Salam semua. Aku Hadi, Lately ni meriah sangat di media sosial tentang agihan tanggungjawab antara suami dan isteri. Ada yang bersetuju perlu ikut cara Nabi dan para sahabat urus keluarga, ada yang kata perlu ikut adat setempat yang turun-temurun dan ada pula yang kata perlu disesuaikan ikut situasi zaman moden sekarang.
Bagi aku, semuanya ada benarnya dan boleh dipilih mengikut kesesuaian pasangan masing-masing. Tetapi, jangan sesekali membelakangi syarak dalam menguruskan rumahtangga. Itu kesimpulan aku setelah melihat pelbagai respon yang aku peroleh dari sumber yang berkaitan.
Kebetulan aku memang dah lama memendam rasa terhadap sikap isteriku. Aku namakan dia Lily. Kami dah hidup bersama selama sedekad. Ikut kata orang, selepas fasa 5 tahun pertama, kehidupan rumah tangga akan jadi semakin stabil sebab dah kenal hati budi masing-masing.
Alhamdulillah, aku dah kenal dia dan dia pun dah kenal aku seadanya. Cuma bezanya, kami susah nak blend gaya hidup dan perwatakan kami. Mungkin kerana itu keluarga kami tak jadi harmoni seperti yang aku impikan sewal-awal perkahwinan.
Kami jarang sangat bergaduh, apatah lagi bertikam lidah. Kemaafan adalah asas kerukunan yang kami amalkan sebab masing-masing sedar tiada siapa yang sempurna. Aku pun jenis malas nak marah-marah atas apa-apa yang tak kena pada mataku. Memang kalau dia start nak gaduh, aku senyum menjawab yang perlu.
Aku pula tak pernah nak ajak gaduh, cuma bila aku start tegur apa-apa yang tak kena, dia fikir aku nak mulakan pergaduhan. Ends up, aku kendurkan suara bagitahu apa yang aku ak tegur. Dia pula dari mula nak tinggikan suara mula jadi kucing mengiaw, manja-manja minta maaf. Memang tak jadilah aku nak marah. Tapi plastic semata-mata!
Isunya sekarang, dia terlalu workaholic. Dia menafikannya walaupun sedar dia kerap pulang lewat semata-mata nak bereskan kerja supaya tak tertangguh esok. Mungkin ada logiknya, tapi ia melibatkan masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk keluarga.
Dia keluar rumah selepas Subuh dan pulang waktu azan Maghrib, sebab rumah dan tempat kerjanya jaraknya sekitar 45km sehala. Aku faham hal itu. Tapi bila sampai rumah lepas Isyak, kadang-kadang pukul 10 malam baru nampak muka, sakit hati juga aku ni.
Aku pernah suarakan rasa geram persoalkan dia balik lewat. Dia beri alasan jauh dan jalan sesak. Alahai, macam aku tak tahu dia keluar pejabat lepas Maghrib. Masa awal duduk di perumahan ini, kami jiran-jiran ada buat survey tentang tempat kerja masing-masing. Rupa-rupanya ramai yang sama lokasi dengannya (katakan kalau dari Seremban ke Bangi) dah boleh carpool.
Tapi sebab keperluan masing-masing berbeza, tak adalah yang suggest nak car pool. Kadang-kadang, tengok jiran sebelah dah sampai rumah lebih awal, teringin je nak suruh jiran tu singgah ofis Lily dan ajak dia balik sekali. Tapi aku pun bukan jenis berani sangat nak berborak dengan jiran tu… bini orang kan, hehe… gila juga kalau aku betul-betul buat macam tu.
Aku pula pergi kerja sehala 25km lepas hantar anak-anak ke sekolah dan balik waktu petang ambil mereka sekali harung. Aku jarang sangat buat overtime sebab aku percaya, selagi kerja tak habis, memang takkan ada hari yang benar-benar kosong. Esok sambung pun boleh.
Oh, kami sama-sama kerja pejabat, tapi 2/3 jumlah isi rumah sekitar RM15k datang daripada aku. Aku pun ada buat bisnes online sebagai hobi yang bagi income extra lagi RM1k–2k sebulan, buat lama dah, sejak anak pertama lahir gara-gara duit menyusut selepas dia bersalin di private dan upah CL.
Tak apelah, dah memang aku bapak budak tu. Hanya simpanan menyusut, tetapi masih pada tahap mampu. Sebenarnya niat asalnya pun, untuk persediaan kalau satu hari nanti Lily nak berhenti kerja.
Tapi Lily dah sebut awal-awal: dia tak nak berhenti kerja sebab itu cita-cita dia sejak zaman universiti. Nak tukar tempat kerja pun dia kata, siapa nak ambil orang pengalaman tapi umur dah meningkat macam dia ni?
Aku pernah cadangkan dia buat bisnes online macam aku, tapi dia tak minat. Aku cadang sebab kesian tengok dia penat dan stress. Balik rumah pun kadang-kadang dia luahkan stress dia. Bila aku tegur, kalau asyik cerita benda sama je yang buat stress, baik tak payah cerita, dia pula marah aku sebab tak jaga hati dia. Katanya aku tak sokong dia.
Selain sebab kesian pada dia, isu utama ialah peranan sebagai isteri dan ibu. Soal batin pun kena booking dulu baru dia bersiap. Itu pun selaluya kalau minta hari ni, lusa baru dapat sebab dia penat balik kerja. Tapi yang paling berat, soal anak-anaklah.
Salah seorang anak kami suspect mild autistic dan sedang jalani terapi. Kami maklum, perlu buat aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk bantu perkembangan dia, tapi tak sempat buat dengan proper.
Bayangkan, dia balik lewat dan penat. Aku pula urus rumah… masak, mandikan anak, suap makan yang semua aku. Takkan nak tunggu dia balik baru semua makan? Kadang-kadang dia pun tak lalu makan. Letih aku masak, dia kata tak selera. Tak hargai langsung usaha aku. Kalau aku merajuk, dia minta maaf manja-manja pula.
Aku ni, nak ke surau pun susah. Pernah aku solat Subuh kat surau, balik-balik dia marah sebab aku tinggalkan anak-anak yang masih tidur sebab dia jaga anak sampai terlewat ke tempat kerja.
Urusan peribadi aku pun terhalang. Kadang-kadang nak buat marketing bisnes pun tak sempat. Nak fokus depan laptop atau skrin hp pun susah kalau nak urus order customer selain kelas online dengan team. Kalau hal kerja hakiki pun, aku pun dah jarang nak volunteer pergi kursus luar.
Kalau terpaksa, anak-anak kena duduk nursery sampai malam tunggu Lily balik. Kos pun bertambah. Kalau tak sempat masak, kena order GrabFood yang sekali order RM50. Bukan tak mampu, tapi membazir. Kadang-kadang anak-anak tak nak makanlah pulak yang aku order, Lily sendiri pun tak lalu.
Hujung minggu pun kadang-kadang kena ke ofis hari sabtu. Bukan setengah hari, sehari penuh pula tu. Sebulan sekali tu adalah juga. Tu pun kalua Ahad dia free, selalu ajak keluar. Memang tak reti duduk diam kat rumah orangnya Lilly ni. Katanya nak release stress. Dia tak rasa bahagianya duduk rumah sambil tengok Netflix hujung minggu… hehehe.
Stressnya hilang bila dapat makan dan shopping kat mall. Dia sedar, baju-baju berbakul-bakul tidak aku lipat lagi seperti sebelum-sebelum ni masa belum ada anak, tapi dibiarkannya.
Baru-baru ni, dia minta maaf. Katanya dia sedar aku terkekang untuk buat semua yang yang patut aku buat untuk urusan sendiri. Lily minta aku redha dengan keadaannya. Dia kata aku tak perlu buat side income sebab itu kurangkan masa dengan keluarga.
Bila dia balik rumah, aku pula naik ke library sambung kerja. Dia kata, patutnya duduk sekali dengan anak-anak. Eh, dia balik rumah terus masuk bilik takkan tak fikir yang dialah patut spend masa kualiti dengan kami. Tapi boleh pula suruh aku begitu.
Paling kelakar, dia kata tak perlu beri duit nafkah sebab dia nak urus belanja rumah. Katanya, apa aku nak, dia boleh belikan OTW balik rumah. Suruh aku simpan duit dan berhenti kerja part-time. Dia nak aku luangkan masa berkualiti dengan dia dan anak-anak. Eh, terbalik pula? Biasanya ayat begini datang daripada motivator untuk lelaki. Haha.
Nampak gaya dia yang rasa dia provider, padahal dia tahu gaji aku pun cukup tanggung isi rumah kalau dia tak bekerja biar pun tidak mewah. Untuk apa hidup mewah kalua semuanya serba lengkap dah? Rumah landed lebih ½ juta aku yang bayar, kereta sorang 1 dah ada.
Aku pernah kata, aku buat kerja part-time supaya dia boleh berhenti kerja. Dulu dia pernah cakap, kalau berhenti kerja, dia nak dapat juga RM3k sebulan sebab ada komitmen kene dibayar. Dia ada hutang belajar n kad kredit sebenarnya. Aku pula tiada komitmen itu. Kad kredit pon tak ada.
Apapun aku boleh je bagi sejumlah duit dia nak. Tapi dia tak nak pula, sebab katanya nanti tiada lagi percutian setiap kali cuti panjang, tak dapat makan luar tiap minggu dan macam-macam dia fikir bila 1/3 pendapatan isi rumah hilang.
Dia juga pernah kata, kalau duduk rumah dia akan jadi gila sebab tiada interaksi dengan orang. Alahai, dia tak tahu betapa bahagianya duduk rumah dan urus anak-anak. Aku bahagia je.
Tapi aku percaya, fitrah seorang ibu takkan hilang walau setinggi mana cita-citanya. Dia mampu urus anak-anak lebih baik dari aku. Tapi dia tak mahu. Dia kejar impian yang dia idamkan sejak dulu. Dia fikir dia bujang ke nak kejar-kejar Impian? Hahaha…
Kesimpulannya, isu agihan tanggungjawab suami isteri yang hangat diperdebatkan di media sosial tu memang tak terpakai sepenuhnya dalam rumah tangga kami. Aku terfikir nak ajak dia pergi sesi kaunseling. Tapi, berkesankah? Mampukah dia ubah mindset yang aku inilah provider, bukan dia?
Sekarang pun aku dah buat keputusan nak tinggalkan bisnes online. Bukan sebab ikut cakap dia, tapi sebab umur dah masuk 40, aku nak hidup lebih tenang.
Terima kasih membaca. Kalau ada komen, silakan. Mungkin selama ini aku yang silap, dan Lily sebenarnya di pihak yang benar tanpa aku sedari. Aku bimbang Aku dan Lily di akhirat sukar ke syurga gara-gara tak ikut cara urus keluarga yang Nabi dan Islam tunjukkan.
Betul, Redha meredhai dah cukup dah sebab lain keluarga lain caranya. Tapi kalau keadaan begini berlanjutan, adakah aku masih bertahan sebegini?
– The Real Provider (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Untungnya la haiii. Suami dah provide semua cukup serba serbi pun si isteri tak reti nak bersyukur. Aku ni dari mengandung anak first lagi dah meratib dengan suami tak nak kerja. Tapi nak buat mcm mana.. suami tak berapa nak kaya.. kena la kerja jugak.. tu pun cukup2 makan jgk..
Untungnya Lily dpt suami yg brtggjwb mcm En. Hadi, tapi tulah bercita² tggi. Tak salah pun tapi isunya cuma pd mengurus & menyeimbangkn masa & peranan/ tggjwb. Pd hemat sy bagus jgk klu ada plan mahu ke kaunseling, cumanya klu dpt nasihat dr ssorg yg latar blkgnya setara dgn isteri (tapi cemerlang jgk dlm rmhtgga) adlh lbih bagus sbb ada tahap pemikiran yg lbih kurang sama. Mgkin boleh slow talk dgn isteri jgk sbb rasanya dr penceritaan En. Hadi dia boleh terima apa yg suami ckp, cumanya ambil masa sdikit utk brdamai dgn emosi. Tapi sy tak pasti pula adkh slps minta maaf, Lily ada ambil tindakan utk buat perubahan. Boleh syorkan dgr perkongsian Ustzh Isfadiah di radio Zayan atau baiki pemahaman ttg pasangan & perhubungan dr sesi bersama pakar/ coach (yg ni sy syorkan Coach Elle utk program bwh Color Brain- ex stewardess MAS, Air Asia) mmndgkan sy pun tak pasti samaada Lily boleh terima nasihat dr golongn agamawan atau lbih memilih golongn profesional yg lain. Tapi klu jumpa kedua² ni pun, byk input/ ilmu rmhtgga & perhubungan boleh dpt. Boleh cari di web, YouTube & Facebook jgk dua² individu ni, insya Allah usaha yg baik akan dtgkn hasil yg baik mudah mudahan 🤲🏻🤲🏻