semua tu. Mana la aku tahu, itu taste kau. Kau beli je la.

Then start sini la dia tanya2 pasal life aku. Tanya aku ni single ke, stay di mana. Pasal plan future kerja semua benda la. Aku just jawab direct la. Aku single and stay selangor. lepastu dia tanya aku boleh minta tolong tak hantar kan dia pulang.

Aku sebenarnya tak nak tapi takut kene marah. Aku iyakan aja. Aku pergi la hantar dia. Aku ingat hantar tu hantar sampai gate je. Nah, dipaksa nya aku naik ke rumah dia siap ulang alik bawa barang office dia. Dia mcm mem besar tunggu di pintu rumah dia.

Waktu tu dua kali aku ulang2 ambil barang dalam kereta dia. Aku hantar file and barang2 makanan dia tu sampai masuk dalam rumah dia. Dekat sini la aku jumpa balik tomboy yang di office tadi. Rupanya merdeka satu rumah. Adala beberapa pasangan dalam tu semua nya perempuan.

Tomboy 2 orang tak silap then another 4 girls yang normal. Normal la kot tak tahu nk label apa, haha. Then lepastu dia suruh aku minum air sana. Aku tak nak sebab dah malam, aku nak balik. esok nk pergi office lagi. Dia marah nya aku depan kawan2 dia. Maka terpaksa lah aku pergi macam orang bodoh minum air.

Lepastu semua kawan2 dia borak2 tanya2 bercakap dengan aku bagai. Tapi paling aku tak selesa dia bercakap kias2 dan aku faham kiasan tu kiasan lucah. Waktu tu memang fikiran aku fikir nak lari dah ni.

Yang si tomboy tu panggil aku anak ikan. Miss Ikah tadi macam biasa buat muka ketat and serius. Takde backup pun aku waktu kawan2 dia tengah gelakkan.

Sorang dari mereka tu ada tanya pada Miss Ikah, berapa lama dah weh kau dengan budak ni. Ikah tu jawab, “taklah, dia staff baru aku” – lega aku waktu tu dengar. Then kawan dia sambung, boleh la cucuk jarum sikit2. And then yang sorang kawan girl dia cakap ” Weh kau biasa tak dengan girl ”

Aku waktu tu blur yang level maximum punya. Aku tanya hah biasa? aku jawab biasa je and memang sewa dengan girl. Bodoh nya aku baru faham maksud yang dia nak sampaikan tu benda lain.

Tapi diorang gelak and usik2 si Ikah. Siap cakap “dah boleh dah ni slow2” Si Ikah tu pun gelak. Banyak la malam tu diorang usik aku then aku balik rumah. Alhamdulillah takde pelik2.

Tapi lama aku blur and sambil berfikir waktu drive. Apa yang diorang nak ya. Esok tu masuk office Ikah macam biasa dengan moody dia. Tapi one thing dia minta dengan aku waktu lunch. Minta aku urutkan kepala dia sebab sakit.

Aku ni dahla stress plus waktu tu waktu aku tidur. And sambil urut kepala tu ada la dia cakap2. Tapi aku tak pandai nak explain yang aku tahu dia ada unsur2 macam nak flirt.

Lepas dari tu begitulah setiap hari aku jadi orang suruhan dia plus kene usik2 ke arah songsang tu. Memang tak bertahan lama sebab aku tak boleh tahan. Aku penat nak hadap stress kerja lagi, stress dengan dia lagi. Kadang aku fikir dia macam tak betul pon ada.

Pernah waktu aku hantar dia balik rumah dia, dia ajak aku tidur sana. Waktu tu aku suruh kawan aku call aku cakap dia accident. Sebab nk tipu alasan nak tolak Makcik gila punya permintaan. Alhamdulillah selamat.

Begitulah setiap hari aku struggle sampai sekarang aku dh tukar tempat kerja. Tukar tempat kerja baru ni memang aku ubah diri aku. Aku tak nak jadi senyap lagi dah. Memang aku bergaul dan bercakap dengan orang.

Dulu aku tak berani nak lawan makcik tu sebab aku tiada kawan di tempat kerja. Lepas tu memang dia boss aku. Jadinya aku takde choice. Semua aku ikut je sampai satu level dia dah start sentuh2 usik waktu aku kerja. I feel like i cannot accept this anymore. Then aku blah.

Level dia flirt aku tu rasanya kalau lelaki biasa ni habis dh makcik tu. Nasib baik Allah bagi naluri aku ni straight and aku rasa jijik tengok makcik tak betul tu.

Lepas apply kerja baru tu memang aku ubah 100%. Jadi seorang yang start tegur orang, pakaian pun aku pakai yang girly dah. Kalau tak di office lama memang kemeja jeans atau outfit meeting. Sekarang aku kene ubah sebab takut terkena dengan orang gila lagi.

Sekian itu je luahan aku..

– Zira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *