Assalamualaikum semua dan terima kasih buat admin kerana menyiarkan luahan saya ini.
Saya Aiman berusia 30an. Saya berasal dari kelantan dan membesar di kedah.
Tujuan saya buat luahan ini untuk berkongsi keadaan emosi isteri saya sebagai frontliner sepanjang berhadapan dengan krisis covid 19.
Isteri saya bekerja sebagai pakar Obstetrik dan Ginekologi dekat sebuah hospital pakar di Malaysia.
Sejak covid 19 muncul variasi baru. Di hospital isteri saya banyak kes ibu mengandung yang positif covid 19 dan kritikal. Jadi untuk selamatkan nyawa si ibu Isteri saya perlu keluarkan bayinya yang pramatang.
Lalu ketika itu runtuhnya emosi isteri saya. Kerana memikirkan keadaan si ibu dan si bayi yang dilahirkan.
Disebabkan itu sebelum ini setiap kali saya datang ambil isteri saya balik bekerja. Sebaik sahaja isteri saya masuk dalam kereta isteri saya akan menangis. Bila saya tanya kenapa sayang menangis.
Jawab isteri saya.
1. Sayang Str3ss.
2. Sayang Penat.
3. Sayang Takut.
4. Sayang Sedih.
Bila saya melihat diri isteri saya sedemikian rupa. Hal itu telah menunjukkan emosinya sudah tidak sihat. Jadi beginilah cara saya membantu dirinya dalam keadaan burnout.
Setiap kali saya pergi ambil isteri balik bekerja dan sebaik sahaja isteri saya masuk dalam kereta. Saya akan hulurkan sekuntum bunga untuknya dan ucapan terima kasih sayang tanda menghargai penat lelahnya di hospital.
Lalu saya akan beri pelukan untuknya dan beri kata semangat untuknya “sabar, kemahuan hari ini adalah kejayaan hari esok”.
Dalam perjalanan balik ke rumah saya akan pinjamkan bahu saya untuk isteri saya meletakkan kepalanya.
Lalu saya akan dodoikan isteri saya dengan lagu – lagu kesukaannya seperti doaku untukmu sayang, sayang lahir batin, berkorban demi cinta dan nurkasih.
Bila sampai ke rumah isteri saya tak perlu sakit kepala. Kerana bermula jam 9 malam saya akan buat kerja rumah bersama anak – anak saya.
Ketika itu isteri akan dapat melihat keadaan rumah dan dapur dalam keadaan kemas, bersih dan tenang.
Hal itu akan memberi kebaikan untuk dirinya supaya lepas balik kerja terus mandi dan tidur. Ketika isteri saya tidur saya akan ambil masa satu jam untuk bacakan al quran secara tadabbur.
Kemudian selepas selesai baca saya akan berdoa supaya apa yang saya baca, fahami dan hayati menjadi syifa untuk hati, emosi dan diri isteri saya.
Ketika hari isteri saya ada dekat rumah dan bila tiba waktu solat. Kami akan tunaikan solat secara berjemaah.
Selepas berdoa saya akan suruh isteri saya letakkan kepalanya atas paha saya. Kemudian saya akan usai kepalanya dan saya hulurkan sedikit perkongsian sirah kenabian.
Contoh kisah Nabi Ibrahim AS dicampakkan dalam api oleh raja namrud. Selepas perkongsian dilakukan kami akan mengambil pengajaran dari kisah itu dan hadam dalam jiwa.
Bila isteri saya minta saya hantar dirinya ke hospital. Saya akan terlebih dulu masuk dalam kereta untuk kemas dan semburkan wangian yang dia suka.
Bila isteri saya masuk dalam kereta saya akan sambut dirinya dengan ucapan Assalamulaikum dan selamat pagi doktor kesayangan. Lalu saya pun beri raut wajah yang ikhlas dan ceria untuknya.
Dalam perjalanan ke hospital saya akan beri kata nasihat dan kata semangat untuknya. Kemudian saya akan off kan radio lalu saya ajak isteri saya untuk baca al quran secara tadabbur bersama.
Selepas selesai baca kami akan berdoa supaya apa yang kami baca, fahami dan hayati itu menjadi syifa untuk hati, emosi dan diri kami.
Tujuan saya buat begini supaya bila isteri saya masuk bekerja dengan emosi yang tenang dan hati yang ceria.
Alhamdulillah dengan cara begini hari ini isteri saya bila pulang bekerja dengan emosi yang stabil dan wajah yang gembira. Tiada lagi ketirisan airmata daripada insan bernama isteri.
Dalam situasi begini keluarga terutama suami isteri perlu memainkan peranan penting dalam menguatkan diri mereka.
Amalan kerohanian untuk pulihkan spiritual. Sokongan sosial untuk kurangkan bebanan dalam mental.
Jika penat berehatlah bukan berputus asa.
Qowiy Lillahi Ta’ala.
– Aiman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit