Dia Kakak Iparku

Assalamualaikum dan hi semua. Aku Rose Mawar, pernah menulis confession. Bole baca confession berkenaan sini, (https://iiumc.com/birthday-yang-tak-diraikan/).

Terima Kasih sekiranya confession ini disiarkan. Ramai yang komen kata Kakak2 ipar ku bagus. Kat sini aku nak cerita mengenai kakak ipar ku yang sulung. Aku ada 2 orang kakak ipar. Kak long dan kak ngah.

Di sini aku nak cerita mengenai kak long, iaitu isteri abang long (sekarang dah arwah abang long aku). Abang long kahwin dengan kak long masa aku umur 10 tahun. Beza umur aku dengan abang long 19 tahun.

Masa abang long kahwin, aku gembira sangat sebab akhir nya aku mempunyai 2 kakak (abang ngah kawin dulu dari abang long).

Masa aku meningkat remaja, aku tau perangai aku sangat la teruk. Pemalas ya robbi. Kak long pulak dok dengan ma dan abah, dan aku.

Aku ni, masa tu, pinggan malas basuh, kain malas lipat. Korang kecam la aku berjemaah, Memang aku confess perangai aku teruk gila dulu. Tambah pulak ma abah manja kan aku, tak pernah suruh buat kerja rumah. Mesti kak long bengang gila dengan aku.

Aku masa remaja Memang anti dengan kak long. Kalau kak long balik rumah mak dia, aku rasa aku lah paling happy, sebab tak perlu hadap suruhan kak long untuk lipat baju(baju aku je pun dia suruh lipat), sidai kain, basuh pinggan.

Serius aku tak suka bila disuruh macam tu. Oh ye.. Kak long tu kaki tangan awam, sama sektor macam abang long.

Sehingga lah aku dewasa, aku kerja sebagai kaki tangan awam, sama sektor jugak dengan kak long. Tetiba aku jadi sekepala dengan kak long.

Masa ni diorang dah ada rumah sendiri, diorang buat rumah tepi rumah ma abah aku je. Aku plak merantau ke negeri lain masa tu, ikut suami.

Kalau aku balik Kampung, anak-anak aku memang tak lekat kat rumah ma abah, terus pergi ke rumah kak long (anak-anak aku panggil maklong dan paklong).

Kak long dan abang long memang suka melayan anak-anak aku even dia pun ada 4 orang anak, tapi dah besar-besar semua.

Sebelum ma meninggal, ma ada pesan kat aku. Nanti Kalau ma dah mati, jangan la tak balik Kampung. Balik la tengok abang, dok kat rumah abang. Kak long baik, ma tau.

Aku pegang pesanan tu sampai hari ni. Alhamdulillah tetiap tahun aku balik 3 hingga 4 kali setahun tanpa gagal.

Masa aku balik, aku akan stay kat rumah abang long Sebab rumah pusaka tu dah bagi sewa kat orang. Dan layanan kak long pada aku dan keluarga tak kurang sikit pun dari layanan ma. Exactly sama.

Apa yang aku dan keluarga aku suka, dia akan jamu kaw kaw. Bilik untuk aku dan keluarga kecil aku pun dia sediakan, bilik yang sangat selesa utk kami 4 beranak.

Sekiranya anak-anak remajanya buat perangai, aku lah insan pertama dicarinya kerana abang long dah stroke masa tu. Aku lah tempat dia berkongsi suka duka air mata. Aku boleh bersembang dengan telefon berjam-jam dengan kak long.

Bulan 12 tahun 2019, abang long telah kembali kepada Maha Pencipta di wad ICU. Aku berada di sisi kak long masa abang long sakit tenat seminggu sebelum meninggal. Aku mendengar segenap rintihan kak long.

Aku sediakan bahu aku untuk kak long bersandar, sebagai ganti bahu abang long. Masa tu, dalam perancangan untuk kenduri anak-anak kak long (anak-anak saudara ku) nak kahwin, abang long pergi meninggal kan kami.

Terkapai-kapai kak long. Walaupun kak long ada adik beradik yang ramai, tapi segenap masalah bersama anak-anaknya sedikitpun tidak diceritakan kepada adik beradik nya.

Mungkin dia lebih selesa berkongsi dengan aku. Lagi pun, anak-anak saudara ku rapat dengan aku, Sebab tu kak long lebih selesa bercerita dengan aku.

Tarikh kenduri, goodies kenduri, kad jemputan, semuanya bincang dengan aku. Sehingga kan aku tak rasa dia kakak ipar aku, aku rasa seperti dia kakak kandungku.

Setiap bulan, aku akan balik Kampung untuk settle kan hal kenduri. Hingga lah 2 hari sebelum kenduri di rumah kak long, kenduri terpaksa dibatalkan kerana PKP.

Setelah anak-anak saudara ku kahwin (2 pengantin sekaligus), bilik yang selalu aku gunakan bila balik kampung, telah digunakan oleh pengantin.

Maka menumpanglah keluarga kecil ku di bilik anak saudara ku yang lain. Mungkin kak long perasan ketidakselesaan suami aku, bulan lepas kak long call aku, nak buat bilik lain khas untuk aku dan family.

Stor yang ada sekarang akan diubahsuai bumbungnya untuk dijadikan bilik aku. Stor tu agak luas. Ubah suai mungkin akan menelan kos 7k termasuk barang dan upah.

Aku minta dengan kak long untuk berkongsi kos 7k, iaitu aku 3.5k,kak long 3.5k.

Tapi kak long bermati-matian mengata kan aku tak perlu tambah apa-apa kos, asal kan aku sentiasa balik. Sebab katanya, dia dah berjanji dengan abang long untuk sediakan 1 bilik yang selesa untuk aku dan keluarga.

Kalau Korang baca 1st confession aku, Korang akan faham, sepatutnya aku tak berhak apa-apa pun terhadap segala harta pusaka ma dan abah. Tapi kerana amanahnya kak long dan abang long terhadap wasiat ma dan abah, aku juga mendapat hibah.

Rumah pusaka dan sebidang tanah, sedikit duit simpnan arwah abah dalam Bank yang dibahagikan secara afraid, dimana aku dapat 1/4 dari Wang tersebut, alhamdulillah.

Sekarang, aku, kak long, kak ngah dan abang ngah sedang menguruskan pertukaran nama tanah pusaka.

Terima Kasih Allah menghadirkan kak long yang baik hati. Alhamdulillah Allah menganugerahkan keluarga angkat yang sangat baik hati.

Setelah aku baca semua komen pada confessions aku yang Pertama, baru aku sedar, seharusnya aku bersyukur dilahirkan, diserahkan kepada ma abah yang baik hati.

Perancangan Allah adalah terbaik. Terima Kasih kerana sudi membaca confession aku yang tak seberapa kerana aku tak pandai mengarang.

– Rose Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *