Assalamualaikum. Kepada semua pembaca, aku minta maaf kalau penulisan aku ni macam agak membosankan. Aku cuma nak berkongsi pengalaman aku dan suami.
Kami kenal sejak sekolah, dan kahwin muda. Sejak kahwin memang aku dah ada penyakit resdung.
Pada awalnya, resdung aku sekadar bersin bila makan benda-benda yang boleh sebabkan alahan macam makan seafood yang tak segar atau makan kekacang. Tapi makin lama, resdung aku makin teruk.
Setiap bulan akan ada ulser yang tumbuh dalam mulut aku, kadang-kadang sampai 3, 4 ulser. Keadaan ini menyebabkan aku sukar untuk bekerja, sebab kerja aku memerlukan aku untuk bercakap.
Selain tu, aku juga selalu demam selsema. Kulit muka aku memang dah tak licin macam orang lain. Mujurlah suami aku pilih aku bukan sebab rupa, tapi sebab cinta, hahaha. Aku cuba makan pelbagai jenis produk, tapi masalah ulser aku masih tak hilang.
Bila umur berganjak ke 30-an, masalah lain mula muncul. Suami aku komplen mulut aku berbau busuk. Anak-anak pun jujur bagitahu, “Mulut mama bau tahi.”
Aku cuba guna produk untuk berkumur, gosok gigi setiap kali selesai makan, pergi klinik gigi untuk cuci gigi, tapi bau tu tak hilang.
Aku malu dengan suami dan anak-anak. Dekat tempat kerja pun aku cakap jauh-jauh, tapi kawan-kawan di tempat kerja tak pernah komplen, mungkin mereka cuba jaga hati aku.
Aku syak puncanya adalah resdung. Aku juga ada batu tonsil yang melekat dalam leher aku. Dalam leher aku selalu bengkak.
Bila aku nganga dan lihat dalamnya ada lubang, aku cuba tekan, dan akan keluar batu tonsil yang sangat-sangat busuk. Rupa-rupanya itulah punca mulut aku berbau busuk.
Jadi setiap kali tonsil aku bengkak, aku akan tekan dan keluarkan batu tonsil tersebut. Memang sakit, tapi aku tahan, sebab lepas keluarkan batu tonsil tu, aku rasa lebih bersih.
Aku cuba jaga makan, jaga kebersihan mulut, tapi resdung dan batu tonsil tu tak hilang.
Tiap kali ada iklan ubat resdung, aku akan cuba, tapi kebanyakannya hanya buat resdung aku hilang sekejap sahaja. Sehinggalah aku ke farmasi dan ahli farmasi cadangkan aku untuk minum produk dari Farmasi Alpro.
Lepas aku amalkan minum selama 3 bulan, tak ada lagi masalah ulser yang tumbuh dalam mulut aku setiap bulan. Kulit aku makin licin, jerawat, blackhead, rasa berpasir pada muka semua hilang.
Sekarang aku jarang demam, batu tonsil pun dah tak ada, dan yang paling penting mulut aku dah tak berbau.
Suami aku pula ada masalah gout. Umur baru awal 30-an, tapi dah kena gout. Setiap kali kena, dia terpaksa MC sampai 3 hari. Sama jugak macam aku, dia cuba macam-macam produk, tapi tak berkesan.
Sampai suatu masa, dia kena gout, makan ubat tahan sakit pun tak berkesan, pergi cucuk kat klinik pun tak hilang sakit dia. Aku mula risau.
Aku cakap, “Cuba awak minum air yang saya minum untuk rawat resdung tu.” Masa tu aku dah 3 bulan lebih amalkan minum produk dari Farmasi Alpro tu. Aku bagi cadangan tu sebab aku tengok video di TikTok yang cakap produk tu boleh jugak rawat gout.
Suami aku cuba minum, tapi memang ambil masa yang agak lama. Dalam 4 bulan, aku mula perasan yang suami aku dah lama tak kena gout. Dia pun dah tak nak minum air manis. Rupanya produk tu boleh buat kita rasa tak nak minum air manis.
Sekarang kami berdua amalkan minum air tersebut dan amalkan pemakanan yang sihat. Memang agak mahal, tapi bagi aku, kita tak perlu berkira untuk sihat.
Aku anggap je tu pelaburan kami untuk kesihatan hari tua kami. Sangat tepat kata-kata ini: “Kesihatan bermula dari perut yang sihat.”
Itu saja perkongsian aku untuk hari ini. Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis. Bagi yang ada masalah macam aku dan suami aku, bolehlah cuba.
– Insan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit