Di Sepertiga Malam II

Hai korang! Ingat lagi tak aku;kheir. Aku dah baca dah komen korang kat confession aku sebelum ni. Alhamdulillah-segala puji hanya bagi Allah bukan untuk aku. Aku perantara je yang datang untuk ingatkan korang dan diri aku sendiri pasal waktu mustajab doa, di sepertiga malam. Semoga Allah balas puji pujian baik korang tu dengan kebaikan jugak.

Doa yang termakbul. Korang mesti nak sangat aku sambung cerita sebab doa yang termakbul tu kan? Haha ketawa aku baca komen korang. Dan korang pun mesti ketawakan aku jap lagi.

Aku malu sebenarnya nak cerita tapi alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan- alang alang mandi biar basah- alang alang berkasih biarlah sampai ke akad nikah- alang alang berjanji biar tertunai. Chewahh bermadah pujangga pulak haha.

Okey macam ni. Seperti yang aku pernah sebut sebelum ni, aku perempuan. Korang tahu kan? Haa doa aku yang termakbul tu sangat berkait rapat dengan keperempuanan tu sebab aku malu nak cerita. Tapi janji mesti ditepati kan. Okey macam ni (dah berapa kali sebut taktahu haha) Aku ada masalah haid tak teratur, senggugut teruk sampai kadang cramp tak terbangun, kadang jugak haid bersambung dengan istihadah. Sape wanita yang senasib dengan aku mesti dia tahu betapa seksa derita sengsaranya menghadapi saat saat senggugut. Apatah lagi masa istihadah. Bayangkan korang dah ambik wuduk, selangkah nak keluar dari pintu tandas wuduk terbatal sebab darah. Pastu kena ambik balik. Kadang sampai menangis dalam solat takut takut Allah tak terima, takut takut masa sebelum solat tu dah terbatal wuduk tapi sendiri tak sedar dan macam macam ketakutan yang datang. Sape yang ada masalah macam aku ni, meh sini aku nak peluk dan tepuk belakang korang sambil nak cakap “kau tak berseorangan, Allah ada, takmo nangis nangis dah” Hehe touching tak? Yang laki laki jangan geli pulak aku story pasal ni. Korang pun kena ambik tahu jugak pasal haid istihadah segala benda ni. Nanti nak kena ajar anak bini tau. Banyak je nak cerita pasal istihadah tu tapi cukuplah situ je kot. Nantikan panjang meleret pulak cerita aku ni.

Apa kaitan dengan doa? Korang, time kita rasa sakit dan lemah tu lah saat saat yang kita rasa perlunya ada suatu kuasa yang boleh hilangkan sakit kita. Betul tak? Time aku istihadah aku tak qiam pun. Jujur aku cakap rasa sedih dengan diri sendiri. Aku bangun, aku nangis je. Tapi tu beberapa bulan yang lepas. Lepas istihadah tu, haid dah tak datang. Sebagai seorang perempuan, sape je yang tak risau kalau haid tak kunjung tiba kan? Lainlah kalau kau dah kawen, mahu lompat bintang kalau tak datang haid. Untung untung lepas sembilan bulan dapat baby comey. Omomo comeynya. Tapi aku, tak datang haid punyalah resah. Takutnya kalau kalau ada cyst ke, fallopio tiub tersumbat ke, kanser ke apa ke. Tapi disebabkan kerja dari pagi sampai lewat petang, memang aku tak sempat nak jumpa doktor. Zaman study dulu pun kalau jumpa mesti doktor akan cakap; awak tak datang haid ni bukan apa, mesti awak stres kan? Emm disebabkan dah banyak kali macam tu, aku pun dah malas nak pergi jumpa doktor.

Sorry guys. Macam ni lah kalau perempuan bercerita. Dia akan keluar masuk hutan-turun naik gunung-berenang ke tasik laut muara sungai segala barulah akan kembali ke tajuk asal iaitu doa. Haha.

So, beberapa hari yang lepas aku ambik buku catatan doa aku. Yang dah berumur hampir dua tahun. Buku ni dah buruk pun guys, sebab kalau ada benda baru aku nak mintak aku akan conteng je kat ruang ruang kosong. Buruk tapi bermakna. Aku ambik buku tu dan pen, aku conteng pada di part doa untuk diri sendiri “ya Allah, stabilkanlah hormonku dan lancarkanlah haidku”. (Takpa kelakar pun bunyinya, Allah maha Faham) Dan pada saat qiam, aku ulang banyak kali part tu. Sungguh sungguh aku mintak janganlah aku ada penyakit ke apa. Dan semalam lepas buka puasa hari tasu’a, aku didatangi oleh makhluk yang bernama haid. Korang yang sejantina dengan aku pernah tak nangis bila datang haid? Aku pernah, semalam. Hahahaha sebak. Sebab dah lama sangat dah. Ibarat ibu ibu tengok test upt double line merah, macam tu lah aku terharu semalam. Alhamdulillah.

Okey tu lah doa yang termakbul tu. Jangan marah tau guys, nanti cepat tua. Walaupun nampak macam takda pape bagi korang, bagi aku Allah dah beri apa aku mintak. Sebab nak kawen dah guys, faham faham jela perasaan bila haid tak teratur. Macam macam lah fikir, nanti takboleh beranak lah apa lah. Sob sob.

Sebut pasal anak kan, aku ada cerita. Ni pun berkaitan doa yang aku baca masa qiam. Untuk kawan aku. Dan dah termakbul. Korang nak lagi tak baca confession aku? Kalau sudi katakan sudi, kalau tak izinkan ku mengundur diri.

Dan sekali lagi, jom korang kita qiam malam ni. :)

– Kheirrrr

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit