Dia Amanah Untukku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dia-amanah-untukku/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Semalam aku tak mampu nak type panjang2. Hanya sempat mengomel tentang kisah aku berjumpa Kak Mira sahaja, memandangkan byk tugasan yang perlu aku selesaikan. Maaflah kalau cerita ni agak panjang kerana aku tak pandai nak ringkaskan.

Pagi itu, sesudah aku berbual panjang dengan Kak Mira aku terus balik kampung, niat untuk menjemput isteri dan anak-anak. Aku ingin membetulkan segalanya dan memulakan hidup baru. Sebelum pergi ke rumah mertua, memandangkan kami sekampung, aku singgah di rumah org tuaku dahulu.

“Tak guna kau kutip betina tu, kalau dah anjing makan bangkai, bawa masuk istana sekalipun tetap bangkai yang di carinya.”

Ibuku mula hilang kepercayaan terhadap isteriku. Aku hanya membisu. Tidak berdaya untuk aku menerangkan situasi yang sebenar bahawa semuanya berpunca dari silapku. Aku yang gagal membentuk keluarga ku sendiri. Benar kata Kak Mira. Kita hanya mampu buka pekung di dada bila hanya bersama orang yang kita tidak kenali. Masih ego kah aku.

“Pergilah ambil dia, pergi jemput dia. Dia Amanah untuk kau jaga. Berdosa besar kalau kau tinggalkan dia macamtu sahaja. Kalau kau masih sayang dia kau ambil dia, jaga dia, ampuni dan maafi dia. Kita ni manusia tak lepas dari melakukan kesilapan. Kalau dah tak sayang, lepaskan sahaja. Ajak berbincang. Aku kenal dia macamna orangnya. Masa aku sakit, anak menantu lain pandang-pandang je aku ni. Dia…? Satu badan aku diurutnya. Tiap kali salam, dipeluk ciumnya aku ni. Aku sayang menantu aku tu… Ada silapnya dalam rumah tangga kau ni… Tuhan ketuk kau bagi kau ingat, bagi kau sedar, jangan kau alpa lagi….”

Ayah aku mencelah, muncul dari pintu depan. Baru balik surau barangkali. Ibu mencebik.

30 minit aku duduk depan simpang rumah isteriku itu. Mencari kekuatan dan keihklasan. Masa tu pelbagai bisikkan aku dengar. Ada yang suruh aku patah balik.

“Gantung jer tanpa tali, padan muka dia..”

Ada yang suruh aku teruskan…

“Alang2 celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan”

Ada pula yang suruh aku ceraikan dia dan cari perempuan lain.

“Buat apa kau nk hadap lagi perempuan tu, bersepah perempuan lagi elok, lagi cantik, lagi bagus dari dia…”

Akhirnya aku menjerit sekuat hati bagi menghalang kata2 dan bisikkan2 hati dari terus mengganggu. Nasib baik dalam kereta dan semua tertutup, tiada orang yang dapat mendengar. Aku laungkan azan sekuat hati. Aku teruskan niat ku, apa nak jadi, jadi lah…

Setibanya aku di muka pintu rumah, aku lihat Jannah sedang menyuapkan anak sulungku makan. Ya aku namakan isteriku Jannah. Memang aku suka panggil dia Jannah sejak zaman sekolah lagi walaupun jauh dari nama dia sebenar. Dia bangun, ada sedikit kehairanan dari raut wajahnya. Aku salami dia walaupun dia agak kaku. Rindu betul aku kepadanya dan anak2. Anak2 menerpa kearahku dan memeluk aku.

“Mari balik sayang, abang nak jemput Jannah balik”

Aku mengusap ubun2nya dengan lembut.

” Eh2… Kau ingat anak aku ni apa.. Senang2 nk buang, senang2 nak kutip”

Asudah, mertua aku pulak melarang.

“Mak… Saya tak buang dia. Saya cuma tinggalkan dia untuk saya berfikir. Cari dimana silapnya….”

“Ewah2 senang jer kau cakap kan… 2 minggu kau tinggal anak bini, telefon takda, tanya khabar takda. Cari silap konon, dh jumpa silap sendiri, datang la ambil… Kalau anak aku yang salah, mesti kau campak macamtu jer kan…”

Mertua mencelah sebelum sempat aku habis berkata2. Suara mertua aku semakin tinggi. Aku lihat Jannah hanya tunduk membisu. Ada kemerah2an di raut wajahnya menandakan dia sedang menahan tangis. Aku melutut di kakinya. Aku minta ampun, minta maaf di atas segala dosa2 aku. Mertua aku pandang dengan hanya hujung2 mata. Biarlah jiran2 tengok. Aku tak kisah lagi. Aku nak Jannah ikut aku balik.

“Kau nak bawa, kau bawa anak2 kau balik. Anak aku jangan berani kau sentuh.”

Marah benar mertua aku. Aku dah hilang arah. Jannah still membisu. Aku tak faham kenapa tiada kata2 keluar dari bibir kecil itu. Adakah Jannah juga mahu aku menceraikan dia. Tidakkah ada lagi perasaan sayang Jannah terhadap aku.

“Saya nak tinggal di sini lagi. Saya masih belum bersedia untuk balik lagi ikut abang.”

Akhirnya dia bersuara. Kering air mata aku tunggu dia bercakap. Kerasnya hati isteriku ini. Setitis air mata aku tak nampak mengalir dipipinya. Aku buntu, aku yakin jika dia masih stay di sini, pasti aku akan kehilangan dia. Aku mesti berusaha memujuk isteriku balik bersamaku. Aku kenal isteriku, dia tidak suka dipaksa.

“Tak apa lah kalau itu keputusan sayang… Cuma abang nak bawa anak2 jalan2 sekejab. Kalau sayang nak ikut, jom lah….”

Aku mula memasang jerat. Jannah dah serba salah kerana dia terlalu sayangkan anak2. Akhirnya dia bersetuju untuk mengikut aku membawa anak2 keluar berjalan2. Sepanjang dalam kereta, aku menggenggam tangannya erat walaupun dia hanya membatu. Aku cium tangannya bertubi2. Letak didada dan mengatakan aku sygkan dia. Aku bw dia dan anak2 ketempat2 kenangan. Aku tunjukkan anak2 sekolah kami dulu2. Tempat mulanya kami kenal, berkawan dan akhirnya bercinta walaupun anak2ku itu masih belum mengerti apa2. Aku nak bangkitkan kembali rasa kasih dan syg Jannah terhadapku. Last sekali, aku bawa Jannah ke tepi pantai. Tempat aku melamar dia jadi isteri aku. Waktu tu matahari dh nk tenggelam. Ikhtiar aku kali terakhir bila Jannah still juga membisu. Suasana petang tu memang romatik gila.

“……… binti ……. sudikah awak jadi isteri saya sekali lagi dan saya berjanji jika diberi perluang ke 2… Saya akan bahagiakan hidup awak dan mengubah setiap kekurangan menjadi satu kesempurnaan…”

Tiba2 Jannah meraung, menangis dan menjerit sekuat hati ibarat orang terkena sampuk. Anak2 yang sedang leka mengorek tanah berlari mendapatkan kami. Aku cuak lalu memeluk Jannah yang sedang meronta2 itu seeratnya kerana aku tidak pernah lihat dia dalam keadaan bergini. Jannah menangis… Meraung sekuat hati. Ada juga mata memandang. Ada yang datang bertanya. Ada yang hulurkan air minuman yang dijampi supaya Jannah tenang. Akhirnya Jannah layu kelesuan dalam dakapanku. Aku bw Jannah dan anak2 menginap di hotel.

Mertua dan ibu ayah aku call berkali2. Aku biarkan aje. Malam tu aku tdr dgn Jannah berpelukan… Sesaat pun aku tak lepas. Ibarat pengantin baru… Betul2 aku lepaskan rindu kesumat 2 minggu terpisah. Hasilnya…hehehe… Kami menerima kehadiran cahaya mata yang ke 4… Doakan kami yer… Tentang mertua dan ibu ayah aku… Nanti lah aku ceritakan yang penting, kalian tahu kelurga kami kembali bersatu. Nanti panjang2 ada yang kata novel pulak…

– Biarlah Rahsia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *