Dia Antara Mangsa Dibuang Syarikat

Assalamualaikum. Aku harap IIUMC dapat share confession aku ni. Aku ada baca confession pasal company buang orang, dan aku faham pasal susah nak terminate siapa sebab semua pekerja ada tanggungan sendiri. Ada yg nak kahwin, ada yg nak tanggung anak bini, ada yg support mak ayah adik beradik, ada yg kena bayar hutang itu ini dan banyak lagi. Aku salah sorang yg terkesan dalam kategori golongan yg nak kahwin.

First sekali, aku student belum kerja, tapi bakal bekerja InsyaAllah tak lama lagi. Aku dah tunang dan bakal berkahwin. Tunang aku kerja dekat satu company ni bertahun-tahun lamanya dah. Sampai satu masa, company nak buang orang sebab nak kurangkan tenaga kerja. Tunang aku selalu cakap harap-harap nama dia tak naik sebab banyak lagi tak terkumpul, nak bayar itu ini, belum campur tanggungan kat kampung dengan gaji RM1600 sebulan. Gaji sebanyak tu kena guna untuk bantu family, kumpul duit, untuk belanja harian lagi. Dah tentu dia risau kalau nama dia naik, belajar setakat SPM sedangkan degree holder pun susah cari kerja zaman sekarang.

Satu hari tu balik kerja, dia bagitau aku company dah terminate dia dengan bayaran pampasan yg tak sebanyak mana, dia kata dia pun takda pilihan selain terima. Pampasan dia dapat dia settlekan hutang yg family dia pinjam bank atas nama dia. Hampir setahun dia kerja ambik upah bersihkan kebun kecik-kecik, jual buah-buah kampung. Sesak sgt waktu tu dengan kos hidup zaman sekarang sampai kadang-kadang aku share duit makan aku kat universiti dengan dia. Kalau aku ada RM50, kitorang share aku RM30-RM20 dia. Dan dia cuma mampu bayar balik sebulan dua kemudian which is I don’t really mind sebab aku pun dah biasa ikat perut sebab kos hidup tinggi.

Bila kerja takda gaji tetap, duit dia dapat diutamakan untuk family kat kampung. So duit simpanan untuk kahwin pun tak dapat save. Aku tak dapat nafikan langsung kos sara hidup sangat membebankan aku yg cuma seorang student, apalagi orang takda kerja tetap @ tak kerja langsung. Bila takda duit, dia tolak kereta dia yg dah habis bayar untuk cari modal datang KL balik cari kerja. Aku sediakna sijil-sijil, resume dia semua. And alhamdulillah dapat kerja. Tapi gaji tak besar mana, cukup-cukup makan je. Duit simpanan kahwin takde tak cukup nak menyimpan dari gaji tu.

Aku kesiankan dia… lelaki, tanggungjawabnya besar. Aku cadangkan dekat dia, batalkan majlis sanding kat rumah aku. Buat akad nikah je mcmtu. Kumpul duit hantaran yg family aku minta dan gunakan untuk beli barang-barang keperluan dalam rumah lepas kahwin. Kalau rezeki aku kerja cepat, aku boleh bantu serba sikit.

Doakan rezeki kami untuk masjid yg bakal dibina. Btw, sesiapa yg ada tahu vacancy untuk bahagian pendidikan boleh bagitau aku (selain sekolah). Terima kasih.

Aku harap kita semua dilapangkan ruang mencari rezeki pada zaman pemerintahan yg menyedihkan ni.

– J.R

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit