Dia Kritik Tapi Akhirnya Dia Buat

Nora (bukan nama sebenar) adalah rakan sekerja aku. Permulaan, kami agak rapat berbanding rakan sekerja yang lain.

Semakin lama, aku semakin menjauh kerana demi nak jaga mulut dan hati aku supaya tak sengaja menyembur dan tak terluka mana-mana pihak.

Nora ni, bab dia, dia nak orang kasihan dan prihatin.

Alkisahnya, sewaktu dia mengandung, semua yang dia nampak, dia kata dia mengidam.

Makanya, rakan-rakan, akan cuba la tunaikan permintaan dia.

Dia nampak aku up status balik kampung, pergi kebun abah, dia kata dia teringin rambutan gula batu.

Dapatlah dia sebakul rambutan masak ranum yang diidam. Sebab kawan kan, usahalah kita ni bawa dari kampung nun jauh ke tempat kerja. Terima kasih dia lupa barangkali.

Seterusnya, nampak pula status orang lain proses koko.

Mengidam buah koko pulak, mengidam kek coklat homemade hasil dari koko tadi, mengidam nak naik kereta mahal sekian-sekian,

Mengidam nak pergi jalan girls day out dengan kawan-kawan tapi takmau drive sebab alahan takmau bersusah payah, janji dapat jalan ke situ.

Lepas tu, aku ni terlupa lagi dan tak serik, tak belajar dari pengalaman, aku ni pergi up la status balik kampung nenek pula nun jauh nuu kat hujung.

Masa tu musim durian kat kebun arwah aki, rezeki tahun tu banyak berbuah durian.

Bukan durian kayangan Musang King ke Udang Merah ke, bukan. Durian kampung isi kuning cantik ibarat kucing tengah tidur. Durian yang senget-senget yang kecik manis tu.

Elok bapak aku tengah pegang tersengih buah durian tu, aku up la gambar durian tu bertujuan nak suruh makcik pakcik yang lain cemburu dan cepat-cepat balik hujung minggu berkumpul sesama.

Aduh! Mengidam durian yang tu pula. Yang isi kuning. Spesifik.

Disebabkan akrab waktu itu, rapat, gigih ku gagahkan jua bawak balik yaa durian itu. Wangi kereta toksah cakap. Fuh! Ada je segalanya sesuatu untuk dia. Ada ya, tak tertinggal.

Tapi, bila time aku pula yang tetiba teringin, bukan benda mahal pun aku minta, sekadar lauk yang dia pandai masak je, bertahun tunggu.

Sudahnya, dia balas, “masak la sendiri, biasa-biasa je, tumis biasa je pun, semua orang boleh buat..”. Iya, memang mudah pun lauk tu, kadang-kadang air tangan tu yang memberi kesedapan.

Seterusnya, dia suka sangat kritik dan komen setiap apa yang berlaku sekelililing tempat kerja kami. Ada saja yang tak kena di mata dia.

Nora ni pernah bagi nasihat dan tips pada aku, disebabkan aku ni belum dapat anak. Maklumlah, PJJ dengan suami dan kerap kerja tak tentu masa siang malam weekdays weekend.

Belum rezeki nak dikurniakan anak la makanya.

Pernah aku ceritakan (atas dasar percaya dan rasa rapat, jadinya aku berkongsi masalah aku), malangnya, dia acuh tak acuh, endah tak endah saja.

Dikatanya, aku tak reti melayan suami, tak rela korbankan cuti untuk balik cuti dekat dengan suami.

Dia kata, biar macam ni lama-lama suami akan lari. Gitu nasihat dia. Sabar je la. Sampai waktunya, Nora pernah la lagi sekali menegur dan menasihati bab anak ini.

Nora menyarankan aku pergi berjumpa ustaz, mungkin ada masalah dekat rahim (something berkaitan yang tumpang rahim la apa la) dan mungkin suami tak redha sebab aku PJJ dengan suami ni.

Aku mengangguk saja malas nak cakap banyak. Angguk, diam je. Sebab dah terasa hati.

Sedangkan waktu itu alhamdulillah kandunganku sudah mencecah usia 15 minggu. Dek kerana makan hati, lama juga la baru dia tahu bahawa aku dah mengandung, bila kandungan dan perut dah nampak besar.

Itupun, Ya Allah, response dia, “finally, see, bukan susah pun kan”. Allahuakbar, remuk. Masa ni dah perlahan-lahan aku makin bawa diri dan shut off from her, masih berkawan, cuma aku jaga borderline.

Seterusnya lagi, suka kritik tapi lepas tu dia buat. Dia kritik genre lagu yang aku suka, tapi lepas tu dia yang pasang ringtone lagu tu. Padahal, aku cerita, lagu ni istimewa sebab suami suka jamming lagu tu, jadikan ringtone la apa la.

Nora cakap, lagu tu tentang pengkhianatan la tak elok la, music tak best la, bingit. Alih-alih dia on ringtone lagu tu juga. What?

Lagi satu, untuk family contact number, aku suka save nama keluarga ibarat macam kita doa dan panggilan sayang ahli keluarga kita tu kan. Special la kita edit.

Dia komen dan kritik, panjang la, kalau emergency susah orang nak cari la apa la. Alih-alih, dia pun tiru. Sebiji ya dia tiru. Guane tu? Aduhai, macam mana la nak menghadapi orang macam ni?

Seterusnya lagi, bahagian dia semua kena prihatin simpati part kedua ni pula, bahagian duit dan kesenangan hidup. Dia komen dan kritik aku dan termasuk la beberapa rakan lain berkenaan bab duit.

Jangan samakan perjalanan hidup dia dan kami, disebabkan kami yang lain ni datang dari keluarga senang. “Kau untunglah, tak pernah susah, tak pernah rasa susah, aku ni lain” – kata Nora ni.

Tapi, dia tak tahu, perjalanan cerita setiap orang tu. Macam aku, Alhamdulillah tak perlu pinjaman PTPTN. Tapi, betapa bersukatnya aku dengan duit belanja yang ibu abah beri sewaktu belajar tu.

Sebulan sekian-sekian perbelanjaan yang ibu abah beri, berjimatlah sampai hujung bulan. Nak mintak lebih, takut. Senang dia cakap aku ni ibarat macam tak sedar diuntung.

Bila dah masuk kerja, sebelum kahwin, saving seribu sebulan sebelum berbelanja dan billing, minyak kereta. Berjimat ya. Tak makan luar sangat melainkan bila kawan ajak, on certain occassion, tak membeli itu ini.

Sampai introvert dan kedekut dia label aku ni. Tapi, waktu dia berbelanja bagai nak rak, dia kata itu self reward. Bila melebih-lebih everyday makan tempat mewah, dia kata jangan berkira bila bab makan.

Aku tak halang dia nak berbelanja sebegitu rupa, aku tak judge. Ikutlah nak beli tudung harga beratus, baju sepasang tiga empat ratus, makan sedap, minum sedap, ikutlah. Tapi, jangan la hang ni Nora hang judge aku. Gitu.

Kalian tahu tak, aku ni dengan Nora bakal lama la kat tempat kerja ni kan sampai pencen la kot noh? Macam mana la nak menghadap.

Ni, belum bab dia komen pasal anak aku. Kang orang komen pasal anak dia, mula meraban. Anak aku pun tak terlepas ya dari kritikan ini.

Cara aku didik anak, cara masak untuk anak, cara aku gentle parenting dengan anak. Astarghfirullah. Sekarang ni, aku diam je sebab tak reti nak menyembur. Takut-takut kang menyembur, terluka haa.

Tapi, makin kita elak dia, dia makin datang dan bercerita dan mengadu dan buka la segala hal dia.

Macam mana?

Yang ikhlas, aku yang tengah tahan menyembur.

– Tatrazine (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *