Terima kasih kerana sudi menyiarkan luahan hati saya yang tak seberapa ini. Saya Dahlia dan berumur awal 20-an.
Alkisahnya bermula pada Disember tahun lepas. Aku pergi teman ibu untuk memanggil saudara di seberang kampung untuk hadir ke majlis pertunangan kakak. Dan pada hari kejadian, wakil dari keluarga seberang yang datang adalah sepupu ibu bersama isterinya.
Pagi majlis tu, aku ditugaskan untuk mengambil kek tunang yang ditempah untuk keluarga sebelah lelaki. Disebabkan beberapa halangan kami tiba semula ke rumah agak lewat sehingga keluarga sebelah lelaki sudahpun ke luar rumah untuk pulang.
Hanya tunggu kek sahaja waktu tu hehe. Aku pun masuk sambil membawa kek tu kepada ibu dan pada waktu tu sejujurnya aku perasan semua orang memandang aku. Yalah aku kan adik bakal pengantin.. Tiberr
Majlis pertunangan berjalan lancar dan tiada apa yang berlaku. Tapi dua minggu selepas majlis, mak saudara ibu telefon dan memberitahu hajat ada orang nak masuk meminang aku dan katanya adik beradik dekat.
Rupanya sepupu ibu yang datang itu nak jadikan aku menantu untuk anak bongsunya.
Waktu tu aku menangis, ibu pun menangis sebab belum bersedia, maklumlah aku pon anak bongsu dan masih lagi belajar. Dalam fikiran aku waktu tu, biar betul dia tu? Tapi siapa dia..?
Tentang lelaki tu, sejujurnya aku tak pernah tengok dia dan tak pernah kisah tentang dia. Yang aku tahu, dia wujud sebagai dua pupu aku tapi tak pernah tahu macam mana rupa dia, umur dia, hidup dia dan lain-lain.
Tapi ura-ura mengatakan yang dia ni mamat korea, rambut panjang paras bahu tutup mata sebelah, putih.
Totally contra to what I always wanted in a partner. Beza umur kami adalah 7 tahun.
Antara sebab kenapa aku tak pernah tengok dia adalah sebab dia bekerja di negeri lain, keluarga kami memang dah agak jauh walaupun rumah hanya di seberang kampung sahaja, dan yang paling penting, dia seorang introvert.
Ya, introvert. Aku selalu pergi kenduri saudara di seberang tu tapi tak pernah aku nampak batang hidung dia pun walau sekali.
Walaupun ibu cuba menolak hasrat lamaran tu sebab aku tak mahu, tapi gagal sebab keluarga dekat takut bermusuhan atau bermasam muka.
Sebagai seorang anak yang patuh, aku pun akur dan dalam tempoh tu aku ada buat istikharah dan alhamdulillah, Allah lapangkan hati aku untuk terima dia dan permudahkan serta lancarkan segala urusan kami.
Allah juga tunjukkan aku sikap-sikap baik dia melalui saudara terdekat yang katakan yang dia ni seorang yang suka akan ilmu agama dan selalu berjemaah di masjid. Siapa ja tak tertarik dengan sikap macam ni kan haha cliche?
Seminggu lepas tu mereka nak datang merisik bersama dengan si dia yang dipaksa pulang ke kampung untuk berjumpa aku.
Mereka pun datang merisik dan waktu tu aku tengok semuanya normal tentang dia pakaian, rupa cuma tak berani nak tengok lama-lama. Segan la jugak kan sebab baru pertama kali berdepan.
Sepanjang waktu tu pipi aku terasa panas ja. Aku pun perasan yang dia malu sebab bila aku keluar, tak sekali pun aku nampak dia pandang aku.
Kami pun tak bersembang walau sepatah sebab aku keluar sekali sahaja untuk hantar makanan, dan terus masuk urus dalam dapur dan dah tak keluar ke depan.
Dua hari lepas tu, mak saudara ibu sebagai orang tengah meminta nombor aku untuk diberikan kepada si dia.
Aku memang tak mau bagi sebab sejujurnya aku ni tak pernah bercinta, jarang bercakap dengan lelaki,senag cakap aku menjaga dan tak mau terjebak dalam apa jua bentuk maksiat sebelum kahwin.
Bagi aku, bercinta selepas kahwin adalah impian aku sejak mula. Ibu pun nasihat aku yang dia nak kenal-kenal dulu, dan aku pun akur.
Bulan pertama perkenalan, dia sangat ‘try hard’ untuk yakinkan aku yang dia serius. Dia whatsapp aku pagi petang siang malam, tapi aku ni dah rasa berdosa walaupun dia sekadar bertanya khabar sahaja.
Jadi aku pun akan balas lewat dalam 2-3 jam lepas dia text.
Lepas tu dia minta nak call, aku menolak 2 kali, tapi kali ketiga aku pun relakan dan pada bulan pertamanya perkenalan kami OTP sebanyak 5 kali, dia kalau boleh tiap hujung minggu nak call, tapi aku siap dengan alasa. untuk elak benda tu berlaku.
Sebulan lepas tu, keluarganya datang ke rumah untuk beri cincin tanda. Dia tak dapat pulang disebabkan SOP.
Sejak dari sini bermulanya perubahan 180 darjah sikapnya kepada aku. Dia dah jarang whatsapp, dan dah tak mendesak untuk call. Kalau nak cakap pun hanya untuk beritahu benda yang penting sahaja dan seminggu sekali kadang tu dua minggu sekali.
Nak tanya pendapat anda, adakah perilaku ini normal untuk seorang lelaki yang serius?
Aku tak nafikan yang aku agak terasa dengan sikap dia walaupun memang ini yang aku selalu minta pada Allah iaitu supaya dijauhkan daripada maksiat.
Adakah dia rasa yang aku ni dah jadi milik dia dan dia secured sampai dia dah tak perlu untuk try hard lagi?
Tapi bila difikirkan balik, aku pun buat benda yang sama sejak dari awal. Reply macam nak tak nak, lewat dan kadang sampai berminggu baru aku reply text dia.
Tujuan aku buat semua ni tak lain hanya untuk menjaga, aku tak mau nanti aku terlalu berharap dan memberi harapan setinggi gunung sebab kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Dan sejujurnya, aku tak ada perasaan suka pun pada dia sejak 4 bulan yang pertama, tapi perasaan tu makin bercambah sejak 3 bulan lalu.
Adakah ini normal untuk perempuan untuk nak ‘play hard to get’ atau ni yang dikatakan ego? Aku tak mau tunjuk yang aku ni terlalu suka pada dia, biarlah dia yang memulakan semuanya.
Tapi, perlahan aku juga cuba tunjuk usaha yang aku nak menjayakan hubungan ni. Secara logiknya, hubungan kekeluargaan akan menjadi makin jauh kalau ada apa-apa yang buruk antara hubungan kami sebab adik beradik dekat.
Dan aku pun selalu berdoa pada Allah yang aku memang tak mau bercinta, jadi bagi aku, ni adalah rahmat yang Allah beri pada aku, seorang lelaki yang datang melamar melalui keluarga.
Sekarang dah masuk 7 bulan sejak perkenalan dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Doakan hubungan kami berakhir ke jinjang pelamin hingga ke syurga insyaAllah.
Terima kasih sudi membaca kisah yang panjang dan agak mendatar ini.
P/s : Dia bukan mamat korea, tapi kaki anime yang sangat pemalu rupanya, haha.
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit