Sebelum tu, aku disclaimer siap-siap. Aku tidak sama sekali menyokong dan bersetuju dengan LGBT, tetapi aku tidak langsung membenci mereka.
Benci dengan kemungkaran tetapi tidak dengan si pelakunya. Boleh ke kita sebelum menghukum, cuba memahami dulu? Menghina, memperlekeh mereka adalah satu benda yang salah. Kau tak pernah rasa mereka punya struggle, lalu kau rasa perkara itu mudah bagi kau. Salah tu, kawan.
Kawan, pernah tak kau berkawan dengan orang-orang gender dysphoria; gay, mak nyah, atau lesbian ini?
Pernah tak kau dengar kisah hidup mereka? Pernah tak kau bayang keluarga kau sendiri, mak kau sendiri memanggil kau pondan?
Ini bukan bila besar, tapi masa kau kecil? Pernah tak kau terbayang keluarga sendiri cakap macam tu? Apa perasaan?
Pernah tak kau bayangkan perasaan bila kau pergi sekolah, tapi kena buli dengan kawan-kawan sebab kau tu ‘lain’? Lalu kau pun tak ada kawan? Dan benda ni berlarutan sampai ke besar. Sampai besar.
Kau tahu tak, ada budak lelaki yang ketika kecil-kecil lagi sudah berminat barang mekap, minat pakai baju perempuan, main dengan anak patung. Macam perempuan. Adakah mak bapak yang suruh? Tidak, kawan. Itu naluri.
Datang sendiri. Ujian Tuhan untuk dia dan keluarga dia dan juga orang sekeliling.
Naluri? Sedangkan keinginan kita yang perempuan sentiasa mahu berhias cantik, bayangkan keinginan itu tersekat dan disekat. Susah tak?
Apa nafsu kau yang paling kau suka nak buat dan susah nak tinggal? Shopping? Makan benda manis? Senang ke susah kau nak tinggal? Susah kan? Boleh tinggal, cuma susah.
Tapi perbandingan yang aku buat langsung tak setara. Mana mungkin nafsu untuk material disamakan dengan nafsu identiti diri. Takkan pernah sama. Cuma aku nak sampaikan, the struggle is real. Get it?
Itu bentuk ujian Tuhan buat mereka dan kita.
Buat yang muslim, apa kita ingat mereka sendiri tak tahu itu hukumnya adalah dosa besar? Kebanyakannya mereka tahu dan sedar. Hinggakan mereka selalu melawak sesama mereka sebagai ahli neraka. Kau rasa?
Apa yang selalu dibuat orang adalah menghukum. Tapi yang selalu tak dibuat orang ialah mendidik.
Manusia mana yang suka dihukum dengan kebencian? Dan manusia mana yang tak suka dengan kelembutan dan kasih sayang?
Situasi yang aku nyatakan mungkin tak boleh disamakan untuk semua orang. Ya, betul. Cumanya aku harap kau orang faham perkara utamanya adalah memahami.
Aku nak kongsi petikan ayat dari buku Kilas Dalam Kias tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
“Dengan kebencian kita mencegah kemungkaran tetapi dengan kasih sayang kita mendidik manusia yang melakukannya. Dakwah itu menanam rasa bersalah dalam diri pendosa, bukan rasa dipersalahkan pendakwah kerana dosanya.
.
Pendakwah mesti bertindak untuk memahami dahulu orang yang hendak diserunya kemudian barulah seruannya difahami.
.
Kita jangan menghina pendosa seolah-olah kita tidak pernah berdosa.
.
Tetapi kita menyeru, menegur dan mengingatkan pendosa kerana kita sendiri pernah merasai kepahitan, keperitan dan keresahan hati akibat dosa. Kita mesti menyayangi mereka seperti kita sayang akan anak-anak kita bahkan diri sendiri.”
Sedangkan Firaun manusia paling jahat melampaui batas pun, Tuhan perintahkan Nabi Musa berdakwah padanya dengan kata-katanya yang lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut. (Taha 20:43-44)
Lagi sekali, dia bukan Firaun dan kita bukan Nabi Musa.
– Anneh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit