Aku Fariz, umur 25 tahun, seorang suami dan seorang bapa. Aku nak buat confession about isteri aku. Tak ada dalam dunia ni suami yang suka tengok isteri dia penat siang malam ye, kalau ada pun tu bukan aku.
Aku nak story about my wife yang change 360 darjah. Aku tak tahu why dia jadi macam tu, bila aku slow talk, aku still tak dapat jawapan. Ayat cliche yang dia bagai sebagai jawapan bagi persoalan aku is,
“Jadi isteri zaman sekarang ni susah. Salah sikit jadi bahan mulut orang. Cuai sikit kedai kondem itu ini. Makanya, jadi isteri ni kena kuat and pandai berdikari. Bukan untuk orang lain jugak, untuk diri sendiri, and family”.
Aku faham kalau dia nak jadi isteri yang berdikari, tapi ni aku tengok macam ter”over” jer. Aku kadang hairan, isteri aku ni bekerja.
Macam mana lah dia bahagi masa dia, bila lah agaknya dia rehat. Aku tengok dia kadang rasa dia ni terlampau struggle sedangkan aku ni suami. Kadang tu aku yang tengok dia pun rasa penat.
Bayangkan, setiap hari dia akan bangun sebelum subuh tu untuk sediakan makan breakfast and bekal aku dan anak sebelum anak aku hantar ke pengasuh.
Lepas masak, dia settle kan kemas rumah. Lepas tu siap-siap kan barang aku, anak, dan dia sekali sebelum kita orang pergi tempat kerja, and pengasuh.
Aku masuk kerja pukul 9.30 pagi, manakala dia masuk kerja pukul 9.00 pagi.
Dia mesti gerak setengah jam sebelum tu, lepas tu kalau dia tak rushing, dia akan hantar anak ke pengasuh terus. Aku balik kerja pukul 8.00 malam, manakala dia office hour, balik kerja pukul 6 petang.
Setiap kali aku balik, mesti rumah dah siap kemas, makanan dah sedia, anak pun dah masuk tido.
Sabtu ahad pulak wife aku cuti, tapi tu pun dia tak rehat. Dia mesti akan sibukkan diri kat laman kecik rumah kami dengan aktiviti menanam sayur-sayur dia tu lepas dia siap kemas rumah and anak masuk tidur.
Anak aku tu hyperactive, pantang nampak daun2 pokok ni mesti tangan tu gatal nak cabut-cabut. Tak cukup dengan tu, setiap kali petang sabtu ahad, ada jer idea wife aku ni bawak anak pergi beriadah. Katanya nak beli jiwa anak.
Gaji wife aku tak besar mana, tapi aku selalu tengok dia ni macam tak ada masalah. Dari baju kerja ke baju harian, kadang-kadang jer aku belikan. Yang lainnya dia akan tolak, dia kata dia nak beli sendiri pakai duit dia.
Dia siap kata kalau aku ada duit lebih, rajin-rajin lah hantar ke kampung sedangkan mak ayah aku ni pesara kerajaan yang memang tak akan mintak duit dari anak-anak sesen pun.
Wife aku ni aku tak tahu lah macam mana dia bahagia masa. Lately ni pulak dia open order makanan macam cheese tart tu tapi dia akan deliver hari sabtu ahad jer sebab hari tu jer dia cuti.
Makanan cust dia akan buat seawal pagi, simpan baik-baik, lepas tu buat aktiviti dia macam biasa. Dia macam teramat multitasking. Aku dah banyak kali pesan, if dia tak boleh nak buat, tak payah paksakan diri.
But dia tak endahkan nasihat aku. Disebalik aku kagum dengan perubahan dia tu, sebenarnya ada benda yang aku kurang selesa. Nak tegur tapi isu perempuan sama perempuan ni payah.
Hubungan aku dengan parents aku atau parents wife aku baik-baik jer. But, hubungan wife aku dengan mak aku macam regang sedikit sejak dia bekerja.
Aku rasa normallah kan kalau mak mertua ni suka bergurau itu ini, kadang tu apa yang diorang sampaikan tu just nasihat and based on pengalaman diorang.
Nak dengar dengar, tak nak sudah. Takkan benda kecik tu pun nak ambik hati sampai bermasam muka right? Mak aku pun satu, aku dah banyak kali tegur dia bab cara dia layan wife aku, tapi dia rasa dia betul.
Aku ni anak tak boleh buat apa. Dulu kalau mak aku “basuh” wife aku sebab dulu masa anak kami 6 bulan macam tu, wife aku decide tak nak kerja dah, and jadi suri rumah,
Mak aku yang terpaling bising kata wife aku tak ada contribution dalam family aku sedangkan aku yang suami ni pun tak cakap banyak. Bagi aku, aku mampu lagi tampug wife and anak aku.
Tapi bila wife aku dah jadi macam sekarang ni, barulah mak aku macam tak kata apa.
Bila mak aku nak kondem wife aku, wife aku ni mesti tak nak kalah, ada jer benda yang dia nak cakap even dia cakap tu still berlapik and nada lembut and macam bergurau, tapi boleh terasa lah kalau fahamkan betul-betul apa yang dia cakap.
Dan sejak wife aku ni bekerja and boleh cari side income bagai, mak aku selalu cakap aku ni terlampau patuh dengan isteri sebab dekat rumah kami ada rules.
Aku suami patuh bukan sebab takut isteri, tapi aku rasa benda tu patut ada sebab dari kecik aku tak diajar about tugas seorang suami or lelaki bila dah berkahwin and jadi bapak.
Dari kecik aku dihadangan dengan pandangan yang lelaki ni raja dalam rumah, tugasnya kerua keluar untuk cari nafkah dan bab lain semua lepas pada isteri even masa tu mak aku pun bekerja macam bapak aku.
Agaknya sebab tu lah mak aku jadi macam sekarang, dia rasa penat. Penat teramat.
Bila isteri aku buat rules and terangkan itu ini, one of that is,
“Anak kita lelaki, dia akan lebih tiru apa yang abang buat daripada tiru saya. Jadi kita kenalah didik dia kemas rumah itu ini dari awal, nanti bila dia dah berkeluarga, isteri dia tak terbeban buat kerja rumah.”
“Abang pun tahu kan kekuatan rumah tangga tu berbalik pada ibu rumah tangga sebab dia yang uruskan hal rumah. Jadi kalau emosi dia tak okay, how dia boleh kuat? How rumah tangga akan okay?”
Kata-kata mungkin sebagai pesanan jugak pada aku yang selalu tak cakna pada wife.
Sepanjang wife aku jadi suri rumah sepenuh masa, aku terkadang tak boleh nak backup dia bila dia kena kritik and kondem dengan mak aku sendiri.
Wife aku ni bukan kosong-kosong, dia belajar pun tinggi dari aku, tapi dia sejenis humble.
Dulu dia tak lah melawan cakap mak aku macam sekarang, mungkin sebab dia lama pendam kot jadi macam sekarang ni. But she still my Isteri Super.
– Fariz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Apapun tahniah tuan sbb tahu tanggungjwb awak sebagai suami. Yer betul. Org dulu2 mmg buat anak lelaki mcm raja. Tak sentuh kerja rmh. Tetapi lelaki zaman skrg dh bnyk tahu tanggungjawab sendri as husband. Mcm my dad pernah marah i sbb dia anggap i buli my husband buat kerja rmh pdhal husband i sndri yg nk tlg & dia tahu tanggungjwb dia sebgai suami. Kerja perempuan ni kalau ikutkan dlm agama kita. Layan suami je. Kalau buat kerja rmh tu atas ihsan nk tlg suami. Rumah tangga mmg perlu gve and take. InsyaAllah bahagia. Semoga tuan sentiasa bhgia bersama your super wife!
Tahniah sebab cuba sedaya upaya memahami isteri. Pada mak encik, cuba ambil masa untuk slow talk dgn mak tu, kadang2 jadi lelaki memang tersepit antara mak dan isteri tp peranan encik perlu kuat kt sini. good luck.