Dia Bukan Untuk Saya

Hi admin dan pembaca. Banyak komen kecaman daripada pendapat ye. Terhibur saya membacanya. Okay mungkin ada point yang saya terlepas pandang.

Yang belum baca, boleh baca part 1 di sini, (https://iiumc.com/benarkah-dia-yang-bertunang/).

Awal saya kerja di situ, saya tengok L solat di tempat terbuka dan saya suka melihatnya.

Tapi setelah saya tanya pasal tunang, L tidak solat di tempat terbuka tapi di tempat lain. Dia seakan berubah.

Kemudian, pada hari yang sama saya tanya pasal tunang dengan seseorang, L balik ke pejabat dan bertanyakan hal kerja kepada saya.

Nada cakapnya kasar dan seperti marah bila saya bertanyakan pasal tunang itu.

Ikut logik, patutnya L gembira la kan sebab dia dah tunang dan tak perlu seolah nak marah saya.

Dan peliknya selepas saya bertanyakan hal tunang itu, esoknya L bercakap dengan saya dengan nada yang biasa, lembut dan tak marah-marah.

Apa sebab untuk L marah saya semalam?

Saya juga ada mimpikan L. Pertama, mimpi tu L berjumpa dengan keluarga saya dan seolah keluarga saya sukakan L.

Selepas beberapa hari, saya dapat mimpi yang L seolah nak merisik saya tapi keluarga saya tidak suka.

Dan ada beberapa mimpi yang menunjukkan saya dan L tak boleh bersama.

Okay sekarang saya dalam fasa untuk move on. Mungkin pembaca tidak tahu tapi saya boleh rasa jika seseorang sukakan saya sejak zaman belajar.

Dan bila saya bertanyakan kawan, memang betul ada kawan lelaki yang sukakan saya cuma takut nak luahkan -mungkin sama seperti L.

Bukan sekali dua saya ada peminat rahsia, dah banyak kali saya ada peminat cuma berbeza masa dan keadaan.

Ada juga kawan pejabat yang menyangka saya adalah tunang L. Saya hanya terkejut dan berkata kami tiada apa-apa.

Mungkin L seorang yang pendiam dan saya pun sama, jadi mereka anggap kami ada hubungan.

Dan saya juga dah stalk media sosial L, ternyata tiada apa yang berbeza siap tulis single lagi.

Terima kasih untuk segala komen yang berunsur kecaman. Jangan serius sangat, saya hanya luahkan cerita.

Kepada yang berikan pendapat amat saya hargai, terima kasih.

Saya rasa tak perlu untuk saya bertanyakan terus dengan L, cuma saya anggap kami bukan untuk satu sama lain.

Akhir kata, tak sangka cerita saya ini mendapat perhatian dengan komen terhangat di pasaran. Doakan saya semua.

Makan jagung bersama mentega,

Bukan jodoh ditakdirkan bersama.

Sekian.

– Acu manis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *