Di Mana Jodohku?

Hai nama aku Nana, berumur awal 30an. Bulan Ramadhan ni sangat mengingatkan aku tentang usaha aku berdoa pada Allah untuk dapat jodoh yang terbaik dunia dan akhirat.

Bulan lain usaha doa jugak, tapi Ramadhan ni lebih- lebih lagi la sebabnya kita tau kan Ramadhan ni bulan berkat, pahala digandakan, doa diterima dan bulan terbaik dari 1000 bulan (Lirik lagu hijjaz sikit hehe).

Aku nak share sikit beberapa amalan yang aku buat untuk menjemput rezeki berkenaan ‘jodoh’. Aku pernah pergi umrah dan fokus aku memang nak doa jodoh disamping ada 2 doa lain. Balik dari malaysia tak sampai setahun 2 doa aku makbul kecuali jodoh.

Tipulah tak sedih tapi bersyukur jugak sebab Allah tetap makbulkan doa aku yang lain Alhamdulillah. Mungkin Allah nak makbulkan jika aku doa 100x berkenaan jodoh tapi aku baru berdoa 90x? ‘Allah adalah berdasarkan persangkaan hambaNya’.

Jadi aku kena yakin yang Allah sedang mempersiapkan seorang lelaki yang terbaik untuk duniaku dan akhiratku. Sebab ni jugak aku teruskan berdoa tanpa berputus asa.

Selain berdoa, jangan lupa untuk selalu bertaubat. Kerapkan solat taubat sebelum tidur. Salah satu sebab doa kita tidak makbul kerana banyaknya dosa. Jadi doa kita terhijab disebabkan dosa-dosa kita kepada Allah.

Ramadhan ni madrasah untuk mendidik kita jadi lebih baik. Jadi bagi yang sukar untuk qiamulail boleh start pada Ramadhan ni. Mana tau rezeki boleh bertemu dengan lailatul qadar? insyaAllah akan termakbul segala hajat yang baik.

Aku ada seorang kawan yang rajin buat dhuha. Diam diam ubi berisi kata orang (eh tak tau la kene ke tak peribahasa aku ni haha). Tup tup dia bagitau nak kahwin dah. Terkejut jugak aku.

Dia pon pernah ajar aku cara nak doa dekat Allah. Bagitau spesifik ciri-ciri jodoh yang kita nak. (Tinggi, hensem, tahun nak kahwin etc). Bertahun jugak la aku doa spesifik tapi tak lebih dari 3 tahun selama yang aku ingat la. Dalam doa kena yakin dan penuh pengharapan.

Jadi sepanjang Ramadhan ni jadikan habit untuk solat sunat dhuha. Cuba kita hayati bait-bait doa selepas solat sunat dhuha. Betapa kita meminta Allah berikan rezeki walau dimana ia berada.

Silaturrahim antara manusia juga jangan lupa untuk dijaga. ‘Habluminallah wa hablumminannas’ (jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia). Siapa yang jaga hubungan dengan Allah insyaAllah hubungan dengan manusia settle.

Kalau hubungan dengan manusia problem kene cek balik hubungan dengan Allah (kalau aku salah mintak tolong betulkan). Aku faham sangat ramai mak cik bawang especially time raya kan. Tapi tahun ni mungkin kurang la kot sebab tak boleh balik kampung musim-musim virus corona ni.

Kalau korang ada jumpa orang yang tanya tentang status korang, minta mereka untuk doakan. Mana tau ada antara doa mereka yang dimakbulkan insyaAllah. Jangan lupa untuk selalu meminta maaf dengan semua orang terutama mak dan ayah kita.

Dipendekkan cerita, 3 bulan selepas Ramadhan pada tahun yang sama aku bertemu dengan suami aku. Dia datang sendiri berjumpa dengan ayah aku di masjid untuk minta restu selain untuk bersolat jemaah. Selepas 5 bulan bertunang kami bernikah.

Majlis walimah terpaksa dibuat 2 bulan selepas bernikah kerana suami aku bekerja di luar negara dan tiada cuti pada ketika itu. Betul lah orang kata, jika jodoh tidak kemana. Boleh kata agak kelam kabut jugak lah nak ‘prepare’ ke arah perkahwinan kerana aku terpaksa ikut jadual kerja suami aku.

Aku pernah berseloroh kepada suami aku ‘patutlah jodoh aku tak sampai- sampai lagi rupanya jodohku tak nak balik malaysia, hehe’.

Aku doakan moga direzekikan jodoh bagi sesiapa yang belum berjodoh, direzekikan anak bagi yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Doakan kami yang masih bertatih di alam rumahtangga yang sedar tak sedar baru 5 tahun melayari rumah tangga dan alhamdulillah sudah dikurniakan anak.

Ingatan untuk diri aku dan semua, selalu bersangka baik dengan Allah insyaAllah Allah sentiasa mendengar rayuan, rintihan dan pengharapan hambaNya.

Rebutlah pahala berganda- ganda yang Allah nak beri pada bulan Ramadhan ini. Kita tak tahu adakah ini Ramadhan terakhir buat kita?

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *