Program di kolej menjadi titik pertemuan antara aku dan dia. Sebagai ketua unit aku memerlukan seorang yang sudi membantu aku dalam pengurusan micro. Kerja tidak susah namun mata ini terpaut pada satu wajah.
Dia asalnya hanya ahli biasa. Tambahan aku pula sudah mempunyai penolong ketua unit. Namun dia aku ambil sebagai alasan ajk sokongan dalam unit aku. Sambil menyelam minum air.
Awalnya aku hanya suka pada paras rupanya sahaja. Tapi aku tidak berani untuk meluah atau bertindak lebih kerana sedar akan diri yang tidak seberapa rupa walaupun hensem tu ada haha.
Ketika program dijalankan, aku ada tertinggi suara padanya. Aku pelik sebab selepas situasi itu, dia update status “let him be”. Aku berbunga namun tak nak perasan. Aku terus ke kedai membeli air dan serah kepada dia “nah upah”. Dia tersenyum manis.
Dia call aku untuk bertanya mengenai program, dari topik program kepada topik peribadi. Aku jadi pelik sebab siapa aku untuk dia bercerita? Rasa tak layak. Tapi memandangkan ini peluang. Huuyeeh aku teruskan. Hahaha.
Geng, ketika sesi taklimat program. Aku bentang tentang perjalan skop unit aku kepada semua ajk program.
Penerangan berselang lawak, si dia ketawa seakan dia paling memahami lawak aku. Sampaikan ada seorang mahasiswi disebelah pandang dia dengan pandangan tajam.
Haish hati semakin berbunga. Namun ia masih persoalan. Sebab apa, dia budak pandai. Cantik. Comel. Anak orang ternama. Aku budak kampung belajar di bandar. Korang rasa? Memang tak rasa ada peluang.
JIWA RASA KEHILANGAN
Seusai program tamat, aku rasa macam kehilangan. Sebab tiada reason untuk berhubung dengan dia. Dua tiga hari tanpa chat atau call dari dia. Aku mula untuk memaksa diri akur dan terima dia hanya datang ketika program sahaja.
Hari ke-4 selepas program ‘ting tong’ whatsapp aku berbunyi. Mata aku berkaca, jiwa aku berbunga, tangan aku menggigil apabila ws yang masuk itu adalah dari si dia. Bertanya khabar memulakan sesi perbualan.
Masih aku ingin ws itu masuk ketika aku di TBS di dalam bas ketika ingin pulang ke kampung. Tiba-tiba dia bercerita mengenai adik beradik dan family dia. Aku jadi sejuk satu badan memikirkan adakah ini mimpi atau realiti.
Dalam side lain, ketika aku bersama kawan-kawan sekolej. Nama si dia sering menjadi sebutan, aku hanya berdiam memikirkan nasib diri yang entah betul entah tidak ada peluang.
Pada satu malam, diruang legar hadapan dewan. Aku ke hulur ke hilir berkomunikasi dengan si dia berbincang mengenai diri masing-masing. Akhirnya aku bertanya dengan spontan dan terancang haha “takde bf ke?” Dia jawab tiada.
Aku curiga. Secantik dia tiada bf/tunang. Aku tanya lagi ‘ada minat sape2?’ Dia cakap ada. Dan dia bagitau orang tu tak tahu yang dia minat orang itu. Aku tanya lagi ‘laaa kenapa tak bagitahu? Saya cuba teka la’. Aku pon masuk teka2 aku negeri orang tu, kelab dia dan fakulti dia.
Makin teka makin dekat dengan ciri aku. Takkan aku nak jual diri. Macam hareeyyy. Hahaha. Tapi ciri tu macam aku hahha siot perasan.
Akhirnya malam itu detik cinta pertama aku bermula. ‘Iya awak (dia sebut nama penuh, negeri fakulti aku) adalah orang nya’. Aku terdiam seketika. Just y me. I mean, aku nak dia tp wow. Aku takde apa2 haa gtu.
Bermulalah juga cerita ‘tentang kami’. Kami rahsiakan sebolehnya hubungan kami. Taknak siapa2 tahu, sebab masing2 masih belajar.
Tapi disinilah SALAH aku yang pertama. Bau2 hubungan kami sampai kepada ketua2 kelab kami. Sampai aku diburukan dalam kelab ‘awak jangan rapat dengan Mr Loba Loba tu, dia itu dan ini”.
Tapi hanya dia yang kenal aku siapa. Dia hanya angguk namun hati tidak pedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain.
Sejak itu, kawan rapat aku mula renggang. Kawan ada yang jadi musuh. Walaupon dorang tak tahu keabsahan hubungan aku dengan si dia. Dorang ttp serang hingga ada yang menyerang pribadi aku. ‘kau tak layak doe dengan dia. Family kau kg, dia orang besar’.
Ketika itu aku terdiam dan dalam diam aku ambil bantal dikepala dan letak di atas muka aku, air mata perlahan-lahan keluar hingga ke pipi. Sampai aku tidak sedar, aku teresak-esak.
Dia ada common sense yang hebat. Seriusly ia memberi manfaat yang kekal dalam diri aku sampai sekarang. Dia ada empathy yang kuat. Dan 50% duit bulanan dia, dia habiskan dekat aku.
Tapi aku bukan kaki kikis eaaaa… dia willing untuk bagi. Duit belanja dia 3/4 kali ganda dari aku. Dan she full with surprise.
TITIK BERMULA PERPISAHAN
Hubungan kami tidak lama, bermula dengan sikap aku yang sambil lewa dalam hubungan. Perempuan suka dipuji. Tapi aku tidak tahu tentang itu. Masa itu dalam hati aku ‘awak mmg cantik kenapa nak cakap awak cantik lagi?’. Haaaa gitu hahaahaha.
Macam kite tahu da taman-taman bunga tu indah. Tapi bila datang kenapa kita nak cakap ‘wahhh indahnya‘? Sebab ia ada jiwa yang perlu disentuh dengan ucapan. Sentuh tak bole lagi deerrrrr.
Fasa kedua, ex aku adalah gf kepada kawan aku. Dan kawan aku di dapat approval untuk mengetahui tentang hubungan kami. Hahaha gitu. Ko rasa? Jadi kami ada group dalam facebook. Ex aku chat, aku balas. Nampak kan? Yup SALAH aku yang kedua.
Guys, macam aku cakap dia ni cantik. Jadi setiap kali post ig, sangat ramai yang balas. Acah2 tanya utk jadi topik perbualan pon ada. Silap si dia. Dia layan semua. Dia cakap tiada apa2. SALAH dia yang pertama hahaha.
Aku paksa diri aku untuk tidak cemburu dan sangka baik. Tapi akhirnya, dia sangkut dengan seorang insta femes.
Ok ea korang bayangkan, dia masih dengan aku. Ttbe aku marah aku cakap ‘aahhh putus’ trus dia ok. Tibe aku pujuk taknak then dia trus ada orang lain. Koooooooraaaannggg rasaaaaa. Haish memang memekatkanlah bahawa aku ni budak hingusan seh. Dia amek buang gitu ja. Haarreeyy.
Hubungan dorang tak lama. Hari2 dia updated apa dia buat dengan bf latest dia. Dia masih brcrita ttg itu dan ini kepada aku. Terhengeh2 kn aku? Hahaha. Sebab da sayang beb. First love. Gitu ah.
Bila dia putus, kami slow2 get back. Tapi siapa sangka dalam diam ada orang yang dekat 5 tahun kejar dia contact dia semula. Aku dia, dia orang itu. Haaa gitu. Jadi dalam hubungan kedua ni, aku rasa dibandingkan selalu.
FASA PUTUS KEHANCURAN TERBELAH DUA RETAK SEMUA GITU
Satu malam ni, aku call ttbe dia tulis ‘on another call’ hahaha siot. Koyak beb hati. 3 hari aku call jadi gitu.
Sampai hari ke-4. Dia mengaku memang da OTP dengan laki tu 3 malam. Dan mula ada rasa sayang. Menangis da tak mampu sebab putus yang pertama dulu da penat menangis. Dan dia pergi dari hidup aku.
Tapi dia still update tentang terkini sampai tarikh nikah dia. Haish geram siot aku hahaha. 2 tahun aku healing.
Dalam 2 tahun tu 5 orang aku kenal. Tapi masing2 bukan jodoh tak lama. Cantik2 semua. Anak pensyarah ada, anak ustaz ada, anak yatim pun ada. Aku tak buat jahat dengan dorang cuma tak serasi gitu.
Oleh itu geng, banyakkan sujud. Minta Allah hantar seseorang yang terbaik untuk kita. Yang cantik pada mata kita. Dan alhamdulillah, ada sudah ada isteri yang cantik.
Haaaaaa part isteri ni nanti aku share. Penat la type. Ok bye semua terima kasih kerana sudi membaca.
– MR LOBA LOBA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit