Di Mana Hidayah?

Assalamualaikum semua..Mungkin cerita ni tak relate sgt dgn tajuk sbb sy tak kreatif nak reka2 tajuk semua ni.Secara ringkas sy nak perkenalkan diri, sy pelajar degree berumur 21 tahun. Tujuan sy menulis confession ni hanya utk berkongsi cerita sebenar berdasarkan pengalaman sy sendiri. Moga dapat memberi manfaat sedikit sebanyak utk orang lain.

Bersekolah di sekolah harian biasa membuatkan sy terbiasa dengan persekitaran yang sosial,means mmg tak islamik lah orang kata kan. Bergaul laki perempuan tanpa batas, kapel lah, dating sana sini, cakap kasar2 dengan cikgu, merokok, merempit dan banyak lagi lah..Segala mak nenek kejahatan yg ada..Bagi sy normal lah kan,everyday environment org kata..uhukk..

Okay back to topic, mmg sy akui sy jahiliah dulu..Semua org pun rasanya ada zaman jahiliah dia dulu kan? dulu sy memang jenis pakai tudung singkat, seluar ketat, stokin pun pakai time sarung kasut sekolah or kasut sukan, lepak dgn kawan lelaki lepas sekolah and guna alasan nak study group lah kononnya,padahal nak lepak dgn crush, sarung lengan lagi lah tak payah sebut..Tak wujud pun dlm kamus hidup sy masa tu..haha..tapi sy rasa cukup tu je lah korang tahu, malas nak cerita panjang cerita lama..walau bagaimana pun,alhamdulillah dan sy tahu Allah masih sayangkan sy sebab sy tak pernah terbuat benda2 yang mengarut atau melampaui batas..syukur

Disebabkan jadi terbiasa dgn persekitaran mcm ni, satu hari sy terfikir ”seronoknya kalau dapat masuk universiti yg ala2 islamik gitu, pakai jubah bertudung labuh” *dan mulalah mengelamun entah ke mana*..dan sy pernah tulis status mcm tu dulu kat Facebook! actually tak ingat pun pernah tulis mcm tu, so bila jumpa balik status tu, nak menitis jugak lah air mata ni..sbb apa? sbb Allah dah makbulkan impian sy ..akhirnya sy ditempatkan kat universiti yg org kenali sbg U yg islamik(but not UIA)

Jadi nak cerita kat sini, bermula dengan sedetik niat kat hati nak berubah tu, Allah dah susun dengan cantik flow hidup sy ..pada awalnya mmg lah agak janggal lah kan sbb tengok semua org bertudung labuh, pakai baju longgar2 berstokin bersarung lengan semua tu..tapi at the end, kat mana2 pun kita ditempatkan, ambiklah sesuatu yg baik walau benda tu nampak kecil..benda yg tak elok jangan lah kita ikut. Awal2 diploma dulu masih terbawa2 budaya pemakaian biasa, tapi sikit2 Allah timbulkan perasaan malu. Rasa malu tak berstokin, rasa malu bertudung singkat, rasa malu berbaju ketat,rasa malu berseluar ketat, rasa malu menampakkan lengan..Dari situ sy belajar sikit2 cara nak menutup aurat dengan sempurna.

Sy tak berubah secara drastik. Mula2 pakai tudung labuhkan sikit, pastu labuhkan sikit lagi dan lama2 akan terbiasa sampai malu nak singkatkan tudung.Mcm tu jugak dengan yg lain, stokin,sarung lengan,Step by step.Tak lupa jugak, buat solat taubat dan solat2 sunat yg lain.Semoga dosa2 kita sebelum ni diampunkan dan semoga kita kuat untuk berubah.

Bukan dulu tak menutup aurat,tutup tapi tidak sempurna, ala kadar je org kata.Dan alhamdulillah, doakan semoga sy terus istiqamah ye semua..Tak terniat pun kat hati nak berbalik kepada penampilan sebelum ni, namun andai kata sy diuji, semoga sy dapat laluinya dengan baik..Jadi disebabkan ilmu berkenaan aurat ni dah tahu sedikit sebanyak, cepat2 sy scroll balik gambar2 kat Facebook dulu,delete mana yg tak patut.

Akhir kata, kat sini sy nak bagitahu mmg ramai je yg pernah mengadu yg mereka pun nak berubah, nak menutup aurat dengan sempurna, tapi sampai sekarang masih sama. Jangan kata hidayah belum sampai, hati belum terbuka atau semua alasan yg tak masuk dek akal. Hidayah takkan dapat kalau kita tak cari.Macam mana nak cari? DOA! Bersihkan hati kita, mohon dengan Allah supaya mudahkan urusan kita utk mengejar redhaNya.Mengadu menangis dgn Allah. Bukan menunggu bak bulan jatuh ke riba ke apa..Allah nilai usaha kita, sejauh mana kita berusaha mengejar jannahNya. Ya, mmg org akan kata “senanglah kau ckp mcm tu,kau tak lalui apa yg aku lalui”

Gais, ujian utk setiap hambaNya adalah berbeza mengikut kemampuan. Allah takkan bagi kalau kita tak mampu.Allah lebih tahu diri kita berbanding kita sendiri.Allah uji sebab Allah sayang.Hidup kita pun tak lama.Jangan tunggu je hidayah tu datang,takut AJAL yg datang menjemput dulu. Akhir kalam, semoga confession ni dapat memberi sesuatu yg baik.Semoga perempuan-perempuan muslimah dapat menutup aurat dgn sempurna dan sama-sama kita berkumpul di SyurgaNya nanti, insyaAllah :)

– N.I.I

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit