Dia Seronok Tengok Aku Sakit

Assalamualaikum, nama aku Jimmy (bukan nama sebenar) tapi aku bukan nak cerita nama betul aku tapi aku nak luahkan apa yang aku rasa selama ini.

Aku berumur 17 tahun, budak SPM masih mentah pernah bekerja sebagai ulat tiket bas di sebuah stesen bas di Pulau Pinang, nak dipendekkan cerita masa tu aku main wechat, zaman tu memang batak wicet nak mampos macam lapar populariti tak cukup kasih sayang haha , sampai satu hari tu aku kenal dengan sorang perempuan ni umur 17 tahun masa tu kenal dia since tahun lepas now dia 18 tahun dia pra-universiti di Kuala Lumpur . aku start berkawan dengan dia macam biasa last2 dia taken dengan laki lain well aku masatu tak pernah fall in love dengan dia tapi lama kelamaan perasaan tu muncul sikit demi sedikit, maklumlah aku susah nak sayang orang tapi bila aku dah mula sayang orang memang aku takkan lepaskan dia.

Nak dipendekkan cerita, bila masuk tahun ni(2018) dia now dah 18 tahun manakala aku 17 tahun, dia dah mula menuntut pengajian di pra-universiti di kuala lumpur seperti yang aku cakap tadi, aku duduk Penang asal Johor, jauh sial. Nak dipendekkan cerita pulak, masa awal bulan tahun(bukan bulan 1/2/3 mungkin tengah2) aku chat dia sebab rindu dia sangat2, nak tahu sebab apa? sebab dia sorang je kawan aku sejak aku kenal dia dari zaman wicet sampai sekarang yang bertapak dalam fon aku, kami tak pernah berjumpa tapi kerap chat chat sampai aku sendiri terfall in love dengan dia.

Nak dipendekkan cerita, aku dah mula sayang dia aku dah cintakan dia tapi dia terima aku sebagai TTM(teman tapi mesra), takpelah aku okay ja macam tu, bila masuk bulan seterusnya kami bergaduh sampai dia mula salah faham walau aku cuba explain apa yang jadi dia tetap jugak dengan ego dia sampai aku sendiri yang sakit , aku rasa tak perlu aku cakap kenapa kami bergaduh cukup aku luahkan sikit dalam confessions ni.

Okay sambung, bila dah masuk bulan tu, kami bergaduh sampai kami dah putus hubungan TTM kami yang aku jaga sangat2 walau di mata orang hanya benda bodoh tapi bagi aku dah anggap benda ni macam kami tengah bercinta walau kami hanya TTM sebab kami saling sayang menyanyangi, SAMPAILAH SATU HARI TU (HAH DAH MASOK DAH), aku dapat tahu dia taken dengan laki lain, masatu aku serious down gila, sebab apa? ouh lupa aku tak bagitau korang yang dulu aku pernah cakap dekat dia yang aku tunggu dia jadi milik aku (kapel) last2 dia kapel dengan laki lain but, lama kelamaan diorang putus, aku happy sebab ada peluang untuk aku nak dekat dia, tapi alangkah malangnya aku, penat aku kejar dia berbulan bulan penat aku tunggu penat aku lari penat aku jalan berbatu batu sebab aku nak dia, last2 dia taken dengan laki lain jugak, bila aku tanya “kau dengan dia dah berapa lama” dia cakap “dah sebulan”, wtf.. korang rasa apa aku rasa ?

SAKIT YA ALLAH SAKIT ! , aku lelaki, memang ramai kata lelaki kena kuat tapi tak semestinya lelaki macam kita/kami sentiasa kuat ada kalangnya kita jugak jatuh ke jurang yang dalam. Okay sambung, bila aku dapat tahu dia dah taken dengan laki lain tanpa pengetahuan aku sumpah aku cakap aku sakit gila dalam hati masa tu aku taktau nak describe macam mana kalau kita ada kuasa untuk rasa perasaan hati seseorang tu mungkin korang akan faham kenapa aku type confession aku ni untuk korang baca sebab aku dapat rasakan yang korang sama macam aku, kau kejar dia berbatu batu macam mana sekalipun kalau dia taknak kau memang dia taknak kau jugak sebab apa?

Sebab makin dia kejar kau makin dia seronok kerana dapat puaskan hati dia untuk kepentingan dia disebabkan dia sengaja lupakan apa yang kau cakap dekat dia terus dia mulakan permainan dia depan kau sendiri, sebab itu, kita sayang orang tu tak salah tapi biarlah berpada-pada sebab tak semua orang terima kita tak semua orang sayang kita cuma kita yang bodoh percaya orang macam tu, kita kenal dengan orang berapa lama sekalipun, sekali dia lupa janji kita kata2 kita memang tiada guna sebab dia suka tengok orang macam kita jatuh tersungkur sanggup tengok kita menangis sebab dia daripada bahagia. Betullah orang kata, yang baik tak semestinya baik yang jahat tak semestinya jahat, ada orang yang amalnya seperti Penduduk Langit padahal dia penduduk neraka ada yang amalnya penduduk neraka padahal dia penduduk langit.

Assalam sekian…

Maaf kerana tak menarik, luahan aku memang takkan ada orang faham melainkan orang yang sebenar benarnya faham dan Allah S.W.T. <3

– jimmy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *