Di Mana Kamu Wahai Anak?

Assalammu’alaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pembaca. Rasanya anda semua dah boleh agak luahan yang aku nak sampaikan kepada pembaca semua berdasarkan tajuknya.

Dalam ruangan ini bukan niat nak aibkan sesiapa, cuma untuk jadikan pengajaran pada anak-anak diluar sana tanpa aku menyebut nama, pekerjaan dan tempat tinggal orang-orang yang terlibat dalam kisah ini.

Ya, mana kamu wahai anak? Luahan ini berkenaan dengan kisah nenek aku. Aku merupakan seorang housewife dan ada buat online business.

Aku ada ijazah tapi memilih untuk berbakti dengan keluarga. Suamiku pula kerja office. Kami tinggal di Melaka dan tinggal berdekatan dengan rumah parents kami. Tetapi kami kerap duduk dirumah parents.

Untuk pengetahuan semua, nenek aku ibarat ibu yang terbuang. Kalau bukan sebab mak bapa aku hidup, aku tak tahulah apa nasib nenek aku.

Nenek aku seolah-olah dicampak dan ditendang macam bola oleh ibubapa saudaraku. Ibubapaku sudah tua dan tak berapa sihat. Ibubapa bergilir dengan adik-beradik yang lain jaga nenekku.

So far yang aku nampak ibubapakulah yang paling banyak berkorban. Ini, menurut akulah. Namun, mereka mempunyai adik yang jarak agak jauh usianya. Means bapa saudaraku yang masih muda dan sihat.

Aku cuba tak nak masuk campur hal adik beradik ibuku tapi tiap kali aku cuba bersabar dan mengalah, hatiku dan suamiku sakit. Termasuk hati adik-beradikku.

Aku ada bapa saudara (yang aku mention di perenggan atas tadi) yang sudah bertahun-tahun kebelakangan ini tidak menjenguk ibu kandungnya sendiri. Iaitu nenekku!

Bukan kata nak kirim duit, call pun tak pernah! Bercucuran air mata nenekku mengenangkan anaknya. Nenekku terlalu rindukan anaknya.

Aku ni sudah jadi saksi keberapa kali nenek aku menangis di depan mataku. Itu tidak termasuk aku terdengar esakan tangisan dalam bilik.

Sebab itu tak semua apa yang kita nampak di socmed sama seperti hal sebenar dalam alam realiti. Untuk pengetahuan korang, adik aku ada stalk socmed bapa saudaraku dan isterinya.

Amboi kemain gah canang itu ini, pasal bisnes, holiday sana sini sampai ke oversea tapi mak kau yang sakit melarat di kampung ni langsung kau tak tanya khabar dan jenguk!

Jangan bagi alasan pkp sebab hal ni terjadi sebelum pkp lagi. Kalau pkp sekalipun tak kan tak boleh bank in duit? Tak kan tak boleh tanya khabar.

Mentang² parents aku nampak macam senang hakikatnya ini bukan masalah siapa lagi berduit tapi hakikat tanggungjawab!

Kalau bukan sebab nenek aku bergadai harta pusaka beri pak saudaraku duit mulakan bisnes, rasanya kat mana dia sekarang?

Part isterinya aku cuba malas masuk campur, tapi mana naluri kau sebagai seorang menantu? Tak kan takda rasa sayang dan risau dengan mak mertua yang dah semakin uzur ni.

Jikalau bukan sebab modal bisnes yang nenekku usahakan yang habis puluhan ribu, rasanya hidup kamu tak kan sesenang ini.

Mertua mana yang nak kasi puluhan ribu? Sebab modal yang nenek aku beri ini pun modal bisnes yang kau usahakan sekarang ini juga. Aku sendiri as menantu dan cucu pun tak pernah merasa duit sebanyak itu. Kira bertuahlah sesiapa pernah merasa.

Aku ikhlas jaga nenekku selama bertahun-tahun sampai aku sendiri kurang beri fokus pada anak dan suamimu. Aku masak lauk kegemaran nenekku, temani malamnya di kala kesunyian.

Aku respect suamiku. Aku tengok suamiku pulak dah macam anak nenek aku! Beli apa yang patut untuk nenekku dan dialah juga yang pergi sana sini hantar ke klinik, urut nenekku, mendengar masalah nenekku.

Actually kesihatan nenekku dah semakin merosot lately ni. Kami dah cuba informed pada pak saudara kami. Tapi entahlah. The situation still the same. Just like nothing ever happened.

Aku cuba bersikap adil, aku tanya nenek ada apa² ke yang pernah berlaku yang membuatkan bapa saudaraku terguris?

Nenek aku cakap dia tak tahu. Anak dia tak pernah cerita apa-apapun. Bagi aku seteruk mana pun ibu kita atau adik beradik kita, at least datanglah jenguk. Terutama parents kita.

Nenek aku selalu teringat kenangan dia dengan anak² nya masa zaman kecil anaknya. Aku hanya mampu dengar dan senyum sahaja.

Keberkatan ibubapa itu penting. Mungkin sekarang kita tengah bahagia. Allah nak tarik rezeki dan kebahagiaan kita itu anytime je.

Jika di socmed, orang akan nampak mereka adalah orang yang berjaya dalam kerjaya dan rumahtangganya, hakikatnya nenekku sudah pun tidak redha kepada mereka dan aku sendiri takut dan sebak mendengarnya.

Pulanglah ke pangkuan ibumu sebelum terlambat. Kerana keadaan kesihatan nenekku sudah semakin merosot… Allahu akhbar…

– Nazirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *