Hai, nama saya Alia (Bukan nama sebenar). Saya nak tanya pendapat individu individu yang sudi membaca luahan saya. Perlu atau tidak saya bertahan?
Saya berusia awal 20an dan sudah pun bertunang semasa semester pertama ijazah. Kini saya di tahun akhir. Saya kenal si encik bermula saya di waktu asasi dan dia di semester pertama degree.
Waktu dimana masing-masing tiada apa-apa dan hanya harapkan keluarga menanggung pelajar macam kami. Hasil 4-5 tahun berkenalan, kami bertunang. Sewaktu kami bertunang, si encik pula tengah praktikal.
Waktu tu rasa okey untuk bertunang sebab si encik ada masa 3 tahun lebih untuk menunggu dan mengumpul duit sampai saya habis belajar.
Kami dah terbiasa bersama dalam keadaan tiada apa-apa. Semuanya berkongsi dan kami saling memahami.
Selepas si encik habis belajar, dia bekerja di sebuah kilang dengan pendapatan sesuai kelayakan ijazahnya.
Syukur akhirnya kami keluar dari hidup cukup makan, berjimat, hanya mampu melihat, ke arah hidup yang lebih baik dan ber sederhana. Saya dapat juga menumpang kesenangan dia.
Dari tiada kereta, pinjam sana sini, menyewa, akhirnya mampu beli sebuah kereta baru.
Tapi, dugaan muncul lagi. Si encik bakal diberhentikan akibat kilang hampir muflis.
Kami sudah menghitung bulan untuk berkahwin. Komitmen si encik tak dapat diubah. Pekerjaan tidak lagi membantu.
Pendapatan penuh kini telah dipotong. Sangat struggle untuk cari kerja lain kerana si encik kerja diluar bidang ijazahnya.
Permohonan kerja lain banyak ditolak sebab ijazah dan pengalaman kerja nya tidak sepadan. Hubungan kami jadi makin kekok.
Saya tak mampu bantu sebab saya sendiri masih pelajar. Saya hanya mampu nasihatkan, suggestkan amalan² dan cari iklan jawatan kosong. Saya faham si encik tertekan.
Tapi saya buntu nak nasihat. Bila saya suggest kerja itu ini, alasan macam “jauh, takboleh survive” “mak tak bagi” asyik keluar.
Saya jadi bosan sebab saya rasa dia tak cukup serius tentang masa depan. Bagi saya, nak cari rezeki kena berkorban, dia pula lelaki.
Jangan lah terlalu selesa nak yang dekat, tak mahu cabaran. Ditambah lagi Mak si encik yang tak nak anak nya jauh. Sedar atau tidak, mak dia dah merencatkan peluang anaknya dalam kerjaya.
Saya faham mak dia penting. Tapi mak si encik hidup senang ditanggung anak-anak lain yang berduit. Saya agak bitter dengan bakal mertua saya kerana dia tak sedar yang masa depan anak dia akan affect masa depan saya juga.
Ibu bapa saya da nampak tak seronok dengan hubungan kami. Sebab nampak si encik masih belum cuba stabilkan diri. Saya konfius apa perlu saya buat.
Saya rasa jahat kalau saya tinggalkan dia kerana dia tiada duit macam dulu. Tapi saya dah cuba bantu, tapi dia sendiri yang tak nak nampak peluang yang ada.
Saya harap sangat cepat lah dia dapat kerja dengan pendapatan sesuai komitmennya.
Bantu saya, apa perlu saya buat?
– Alia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit