Assalamualaikum admin dan pembaca iiumc sekalian. Terima kasih buat admin kerana menyiarkan confession saya ini.
Nama saya Aisyah, Ibu kepada 2 orang puteri dan 2 orang putera. Saya berasal dari kelantan dan bekerja di sebuah hospital pakar dekat selangor. Apa yang saya nak confess ini berkenaan dengan jodoh.
Jodoh ini adalah cerminan pada diri. Jika diri ini suka pada agama maka jodoh itu juga akan suka pada agama. Malah jodoh ini juga adalah hak mutlak dari Allah. Allah jugalah yang membolak balikkan hati manusia.
Jadi tidak perlu ber-couple dan bercinta kerana hati manusia ini adalah milik Allah. Jadi single ini baik kerana bebas dari perkara maksiat. Jika bertemu hari mati pun bebaslah dari kemaksiatan kerana couple before nikah itu maksiat.
Bagaimana saya mampu berkahwin dengan rakan sekelas masa zaman sekolah dulu?
Hidup saya sebagai seorang wanita sebelum kahwin hanya memikirkan 4 perkara sahaja.
Mempersiapkan diri untuk bertemu hari mati, mengejar sebuah cita – cita dan membahagiakan adik – adik dan mempermudahkan kehidupan arwah ummi dan abi di barzakh dengan menjadi anak yang soleh.
Tidak pernah ada ajnabi (maksiat) yang masuk dalam hati saya sebelum kahwin. Kerana diri saya tak pernah memikirkan soal kahwin. Cumanya dalam hidup saya ini hanya berdoa semoga dikurniakan suami yang baik akhlaknya dan beragama.
Saya berdoa ini secara general tanpa merujuk kepada sesiapa. Dari tahun pertama saya study medic sampai tahun akhir saya study medic.
Tak pernah saya abaikan doa itu selepas menunaikan solat fardhu. Sebagaimana saya berdoa supaya dimatikan dalam keadaan husnul khatimah begitulah juga saya berdoa supaya dijodohkan dengan lelaki yang baik akhlaknya dan faqih dalam agama.
Pada tahun akhir saya di universiti dulu. Ada seorang classmate saya yang lelaki datang confess dekat saya dimana dia menyatakan yang dia itu menyukai diri saya dan berhasrat untuk membawa rombongan untuk merisik saya.
Saya ini sudah diajar dari kecil supaya sebelum buat apa – apa keputusan minta petunjuk dari Allah dahulu supaya perancangan saya sebagai manusia itu tidak mendahului perancangan Allah sebagai pencipta.
Selepas saya buat solat sunat istikharah. Jawapan yang saya terima itu lain dan bukan individu yang confess sebelum ini.
Tapi jawapan itu telah membawa diri saya ke zaman saya belajar dekat MRSM PC dulu melalui mimpi. Tapi jawapan itu juga tidak menunjukkan sesiapa kerana hanya menunjuk suasana sewaktu saya mengikuti program badan beruniform.
Saya ketika itu juga belum pasti apa makna tersurat yang Allah sampaikan itu. Sampailah satu hari itu tiba – tiba coursemate saya dekat universiti dulu masuk meminang saya.
Tapi secara tiba – tiba hati saya ketika itu hati jadi berat untuk menerima dia walaupun saya tahu diri dia itu baik, faqih dalam agama dan juga seorang doctor.
Selepas seminggu saya menolak pinangan itu. Saya hanya jalani kehidupan saya sebagai graduan perubatan yang menunggu penempatan untuk kerja.
Selepas saya habis jalani tempoh housemanship. Tiba – tiba dalam satu hari itu ketika saya pergi ambil adik saya dekat KLIA. Dengan tidak terduga ada seorang lelaki hampiri saya dan memberi salam.
Salam Aisyah kenal lagi tak aku? Aku Hilmi classmate kamu dari form 1 – form 5 masa dekat MRSM dulu.
Ketika saya memandang kali pertama dirinya terus dan kemudiannya saya tunduk. Hati saya itu tiba – tiba jadi tenang, bahagia dan lapang. Bila saya jawab ya kenal sebab kita dulu adalah musuh.
Tiba – tiba diapun confess isi hatinya yang sudah lama tersimpan untuk diungkapkan. Apabila hati saya ketika itu jadi lapang, tenang dan bahagia. Saya ini tanpa keberatan keluarkan pen dan kertas untuk menulis no hp wali saya dan alamat rumah saya di kampung sebagai tanda setuju.
Kami terputus hubungan sekian lama iaitu mencecah 8 tahun. Tapi perancangan Allah itu membatasi segala – galanya.
Selepas kami berkahwin saya ada tanya suami saya kenapa kita boleh berkahwin. Sedangkan kita ini musuh di alam persekolahan.
Kata suami saya, selepas tamat zaman SPM dulu. Dia mula datang perasaan suka pada saya. Tapi katanya ketika itu dia tidak tahu kemana halatuju saya selepas tamat zaman SPM.
Ketika suami saya berada di zaman matrikulasi. Dia ada buat solat sunat istikharah untuk perkara jodoh ini.
Jawapan yang dia terima adalah dia bermimpi kami ini dekat sekolah suka bergaduh. Malah apabila dirinya mula mengenang kisah kami bergaduh dulu hatinya menjadi tenang dan damai. Disebabkan dia juga bukan individu yang mendahulukan jodoh.
Dia hanya mengambil pendekatan mengutuskan 2 doa untuk saya selepas solat fardhu. Doa itu semoga saya ini dihidupkan atas landasan agama dan semoga Allah jodohkan dia dengan saya.
Dalam 8 tahun usaha dia dalam berdoa. 8 tahun itu juga hidup dia sentiasa diusahakan untuk hidup atas landasan syariat.
Kerana katanya apabila diri ini buat maksiat apa yang kita minta dari Allah itu mampu terhijab dengan maksiat. Usaha dia dalam menambat hati saya itu tidak perlukan perasaan sayang dan cinta.
Tapi hanya perlukan perasaan suka terus minta dengan pemilik hati saya (ALLAH). Sifat suka dia itu juga bukan berada dalam hati tapi hanya berada dalam genggaman sahaja.
Katanya, tujuan dia letak suka kepada saya itu hanya dalam genggaman supaya bila Allah tidak mengizinkan apa yang dia hajatkan. Dia boleh melepaskannya dengan penuh redha.
Ini juga terkait dengan qada dan qadar Allah ini. Kerana diri manusia ini tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa mendatang. Jiwanya juga hanya bersandarkan pada Allah tanpa putus.
Jadi mulai saat itu barulah saya faham yang membolak balikkan hati manusia ini adalah Allah. Hati manusia juga milik Allah.
Bila suka pada seseorang tidak diperlukan pun ungkapan i love u tapi teruslah meminta pada Yang Maha ESA. Kerana Hati manusia ini milikNYA dan yang membolak balikkan hati manusia juga adalah DIA.
Kalau kita suka dekat diakan. Bertindaklah dengan bijak.
Usahlah minta dengan dirinya tapi mintalah dengan penciptanya.
Sesungguhnya hati manusia ini milikNYA. Malah Allah juga yang membolak balikkan hati manusia.
Jika dia jodoh kita, walau kita ke ufuk timur dan dia ke ufuk barat. Suatu masa pasti kita dengan dia bersatu jua.
Tidaklah rugi, jika dalam usaha menunggu jodoh itu sampai. Tiba – tiba dilamar oleh malaikat maut terlebih dahulu. Ketika itu diri kita ini akan bebas dari unsur maksiat yang mampu membawa ancaman di barzakh dan akhirat.
Malah terhindar juga takut jaga jodoh orang. Permulaan indah tapi pengakhiran sengsara.
Akhir kata dari saya.
Ketika hati kata mahu tapi Allah kata tidak. Kita merancang Allah juga merancang tapi Allah adalah sebaik- baik perancangan.
ALLAH IS THE BEST PLANNER.
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Boleh saya tahu apa 2 doa yang suami puan baca selepas solat fardhu itu