Di Mana Adab dan Akhlak Seorang Muslim?

Jawapan dan penjelasan untuk confession saya sebelum ini, (https://iiumc.com/buy-muslim-first-berbaloikah/).

Assalamualaikum semua. Saya terpanggil untuk menghantar luahan lagi memandangkan ramai yang menuduh saya penyokong Mujahid, saya dari RBA, saya pro PH dan saya ini dibayar. Saya maafkan semua yang berkata tidak benar tentang saya.

Allah maha mengetahui siapa dan mengapa saya terpanggil untuk menulis. Jika mahukan identiti saya, cukup saya katakan saya ex-student IIUM graduate from Mechatronics Engineering batch 102.

Siapa student Mechatronics Engineering batch 102, cuba teka siapa saya. Saya sekarang bekerja sebagai application support untuk salah sebuah software company dari UK.

Saya bukan individu yang gemar sertai mana-mana persatuan pelajar mahupun penyokong tegar mana-mana parti politik. Di dalam post saya yang sebelum ni, sikit pun saya tak beritahu bahawa saya bukan penyokong kempen BMF. Kerana saya tak merasakan ianya perlu untuk saya hebohkan bahawa saya juga penyokong kempen BMF.

Saya terpanggil untuk menulis selepas melihat video Caprice di IG tentang Muslim Pro. Sebelum itu, saya sendiri menerima banyak sebaran di group Whatsapp mengatakan Muslim Pro ini milik orang Cina. Namun selepas saya selidik, rupanya semua itu tidak benar.

Saya tak layak untuk menghuraikan lebih lanjut tentang asal usul dan organisasi Muslim Pro kerana saya tidak ada kaitan dengan mereka. Cukup untuk saya katakan, ada sahabat satu course dan satu batch dengan saya merupakan pekerja Muslim Pro Malaysia.

Saya minta maaf jika tajuk mahupun penulisan saya yang sebelum ini mebuatkan orang keliru dan tersalah tafsir. Saya cuma ingin tekankan, jaga lah akhlak dan adab kita sebagai Muslim.

Berhentilah menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya di media sosial mahupun di platfrom lain serta berhenti menyebarkan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya. Anak-anak kita dan adik-adik kita semua sedang melihat kelakuan orang yang lebih dewasa.

Bagi yang mengatakan kenapa saya tak pernah menulis atau mempertahankan orang Melayu dan Islam sewaktu kaum lain menolak tulisan JAWI diperkenalkan, saya ada menulis di twitter. Tetapi saya bukanlah twitfemes mahupun selebriti yang mana post saya mampu viral.

Adakah saya tak pernah melenting melihat kaum Melayu atau orang Islam dihina?

Saya juga Melayu dan Islam yang ada hati, perasaan dan emosi. Tetapi saya tidak pelik melihat kata-kata kesat dilemparkan oleh kaum beragama lain kerana mereka sememangnya tidak pernah mempelajari Al-Quran, Sunnah, adab, akhlak, fiqah macam kita.

Mereka tak belajar kelas fardhu ain dan fardhu kifayah macam kita orang Islam. Seharusnya kita orang Islam memberi contoh kepada mereka bagaimana untuk membalas segala maki hamun dan kata cacian dengan pendekatan yang lebih baik.

Berkenaan kempen BMF, saya bangga melihat kejayaan anak-anak Melayu kita menyokong dalam membangunkan ekonomi orang Islam. Keluarga saya juga merupakan pengeluar produk Muslim.

Selepas kejayaan ini, jom kita pastikan wang zakat yang terhasil daripada perusahaan milik Muslim ini disalurkan untuk orang-orang yang seharusnya. Kita harus ada strategi rangka panjang jika inginkan kempen BMF berjalan dengan jayanya.

Akhir kata, jika tak mampu mengheret orang ke arah kebaikan, jangan mengheret orang ke lembah keburukan. Saya akui saya pun bukanlah orang yang baik, masih banyak khilaf saya. Akan tetapi, saya selalu berusaha untuk menjauhi sesuatu yang salah dan berfikir secara rasional.

Yang benar,

– Mechagirls102 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *