Bismillah. Assalamualaikum. Hai semua. Terima kasih admin kalau cerita ni disiarkan. Sedikit pengenalan,nama aku Zinnirah. Umur 25 tahun. Masih bujang, Alhamdulillah. :)
Sebab apa aku cakap Alhamdulillah? Sebab Alhamdulillah Allah masih jaga aku dari perhubungan yang sia-sia. Namun dalam Allah menjaga aku, DIA ingin uji juga aku. Kadang hati ni dijentik rasa ingin ada seseorang lelaki yang suka, sayang dan ambil berat pasal kita, tambah pulak ramai kawan-kawan sebaya yang dah berkahwin dan ada yang dah ada anak berderet. Alhamdulillah tu semua rezeki mereka. Aku tumpang gembira walaupun kadang-kadang ada rasa cemburu. Aku bukan tak cuba untuk mencari tapi berkali aku cuba semuanya menolak, dalam erti kata lain mereka ‘friendzone’ kan aku. Aku cuba sehabis baik bersangka baik pada Allah dan masih mencuba istiqamah dgn rasa husdnuzon ni. Cepat atau lambat rezeki itu akan ada, tak kira la rezeki dpt kerja tetap, rezeki dapat beli rumah dan kereta bahkan rezeki jodoh.
Alhamdulillah, rezeki kerja tu dah diberikan meski belum tetap dan aku sangka rezeki jodoh aku sudah sampai. Sebulan sebelum bulan Ramadhan, aku berkenalan dgn seorang lelaki yang umur dia lebih tua 10 tahun dari aku. Dia super senior di tempat kerja aku cuma berbeza jabatan. Dannn dia berstatus bukan bujang. Dia duda bercerai hidup dan ada sorang anak perempuan (Ya Allah….comel sgt anak dia)
Aku mula kenal dgn dia(aku nama kan Izan eh) masa kitorang sama-sama join 1 group utk 1 latihan yg melibatkan sestgh staff dari semua jabatan. Aku dan Izan mula rapat lepas kitorg berbalas comment dkt instagram(dia send request utk follow aku lps aku add fb dia). Aku mula rasa tak selesa sbb kebanyakkan followers aku ada jugak staff 1 tempat keje. Biasalah, pakcik dan makcik bawang ramai, nanti tau2 cerita dah smpai ke telinga kau. So, aku akan dm dia untuk balas semua komen dia dan perkara tu berlanjutan dari hari ke hari malah bersambung sehingga ke whatsapp. Aku cuba untuk jual mahal tapi dia cuba untuk curi hati aku sama macam dia curi-curi pandang aku.
Dia kata, dah lama dia suka aku dari mula kitorang jumpa pada hari first latihan. Aku perasan bila setiap kali attend latihan rasa seperti ada yang perhatikan. Ofissmate rapat aku(Ina) pun perasan dan dia yang bagitau aku. Dia nyatakan hasrat untuk serius berkawan. Pada mulanya aku agak berat hati sbb aku takut aku termakan kata-kata aku dulu.(“dari kawin dgn suami org aku lebih rela pilih duda”). Aku mintak pendapat adik aku, kawan baik aku dan Ina. Mereka nasihatkan aku untuk cuba je berkawan kalau dia bersungguh. Aku cuba sbb diawal perkenalan dia dah jujur dgn status dia walaupun aku dan tahu dulu. So, tak salah untuk aku cuba dan bukak ruang utk beri dia peluang.
Hari demi hari hubungan kami nampak makin serius sampai boleh bertukar pndgn soal masa depan bersama. Hari demi hari, dia tak jemu yakinkan aku yang dia betul-betul serius. Tak pernah penat nasihat kan aku solat awal waktu dan untuk bersangka baik. Tak pernah penat layan overthinking aku. Sungguh aku sudah mula terima dan tak kisah dgn status dia walaupun mama sedikit membantah secara tidak langsung. Izan cuma minta aku dan dia sama-sama jaga. Doa yang terbaik. Aku turutkan. Hari-hari aku berdoa, jika dia memang jodoh terbaik dunia dan akhirat aku, lelaki yang mampu mengingatkan aku dgn MU, Allah permudahkanlah semuanya. Dia jugak pernah berjanji untuk cuba sehabis baik sebab yang berkawan dgn aku ialah dia bukan org lain. Malah dia sanggup tunggu aku 5 tahun lagi untuk aku capai impian aku dan dia akan salahkan diri dia andai aku tak dpt capai semua impian aku. Siapa yang tak rasa terharu bila ada orang yang suka kau dan sanggup tunggu kau serta sokong apa yang kau impikan. Banyak lagi janji dia katakan yang kini aku hanya anggap sebagai kata-kata dusta lelaki.
Sebulan.. aku dapat rasa bagaimana rasa bercinta. Dan dia jugak ada rasa yang sama. Walaupun kami tak pernah keluar dating, jumpa pun bila ada latihan tapi tak pernah berbual secara bersemuka sebab aku malu. Izan cuma pandang aku dari jauh, katanya utk melepaskan rindu. Aku rasa tak selesa, aku jenis yang jujur, jadi aku bagitau dia utk jaga pandangan tu. Dia akur tapi masin curi-curi pandang aku. Kami cuma kerap berbalas whatsapp, sama seperti pasangan lain bercinta.
Aku sangka panas hingga ke petang tapi rupanya hujan di tengahari. Rasa tu sekelip mata berubah. Hanya kerana aku persoalkan tindakan dia stay kat rumah ex-wife dia sampai tgh malam dan alasan teman anak dia buat homework. Bukan sekali dia tinggalkan aku dgn persoalan dan dia sendiri yang biarkan aku overthinking. Dia biar aku berteka-teki dgn segala persoalan . Aku tak pernah paksa dia untuk cerita tentang ex-wife dan anak dia. Aku hormat hak dia dan cuba untuk terima semua. Silap aku jugak. Aku selalu fikir yang bukan-bukan. Kami berselisih faham tapi dia seolah tenang menjawab semua persoalan yang aku bangkitkan. Akhirnya, dia cuma berkata;
“Mungkin bie bukan yang terbaik untuk dear”
Aku jadi binggung. Sebab lepas dari tu dia tak pernah balas whatsapp aku. Aku rendahkan ego aku minta maaf tapi tak diendahkan. Semudah itu? Dia dah penat nak yakinkan aku? Mana janji dia? Besar sgt ke salah aku? Atau Aku cuma dipermainkan? Sedih tak payah cakap. Seminggu aku menangis bila ingat balik apa yang dia pernah janji sebab aku mengharapkan dia betul jodoh aku. Lepas dari tu, aku mula fikir Allah tak pernah dengar doa aku, aku mula persoalkan urusan rezeki aku dan aku mula fikir yang bukan-bukan. Aku menangis semahunya. Mata aku basah dalam sujud terakhir. Aku sedar aku tak boleh bersangka buruk pd Allah.
Sebulan aku amik masa utk lupakan semua tentang dia. Kawan baik aku(Syu) berkeras suruh aku delete semua conversations aku dgn Izan dan delete semua gambar Izan dan anak dia yg dia suruh aku simpan. Aku jenis yang sayang utk buang apa yang aku sayang. Syu marah aku sebab dia sayang aku, dia tak nak kawan dia menangis utk lelaki yang dah permainkan hati kawan dia. Syu yang delete semua conversations aku dgn Izan, gambar Izan even contact number Izan pun Syu delete. Aku sedih. Syu minta aku move on tapi aku tetap degil. Aku cari dan simpan contact number Izan semula. Aku masih stalk dia.
Alhamdulillah, lepas sebulan aku cuba move on and now I’m much better than before. Bila aku nampak gambar dia aku jadi sakit hati. Rasa tu dah tak sama walaupun kadang hadir sekejap rasa rindu. Aku cuba elak. Aku cuba ubah cara hidup aku. Aku cuba buat sesuatu yg mampu utk tenangkan hati aku. Aku cuba dekatkan diri pd Allah. Aku cuba utk solat diawal waktu. Aku akan dengar surah Ar-rahman tiap kali aku rasa aku gelisah atau mula timbul rasa rindu pd Izan. Bila aku duduk sorang, aku cuba elak untuk dengar lagu-lagu patah hati or lagu yang mengingatkan aku pd dia tapi aku akan dengar alunan ayat Al-Quran. Aku cuba buat sesuatu yang boleh aku hargai dan sayang diri aku sendiri.Alhamdulillah, Allah tu Maha Mendengar. Semakin lama aku mampu utk terima yang dia memang bukan utk aku. Aku yakin ini ujian hati yang Allah saja beri untuk lihat sejauh mana aku mampu hadapi. Ujian ini mendekatkan aku pd Allah. Allah tak pernah kejam. Mungkin DIA rindu nak dengar aku menangis mengadu dihadapaanNya. Sabar itu indah. Aku akan terus bersangka baik pdNya. Rezeki itu ada cuma mungkin lambat.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)
– Zinnirah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit