Di Mana Nak Cari Jodoh?

Seperti tajuk, aku sekarang dalam dilemma nak cari jodoh kat mana. Perkenalkan, aku umur 29 tahun, bekerja sekarang sepenuh masa kerja di rumah.

Aku tak pernah bercinta atau bercouple sepanjang 29 tahun hidup aku. Minat kat orang, ada, tapi takda jodoh. Aku boleh digelar sebagai introvert kerana circle kawan2 rapat aku terlalu sedikit dan mostly perempuan.

Aku agak pemalu/ pendiam dengan lelaki yang aku tak kenal, tetapi kalau lelaki yang aku kenal macam classmate, boleh je bersembang.

Bermula 4 tahun lepas, aku dah berusaha mencari jodoh sebab aim kahwin umur 27 tahun. Aku ada bertanya kat kawan2 aku jika ada kawan2 lelaki yang single boleh kenalkan kat aku.

Malangnya, kawan2 perempuan aku pun ramai yang single dan dalam dilemma nak cari lelaki yang sesuai kat mana.

Aku juga ada suruh mak dan adik beradik aku carikan. Tapi masing2 tak nak ambil tahu dan suruh cari sendiri.

Sejak PKP, aku bekerja dirumah, jadi memang tiada langsung kawan lelaki office yang boleh dijadikan calon. Lagi satu aku jenis jarang keluar rumah. Hidup aku cuma keluarga dan kerja.

Disebabkan aku tiada langsung kawan lelaki yang rapat, aku gunakan platform social seperti FB dating, Baitulmuslim atau tilljannah.

Aku tak guna Omi, Tinder atau Wechat kerana tahu, kat situ peluang jumpa calon lelaki yang baik terlalu tipis.

Selepas gunakan platform social untuk cari jodoh selama beberapa tahun, aku masih gagal jumpa lelaki yang sesuai. Setiap lelaki yang aku kenal, paling lama tahan 2 minggu.

Walaupun aku yang kira paling awal guna FB dating dalam kalangan kawan2 aku, tetapi ada beberapa kawan aku yang jumpa pasangan hidup mereka disitu.

Aku? Lelaki yang aku jumpa mostly cuma chat sebentar, kemudian beberapa hari terus hilang.

Ada juga aku jumpa beberapa orang scammer kat situ. Tapi nasib aku baik tak pernah lagi kena scam. Aku jenis tak suka chat banyak lelaki secara serentak.

Walaupun kami takda hubungan apa-apa, tetapi aku rasa bersalah bila aku mesej banyak lelaki serentak macam aku seorang playgirl.

Lagipun aku agak malas balas mesej orang banyak2. Jadi setiap kali dah mulakan conversation, lelaki tu hilang, aku stop sekejap fb dating sebab give up, bila aku rasa kena cari calon suami juga, baru aku buka.

Tahun lepas aku subscribe baitulmuslim sebagai alternative. Nasib aku malang, setahun aku subscribe, aku masih gagal jumpa lelaki yang okay untuk aku.

Bukan nak cakap, lelaki kat baitulmuslim tak okay, tetapi lelaki yang aku kirim salam semua ignore aku, dan lelaki yang beri salam kat aku mostly berusia sedikit dari aku (usia 40 tahun keatas).

Ada juga yang species mesej sekejap, terus hilang. Tapi jenis ni aku dah fikir bukan jodoh aku. Tak sampai setahun aku dh give up guna baitulmuslim kerana aku masih gagal jumpa si dia.

Last month subscription baitulmuslim aku tamat dan aku tak rasa nak teruskan lagi. Aku ada tengok tilljannah/baituljannah. Tetapi yuran subscription mahal.

Walaupun aku mampu, tapi sebab aku dah ada pengalaman kat baitulmuslim, aku tak rasa nak guna platform yang lebih kurang. Bayar mahal2, tapi tak jumpa2 juga jodoh.

Untuk FB dating, aku dah delete akaun aku. Lelaki yang like aku, mostly profile banyak tak lengkap. Lelaki yang aku like balik, semuanya lapar like. So, bila orang dah like, terus hilang.

Aku bukan jenis like, then terus tunggu orang mulakan conversation. Aku akan start conversation kalau lelaki tu tak mulakan.

Kadang2 aku akan bagi soalan untuk break the ice. Tapi entahlah, mungkin ada yang jenis lapar like.

Ada juga mesej suruh add kat IG. Selepas add, terus hilang, konongnya nak mesej melalui plaftform situ, rupa2nya nak tambah follower IG.

Walaupun family aku bukan jenis paksa aku kawin awal dan aku pun sebenarnya takdalah terdesak nak cari suami, tapi semenjak 2 menjak ni, asal tengok fb, ramai pula kawan2 fb aku show off anak dan suami.

Ni dah nak dekat raya, mesti lagi banyak gambar satu family berbusana sama.

Ada jugalah perasaan cemburu yang terbit, tapi aku tak tahu nak buat apa lagi.

Lagipun aku dah dekat umur 30 tahun. Target aku nak kahwin sebenarnya umur 27 tahun. Kadang-kadang ada juga perasaan sunyi yang tiba2 muncul.

Nak kata aku tak cantik, benda tu subjective. Nak cakap aku cari lelaki yang hensem semata sebab tu aku tak laku benda tu pun subjective.

Sebab aku pernah sembang dengan kawan aku (masa tu dia nak kenalkan calon lelaki kat aku).

Lelaki yang dia cuba kenalkan, ikut mata dia, ada rupa. Tapi ikut mata aku, aku tak minat. Jadi, aku tak rasa aku pilih rupa. Crush2 aku masa belajar dulu pun semua takdalah hensem (kawan aku cakap).

Jadi, berdasarkan soalan aku, kat mana nak cari jodoh zaman sekarang ni?

– Miss Introvert (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *