“DIA” ada di DUNGUN
Assalamualaikum wbt, thanks admin sebab sudi post. Kisah-kisah aku ni berkisarkan pengalaman aku dan kawan-kawan sendiri yang pernah belajar di sebuah IPTA di Dungun, Terengganu
So, first aku dapat tahu aku dapat sambung belajar dekat Dungun, aku tak berapa nak suka dah sbb yelah, dah la jauh dari rumah dan telah dimomok-momokkan dgn pelbagai cerita pasal Bukit Bauk tu yang cuma blkg asrama aku je. Cerita psl volkswagen kuning lah, apa lah. Tapi aku takde lah takut sangat sbb bagi aku semua tempat ada “benda” tu so aku teruskan je.
Sampai dkt sana, aku masuk orientasi mcm biasa lah. Takda apa-apa yang best pun. Nyanyi lagu open banana lah apa lah. So kehidupan aku normal je sepanjang 2 bulan.. Dan bermulah kisah pertama. Masa tu semua pelajar kena turun dkt surau sbb ada program apa tah so aku pulak tengah bendera merah masa tu jd aku stay dkt port blkg. Tengah-tengah menahan mengantuk dengar ceramah, boleh pulak pompuan dua dr kiri aku ni macam menangis-nangis tunduk-tunduk mcm tu. Ingatkan ada drama apa lah sbb masa tu kawan dia mcm tengah pujuk ah kan. Aku malas nak amik port so aku mcm teruskan hidup aku je fikir bila lah nak habis program ni. Dan secara tetiba.. Perempuan tu mengilai kuat gila bakhang. Aku terus melompat ke arah kanan dgn kelajuan cahaya sbb nak jauh dr dia. Masa tu dah dapat agak dah, confirm kena rasuk ni. Penceramah tu boleh pulak dia teruskan ceramah dia walaupun masa tu dah macam kecoh gila. Pastu ada ustaz mana tah datang tenangkan dia, macam garang gak ah marah-marah camtu. Aku sebagai peminat kisah-kisah mistik ni mmg excited gila dapat tengok depan-depan (jahat kan hahah). Suara macam jantan sejati duk “grrrr grrrr” camtu. Pastu MPP semua mcm suruh semua orang jauh dr situ, jangan tengok pompuan tu. Aku menurut je perintah sbb aku kan budak baik dan aku bimbang jugak kalau benda tu pindah dkt aku. Sbb masa tu memang rasa dia lain macam do, mcm pening-pening sejuk camtu hahahah. So habis stakat tu je ah. Banyak gak aku dengar cerita pasal budak yang kena rasuk tu, sbb sebelum ni dia selalu sakit-sakit dan lemah. Mungkin dah pernah kena sebelum ni kot. Banyak lagi la kisah aku dengar, gula-gula mentos perisa mint melompat dkt koridor blok A la, makhluk berbulu dkt tong pad lah, tombol pintu kena main la tapi still aku tak merasa nak tengok semua tu. Mungkin disebabkan itu lah aku tak berapa nak takut sgt dan aku selalu takutkan kawan-kawan aku yang sememangnya penakut namatey.
So aku dibenarkan stay dekat asrama sampai sem2 je dan pastu kena duduk luar. Perumahan yang aku duduk tu perumahan baru, dan rumah aku paling hujung bersebelahan hutan. Depan hutan dan kiri hutan. Mula-mula stay dkt sini, semua macam eksaited terlebih sebab bebas dr undang-undang asrama yang melampau. Keluar lewat malam, bergelak sakan tak hengat dunia. Macam dunia ni kami punya. Tapi kami asyik sgt dgn dunia, sampai “benda tu” dah anggap kami geng dorang kot.
Malam tu, aku tido macam biasa lah. Tak awal, tak lewat sangat. Aku tersedar dr tido tu aku dah kena tindih, berat dia semacam. Rasa berdesing dkt telinga, blkg aku rasa macam ada benda tiup dan sakit sangat. Aku nak explain pun susah. Aku masatu dah fikir macam mana nak lepas ni sebab sebelum ni aku dah ada pengalaman kena tindih tapi jarang sangat. Aku macam cuba untuk tenang. Dan aku start baca ayat-ayat yg aku ingat pastu dan dan je ada makhluk apa tah duk mengilai tepi telinga aku. Aku masa tu dah fikir aku nak jerit gak kalau sedar, tak kesah dah. Struggle punya struggle, aku berjaya loloskan diri. Dan keadaan aku masa tu, kaki aku kat bawah dan badan kat atas katil. Punya lah struggle sampai macam tu kan, cepat-cepat aku bangun dan baring tempat asal. Tak lupa sebelum tido balik tu aku main fb dulu hahah. Esoknya aku cerita dkt roomates tapi semua macam “aku tak pernah kena tindih” so dorang abai aku sobsob. Tapi budak bilik depan aku ni ada juga yang kena tindih banyak kali, ada yang kena rentap rambut, tersentuh tangan berbulu masa tido lah. Ada time pukul 2-3 pagi macam tu, semua penghuni bilik depan dorang tersedar sebab dgr bunyi air paip mencurah laju dalam tandas dorang. Bila check, memang paip terbukak paling besar dan air keluar mencurah-curah. Semua macam tergamam tapi still buat-buat tenang. Bila dah naik katil semua, tombol pintu pulak dipulas-pulasnya. Padahal bilik tak kunci pun, kalau orang nak masuk mesti dah boleh bukak dah. Nak ajak main lettew. Hehehe.
Ada satu malam tu dan malam tu memang malam jumaat. Masa tu aku tinggal 4 orang je dalam rumah ni sebab semua balik kampung. Redho je tak balik sebab dah dekat nak exam pun, membazir je kalau balik. Nak mintak restu pun, call je la mak. Malam tu kami layan cerita iron man 2 sambil belek kertas exam sem-sem lepas. Sorang member aku ni aku namakan dia sebagai Nur, dia dah terbongkang tidur atas lantai. Disebabkan dah bosan, cerita pun tak best, kami ambil keputusan untuk tido. Masa tu around 12.30 am la. Kami naik atas, kawan aku yang nama Nad ni dah masuk tandas gosok gigi. Nur dah tertonggek tido. Meera tengah sapu bio oil dkt muka dia sbb nak flawless dan aku tengah scroll insta. Tengah-tengah leka tu, aku dengar tapak kaki naik tangga. Memang jelas sangat-sangat. Aku pandang Meera, Meera pandang aku. Bunyi tu berterusan dan last skali punyi “pinggggg!!” bunyi pemegang tangga besi tu macam ada yang ketuk. Bergema do. Meera dah melompat kat aku, aku dah cemas tapi berlagak macho walaupun aku pompuan. Aku panggil Nur, suruh check keadaan kat luar (dia ahli RELA so kami assume dia lagi berani) sebab masa tu pintu bilik tak tutup lagi dan bilik aku boleh nampak tangga. Dia pun macam nak tak nak pergi, si Meera ni dah macam tikus menyorok blkg aku. Aku pun decide keluar bilik sama-sama tinggalkan Nad dalam tandas hahahah. Kami turun tangga slow-slow, sampai je anak tangga paling bawah, kami dengar pintu tandas bawah ditutup. Ah sudah. Kami 4 orang je kot, takde orang kat bawah. Dah kembang kepala apa semua tapi tak puas hati gak, aku buka pintu tandas tu luas-luas. Tepat dalam cermin, nampak pantulan rambut sipi-sipi naik atas. Rambut je. Tapi aku tak cakap kat kawan lain, tutup balik dan naik atas. Nak cerita pun serba salah sebab nanti ada yang melalak. Aku decide untuk lupa je benda tu dan tido. Tapi episod malam tu tak habis macam tu je, Nad pulak yang tak boleh tido malam tu. Bunyi hanger jatuh, orang berjalan-jalan dekat luar, orang berdehem, bunyi anjing menyalak ke mengawan ke tak tahu la. Esoknya, aku cakap dekat Nur je sbb dia sorang je macam berani sikit. Dia pun ada cakap, masa turun tangga dan dengar pintu tandas ditutup tu, dia nampak budak pompuan duk cangkung bawah sinki tengok kami dengan mata sembab pastu rambut pendek dan kerinting pakai tshirt biru kotor. (Tandas bawah dkt dapur) tapi aku tak nampak pun. Patutlah dia naik dulu tak cakap pape pun. Kurang hajo kan? Hahahah. Tapi, tak cukup seram lagi kan?
Hah, ni masa aku nak stering lock kereta aku. Aku suruh la si Meera ni teman aku tapi dia tunggu dekat pintu rumah je sbb malas nak pakai tudung. Seperti yang aku mention sebelum ni, tepi rumah aku hutan. Tengah berusaha nak stering lock tu, bunyi ketukan dkt cermin sebelah kiri penumpang. Aku mcm automatik pandang and guess what? Tak nampak apa-apa pun. Tapi masa tu situasi tu lain macam, mencanak segala bulu-bulu dekat badan. Cepat-cepat aku keluar dan kunci pintu. Sebelum masuk tu, aku pandang belakang tengok kereta aku. Nampak dkt seat blkg, ada yang macam main sorok-sorok dgn aku. Bayangkan korang main sorok-sorok dan bila korang intai tu, hah camtu lah. Dia berselindung dkt seat tu. Nampak mata putih kelip-kelip pastu nyorok balik. Aku dah tolak Meera masuk rumah pastu kunci pintu. Dah tak tahan, aku nangis sebab berdebo hahah. Aku cerita apa aku nampak. Dan kawan-kawan aku semua macam tenangkan aku, mungkin dorang nampak aku macam nak kena rasuk kot. Tapi aku tahu aku still waras masa tu. Dan malam tu jugak aku tido tepi Nur sebab rasa selamat sikit. Manalah tahu dia boleh bagi hentakan maut dekat hantu yang kacau aku tu. Setakat tu jela pengalaman aku, tak tahu la pasni ada lagi. Tak nak dah. Tak nak kacau kawan dgn cerita hantu mengarut dah. Nak cerita dekat family pun, nanti confirm dapat jawapan “alaa perasaan je tu” . Ok, setakat ni shj. Maaf sbb banyak kekurangan dalam penulisan aku ni, sebab aku budak engineering bukannya budak sastera. Bye!
-Cha
– Cha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit