Assalamualaikum WBT. Tujuan aku menulis hanya satu: melepaskan sakit yang aku pendam. Aku An, anak kedua & sulung perempuan dari keluarga yang toksik.
Aku cuba lari dari keluarga sendiri, lari untuk bersemuka. Namun, dari jauh aku masih mengambil berat akan keperluan adik-adikku yang bersekolah dan memastikan api air rumah di kampung masih dibayar.
Ada banyak kejadian yang menyebabkan aku memiilih untuk tidak bersemuka dengan ibu bapa ku, bapaku terutamanya. Kerana mereka jenis yang menyakiti anak sendiri dan melepaskan tanggungjawab.
Sejak dibangku sekolah, segala keperluan yuran dan duit belanja aku perlu cari jalan sendiri, nasib baik aku dikurniakan nenek yang prihatin, selalu menghulurkan duit untuk belanjaku.
Kadang-kadang,
Terima Kasih abang dan nenek. Malah aku ingat lagi, duit belanja yang aku simpan akan digunakan ibu bapaku untuk mengisi minyak kereta waktu aku pulang ke kampung.
Disebabkan itu, aku selalu ikat perut waktu rehat untuk memastikan ada duit minyak kereta yang disimpan untuk perjalanan pulang.
Dan yuran asramaku selalu tertunggak hingga namaku dipaparkan umum.
Pernah sekali ibu beri duit untuk membayar yuran tapi bapaku akn meminta kembali bila mengetahui duit itu belum aku gunakan membayar yuran, silap aku yang jujur dan naif pada masa tersebut. aku seorang yang cemerlang dalam pelajaran.
Fast forward, aku melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, situasi yang sama kuhadapi. Aku jarang sekali meminta duit dari ibu bapaku.
Malah apabila terdesak, aku akan meminjam dengan sepupuku yang sudah berkerja dan mengantikan balik bila duit elaun masuk.
Aku berjaya melanjutkn pelajaran ke IPTA, 4 jam perjalanan dari kampung halaman. Sebelum melanjutkan pelajaran di IPTA pun, aku bekerja di kantin sekolah makcik ku.
Dengan duit gaji bulanan RM 800, aku berikan semua buat abangku membayar yuran pengajiannya dan membeli persiapan hari raya keluargaku. aku cuma simpan sedikit utuk kegunaan ke IPTA.
Sebagai sokongan melanjutkan pelajaran, pak cik ku memberikan hadiah wang RM 800 bagiku namun duit itu juga bapaku sapu habis sehingga berbaki RM 0 dalam akaunku. Hidupku bergantung sepenuhnya kepada duit PTPTN untuk 2 tahun pertama pengajian.
Itupun ibu bapaku sering meminta aku memasukkan duit untuk mereka. Lebih tepat, untuk bapaku yang ketagih barang haram.
Alhamdulillah Allah membuka pintu rezeki baru untukku mendapatkan tajaan biasiswa disebabkan CGPA yang okay.
Kegembiraan aku berkongsi kejayaan dengan ibuku mengundang padah apabila mereka hanya memandang itu sebagai lubuk duit baru. Aku struggle untuk mmpertahankan hak aku.
Ibu bapaku akan call setiap minggu meminta untuk memasukkan duit, sekiranya aku mengelak, mereka terus call aku sehingga dapat. Aku stress, pada masa yang sama aku perlu berkongsi dengan abangg sulungku yang sedang melanjutkan pelajaran juga.
Setiap kali mereka meminta duit, aku akan ke bilik dobi agar kawan-kawan sebilikku tidak mendengar perbualan kami, dan aku akan menangis seorang diri dibawah ampaian melepaskan perasaanku.
Pada hujung sem, duit aku biasanya cukup2 makan sahaja walupun jumlah biasiswa yang diberikan lebih dari mencukupi untuk seorang pelajar. Aku akan membuat kerja part-time di bahagian dapur resort untuk mendapatkan duit belanja harian.
Tamat pengajian, aku berjya mendapatkan pekerjaan di syarikat swasta di ibu kota. Tidak pernah terfikir aku untuk mencari jodoh kerana bagiku, aku budak miskin punyai keluarga porak peranda, aku tak mahu lelaki itu susah bersamaku selepas kahwin.
Tapi jodoh itu rahsia Allah. Setelah aku berjaya membeli sebuah kereta, aku yakin untuk berdikari. Dan suamiku hadir dalam hidupku. Tanpa dia mengetahui dark side kehidupanku. Kami telah memutuskan untuk berkahwin.
Ketika ingin melangsungkan perkahwinan, aku cuba memudahkan suamiku dengan tidak meminta macam-macam, malah duit belanja perkahwinan aku kongsikan separuh bersamanya.
Ketika persiapan, bapaku banyak kali mengambil kesempatan menggunkan duit majlis untuk dirinya.
Oh ya, sebelum berkahwin keretaku aku tinggalkan dirumah atas permintaan mereka. Beberapa kali kereta kesayanganku accident tetapi mereka merahsiakan dariku.
Luluh hati melihat hasil titik peluhku tidak dihargai. tetapi ibu bapaku sejenis yang jika aku buat silent treatment, bapaku akn play victim. Ibuku akan call aku memujuk aku untuk meminta maaf dengan bapa, atas alasan aku sebagai ANAK. Aku penat.
Sampai disini dulu cerita aku, jika disiarkan dan ada yang berminat untuk aku menyambung, insya Allah. Aku akan berkongsi lagi.
– An (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit